Wednesday, December 30, 2015

Sardin dan Daging Goreng

Lauk makan malam kami malam ni cukup sedap....ikan sardin cap ayam masak ala2 tumis je, agak lama tak masak ikan sardin....bila mengadap meja rasa tak boleh nak berhenti menyuap....aduh seleranya terhingga bila kena pula dengan daging goreng bersama kacang panjang. Cukup la dengam 2 lauk tu untuk makan malam kami. 

Sardin cap ayam ni cukup sedap bila masak macam ni
Daging goreng campur kacang panjang

Tuesday, December 29, 2015

Cheese Bread

Pagi ni siapkan sarapan untuk orang yang menghabiskan cuti kat rumah. Disamping itu boleh la jadikan bekal untuk aku sarapan di ofis. Minggu ni jalanraya agak kurang kenderaan...mungkin ramai yang bercuti. Seronok memandu kalau setiap hari macam ni...sampai ofis pun tak lewat... fikiran pun tidak stress. 

Ini dia sarapan kami pagi ni roti goreng berinti cheese campur tuna/telur rebus kemudian dicelup telur dan digoreng. Memang marvelos cheese bread ni tambah pula bila dapat minum semug nescafe gold blend cukup padat mengisi perut sarapan pagi ni.

Sunday, December 27, 2015

Ikan Bakar Sambal

Hari dah ahad besok dah kembali bekerja...cepatnya hari2 berlalu dah penghujung tahun. Hari ni hari minggu terakhir untuk tahun 2016. Menu tengahari kami hari ni sup tulang dan ikan bakar sambal cicah dengan sos kicap dan air asam. Memang menyelerakan...

Sambal ikan - bawang merah, putih, halia, serai, cili kering dan kunyit. Diblend kemudian ditumis hingga sambal masak pecah minyak....letak garam dan gula...pilihan kalu suka masam2 boleh letak jus limau nipis. Perap ikan sekejap dengan sambal yang dimasak tadi...kemudian balut ikan dengan daun kunyit atau daun pisang...bakar ikan  jika nak sambal lebih atas ikan boleh letak masa bakar....tapi saya tak balut  sebab tak ada daun...saya guna kuali ajaib.

Sos kicap - kicap + cili padi dipotong+serai dan bawang besar dimayang halus + tomato + jus limau nipis.
Air asam - air asam jawa + cili padi potong + serai dan bawang besar dimayang halus + tomato + jus limau + gula dan garam...bagi suka belacan boleh letak sedikit belacan bakar yang ditumbuk.

Ikan selar bakar bersambal. Guna kuali ajaib lagi senang untuk bakar ikan...cuma tak ada aroma daun pisang.

Saturday, December 26, 2015

Nasi Himpit dan Rendang Ayam

Pagi ni teringin nak makan rendang ayam... tapi tak nak makan dengan nasi biasa. Selongkar kabinet ada stok nasi himpit paket... entah bila punya di beli aku pun dah lupa. Maka pagi ni kami bersarapan dengan nasi himpit dengan kuah kacang dan berlauk rendang ayam.

Rendang ayam yang teramat sedap...sebab masak sendiri kena la cakap sedap nanti ada yang tak makan.
Resipi kuah kacang : kacang tanah yang digoreng + santan + serai diketuk + garam + gula melaka + 1 atau 2 asam keping. Bahan2 yang diblend - bawang merah + halia + cili kering ditumis dengan minyak + rempah 3 sekawan. Bila bahan tumisan nampak garing masukkan santan dan kacang tumbuk/diblend masak sehingga pecah minyak.

Hasil masakan kuah kacang kali ni agak kurang menarik...sebabnya guna kacang goreng yang 'readymade' kacang ni dah siap goreng dan dihancurkan...mungkin kacang tersebut digoreng hanya kekuningan...biasanya kalau kacang digoreng sendiri kuah kacang nampak pecah minyak dan kacang ada yang warna keperangan/gelap serta ada aroma kacang yang baru digoreng. 
Nasi himpit yang dibeli siap dalam pack plastik ni semasa merebus elok masukkan beberapa helai daun pandan supaya ada kewangian seperti beras wangi...

Sarapan Pagi Krismas

Selamat menyambut hari krismas bagi kaum yang meraikanya.

Pagi ni kami hanya sarapan spagheti goreng. Sos blogonese ada tapi kalau masak spagheti sos ada yang minat nak makan, jadi goreng je la memandangkan pagi ni pun agak kemalasan sikit untuk memasak. Masak je yang cepat penyediaannya....tak perlu nak buang masa lama kat dapur...hari ni nak rehat dan keluar jalan-jalan sekitar KL nak mencari sesuatu di Ikea Cheras.
Spagheti goreng siap dimasak untuk sarapan kami pagi ini.

Thursday, December 24, 2015

Salam Maulidur Rasul

Selamat menyambut hari maulud Nabi s.w.t. 

Cuti!!! amin seronoknya dapat rehat kat rumah... saat begini cukup dinantikan. Cuti yang panjang ni aku tak ada plan sekadar berada di KL. Lagipun minggu lepas dah ke Johor. Lumrah kami kalau ada cuti umum dan bertembung dengan cuti sekolah tak minat untuk keluar bercuti sebabnya tak nak sesak dengan orangramai.

Tengahari ni masak ala kadar je untuk makan tengahari...sup sayur, telur dadar dan sotong masak kicap. Alhamduillah...dah lebih dari cukup menu untuk hari ni bila dapat hirup sup sayur.
Sup sayur campur...
Sotong masak kicap
Telur dadar...lauk yang paling diminati ramai

Monday, December 21, 2015

Cek Mek Molek

Kuih cek mek molek ni masak masa family berkumpul tempoh hari. Biasa la bila berkumpul ada je terlintas nak makan kuih negeri asal kami...kebetulan pula ada stok ubi keledek.

Cek Mek Molek hasil kraftangan adik...kalau harapkan kakaknya memang sah tak berbentuk cantik macam ni...bahan2 untuk menghasilkan cek mek molek ni tak banyak...keledek rebus yang ditumbuk/dihancur + tepung gandum, sedikit garam dan mentega. Kemudian dibentuk leper dan letak gula sesudu kecil atau jika suka manis boleh lebihkan, lepas tu uji la kekreatifan puan2 untuk membentuk kuih cek mek molek ni....dan goreng dalam minyak penuh sehingga kuning keemasan.

Ikan Kembung Masam Manis

Petang ni dah tak ada idea nak masak lauk untuk makan malam...seminggu kerja masak je melayan tetamu itu pun menu biasa-biasa je. Untuk kami makan malam ni yang pastinya tak nak menu berasaskan ayam sebab seminggu asyik makan ayam biasalah bila ada budak2 ayam menjadi keutamaan dalam hidangan...jadi kami dah jemu bila tengok lauk ayam. Ada stok ikan kembung size kecil...goreng je!!! tapi dapat idea masak masam manis bila siap potong nenas yang beli di Ayer Hitam tempohari.... memang berbaloi kami beli nenas tempohari rasanya cukup manis. Jadi selain dari makan nenas saja...ambil sedikit untuk dibuat ikan kembung masak masam manis...
Ikan kembung masak masam manis pedas atau ala 3 rasa.

Saturday, December 19, 2015

Last Day Family Day - Ayam Berkicap

Hari ni pagi2 sudah siap masak ayam masak kicap untuk dibekalkan adik sekeluarga balik kampung setelah seminggu bercuti. Seminggu kat rumah aku di KL kami berkumpul adik beradik, anak sedara dan ipar duai...dari Kelantan, Terengganu, Selangor kemudian bertolak ke rumah adik di Gelang Patah, Johor. Kami  bermalam di Johor 2 malam dan balik semula di KL. Cuti hujung tahun aku kali ni hanya cuti2 Malaysia bersama adik beradik...tak ada plan bercuti luar negara memandangkan nilai matawang agak susut.
Hari ni rumah aku sudah sunyi!! semua sudah bertolak balik ke rumah masing2. Adakala tu terasa sedih sayu juga bila suasana riuh rendah bertukar sunyi...namun kenangan seminggu bersama mereka tetap menjadi kenangan... semoga diizinkan waktu untuk kami berkumpul lagi...demi silaturahim!!! Insy Allah.

Friday, December 18, 2015

Ubi Ketuk

Makanan yang agak lama tak makan...ubi ketuk atau ubi kepal yang dibuat dari ubi kayu rebus. Ubi kayu ni beli dia Ayer Hitam masa balik dari bercuti di JB.
Ubi ketuk goreng sedia untuk dimakan!!!
Ni ubi kayu yang telah diketuk atau tumbuk dicampur dengan kelapa parut sedikit gula dan garam (jika masa rebus tidak letak garam) kemudian di kepal atau dibentuk jadi bulat
Adunan tepung beras (tepung beras

Gulai Ikan Masin Nenas

Tengahari ni masak gulai ikan talang masin campur nenas dan terung...selain dari tu menu tambahan ayam masak merah, sambal ikan bilis, ikan kerisi goreng, ulam-ulam dan ikan terubuk masin. Menu utama gulai ikan masin campur nenas ni idea last minit bila selongkar peti ais ada ikan talang kebetulan ada nenas....boleh la jamu tetamu makan tengahari selera kampung. 
 
Gulai ikan talang masin campur nenas...memang menyelerakan makan tengahari kami hari ini

Friday, December 11, 2015

Mee Goreng

Hari ni Selangor cuti sempena harijadi sultan. Kami yang bekerja di KL dengan riang gembira atas jalanraya sebabnya jalan tak banyak kereta. Rupanya kereta yang banyak atas jalan mereka yang bekerja di negeri Selangor. 

Pagi ni sebelum keluar ke ofis sempat goreng mee untuk sarapan, untuk aku bawa bekal dan yang cuti kerja boleh la makan. 

Jom kita sarapan pagi...walaupun mee goreng ini nampak ringkas tapi disebabkan kita yang masak sendiri ada juga rasanya...teringat kes ofismate beberapa hari lepas, dia beli bihun goreng berharga RM7 sekadar ada kobis dengan telur mata...katanya tak ada nikmat...rasa garam, kicap atau sos tak ada. Begitu la lumrah orang sekarang berniaga hanya memikirkan keuntungan.
Hari ni boleh ambil masa bersantai sarapan sambil minum coffee sebab sampai ofis agak awal...

Saturday, December 5, 2015

Mixed Fruit and Nut Loaf

Tajuk menu hari ni guna bahasa Inggeris...saja je gatal tangan nak tulis, cuma jangan salah eja tau nanti viral pulak macam kes baru-baru ni. Bagi aku salah ejaan menu tu mungkin orang yang taip tu kurang arif atau baginya salah ejaan tu tak jadi masalah besar yang penting menu tu tidak mengubah rasa...bezanya cuma ejaan...tak perlu nak diperbesarkan yang penting kita perlu ambil tanggungjawab perbetulkan dan bagi tunjuk ajar kepada yang tidak tau...jangan kita mentertawakan orang itu atas kesilapannya...mungkin suatu hari kita akan dimalukan!!! 

Cuti hari ni kat rumah je.... aku ambil sikit masa kat dapur check stok makanan kering...yang la dah penghujung tahun mana tau ada barang yang dah nak luput tarikh baik dihabiskan. Ada beberapa bahan kering untuk buat kek...jadi aku buat roti...lagipun dah lama breadmaker menyembunyikan diri.
Sebuku roti campuran buahan kering dan kekacang, kali ni ni roti macam kurang naik mungkin disebabkan yis atau pun tepung...roti ni sedap dimakan panas...masak je keluarkan dari breadmaker potong dan makan...yuummy dapat pulak bahagian tepi yang garing tambah pula aromanya menusuk hidung.
Sebuku atau sebantal roti ni kalau beli kat kedai agak mahal sekarang ni...ya la semuanya barang naik harga.

Nasi Goreng Telur Mata

Pagi ni tak ada idea nak sediakan sarapan...barang dapur pun dah tak ada stok... tapi masih ada pilihan lain...cuma agak berat sarapan pagi ni, aku masak nasi goreng telur mata untuk sarapan kami di pagi sabtu yang cerah cuacanya. Biasanya musim sekarang bila matahari cerah bersinar waktu pagi...petang mesti hujan.
Jom la kita sarapan pagi dengan nasi goreng telur mata.
Alhamduillah rezeki kami pagi ni setiap orang dapat sepinggan nasi goreng bertelur mata dan semug coffee panas. Tak perlu susah payah nak keluar beli sarapan kat luar kita makan je apa yang ada kat rumah.

Friday, December 4, 2015

Selamat Hari Ulangtahun

Tanggal 4 Disember tercatat kekal dalam kalendar tanda hari aku dilahirkan. Jangan tanya berapa usia saya ya!!!! biarlah hanya yang tertentu je tahu tak perlu diwarwarkan umur yang dah berusia ni.

Malam tadi adik beradik kesayangan aku sudah mengirim kek sebagai tanda ingatan mereka di hari lahir aku...kira awal berberapa jam sebelum tarikh lahir, aku sudah potong kek.

Untuk adik beradik tersayang terima kasih banyak-banyak...tak terhingga nilai kasih sayang serta huluran dari kalian semua. Semoga nilai kasih sayang ikatan siratulrahim arwah mek dan ayah didik kita semua berkekalan hingga ke syurga. Didoakan agar kalian semua dimurahkan rezeki, hidup dalam kebahagiaan dan  keturunan kita tetap teguh ikatan siratulrahim. Amin.

Allah selamatkan kami!!! "creme brulee cheese" dari secret recipe
Tahun ni nak beli apa ya sebagai tanda hadiah harijadi tahun 2015!!!

Sotong Masak Kicap

Malam ini hidangan nasi putih berlaukkan sotong masak kicap, sup sayur, telur dadar dan ikan terubuk masin menjadi pilihan makan malam kami. 

Semua menu yang dimasak ni semuanya 'easyNfast'...tak ambil masa lama kat dapur. Sotong masak kicap ni aku buat cara yang campak2 je...tumis bawang putih dan halia, kulit kayu manis, serai, letak sos cili, kicap kemudian masukkan sotong, bawang besar dan cili yang dimayang, tomato serta perasakan dengan garam gula....ingat sotong jangan masak terlalu lama untuk elak dari liat atau keras.

Sotong masak kicap...hitamnya lauk malam ni...ya la nama lagi kicap mesti hitam.

Thursday, December 3, 2015

Sup Campbell campur Oat

Petang semalam tekak dah mula sakit, selera makan pun dah kurang...rasa nak makan makanan yang panas dan  tak ada selera nak makan nasi. Panas je sup campbell yang readymade perisa cendawan campur dengan bebola daging kemudian masukkan oat...ok dah dapat makan bubur panas. Sup campbell ni cicah dengan roti pun sedap.

Makanan orang tak sihat @ sakit tekak!!

Wednesday, December 2, 2015

Salad untuk Sarapan

Pagi ni sarapan lain dari hari biasa, sebab agak jemu asyik makan roti dan nasi lemak bila sarapan. Salad ni penyediaan paling cepat...nak makan kat rumah tak sempat... letak dalam tuppeware bawa bekal makan di ofis.

Bahannya salad hijau, timun, tomato, buah zaitun bersama olive oil, potong nenas, kemudian tabur serunding untuk ada rasa letak mayonies dan sedikit sos tomato. Siap menu salad berserunding untuk sarapan pagi ni.

Adakan hidangan ini menyihatkan??

Tuesday, December 1, 2015

Roti Bakar dan Kiwi

Petang semlam sekadar bakar roti dengan tuna dan goreng telur hancur untuk makan malam. Ada yang tak sihat cuma nak makan roti dengan telur goreng hancur je...manakala yang sihat ni nak makan yang bakar...kedua-duanya aku sediakan lagipun bukannya susah nak buat. Ada kala tu bila Allah swt uji kesakitan bermakna dia sayang kita...dan selera makan pun kurang...tapi kita masih diberi peluang untuk memilih makanan. 

Dapat makan roti bakar, minum milo panas dan buah kiwi cukup mengenyangkan...sekali sekala tak makan nasi untuk dinner ni elok juga untuk kurangkan berat badan ni.

Sunday, November 29, 2015

Jemput-Jemput Udang

Selamat berhari minggu!!! Pagi ni hujan renyai2 dengan cuaca sejuk ni sedap juga dapat sarapan cekodok atau jemput2. Ikan bilis kehabisan stok la pula...tukar resipi buat cekodok udang segar. Sebelum ke kelas mengaji sempat la makan, memang tak boleh nak berhenti bila dapat makan cekodok udang ni...lepas satu2 cicah masuk mulut.  Aku tinggalkan sarapan jemput2 dan roti cicah kari untuk orang kat rumah ni sebabnya lepas kelas aku ada dating dengan kawan-kawan nak cuci mata dan berbelanja apa yang patut. Sekali sekala kena ada aktiviti macam ni untuk hilangkan stress.

Friday, November 27, 2015

Minum Petang @ Coffee Starbuck

Tengahari tadi dengan ofismate tak ada pilihan nak makan...tengok jam dah pukul 2 lebih, tapi rasa nak makan bila melilau kat area kedai makan dah hilang fokus... kesudahannya kami masuk Starbuck Coffee sebab terpikat dengan menu Toffee Nut Frappuccino... dengan riang rianya order Toffee Nut kononnya yang tu kami tak pernah minum...eeemm malangnya dah habis, limited dalam masa sehari. Laaa kenapa habis kami buat2 tanya dengan pekerjanya...katanya ramai yang order. Eeemm alang2 dah kat sini maka kami tukar la Christmas Panettone Frappuccino. Sambil tu tanya la pekerja2nya yang friendly apa bezanya toffee nut denga Christmas Panettone...senang je mereka jawab...dua2 menu tu 'merapu' aduhai adik kau orang ni buat joke dengan makcik ya!!! apa pun coffeenya tetap memukau. 

Ni la dia yang dinamakan 'merapu'
Memang tak boleh nak nafikan coffee starbuck tak boleh kalah...kena pula dengan sandwich cukup kenyang!!

Jutawan Akhirat

Petikan dari suratkabar Metro Harian...pagi ni menarik perhatian aku untuk pilih baca akhbar harian metro sebagai bacaan pertama...kebiasaannya akhbar ni jarang aku baca walaupun setiap hari ada di ofis, akhbar lain yang aku pilih. Tapi hari ni berkat pagi jumaat tajuk muka depan menarik sekali infonya... bila baca atikel ni aku hanya fikir dia seorang muslim berhijrah ke sini...tapi dia yang membantu rakyat tempatan dengan mewakaf sejumlah hartanya.

Tuesday, November 24, 2015

Kueh Teow Goreng

Malam ni masak dan makan yang simple je...penat nak masak sebab sampai rumah dah lewat sebab meredah jalan jammed balik dari kerja. Ikutkan selera nak makan nasi tapi tak sanggup nak melengahkan permintaan perut yang agak kritikal. Jadi goreng je la kueh teow...goreng bodoh2 je...tak perlu nak bersolek bagai, rencah cuma letak daging dan telur serta sedikit sayur...ok tak sampai setengah jam dah boleh dinner.

Sunday, November 22, 2015

Minum Petang

Menu petang!!! sekali sekala di hari minggu dapat la menikmati minum petang sambil berehat. Petang ni hidang menu manis...pengat keledek dimakan dengan pulut dan teh O kurang manis. Memandangkan keledek masih ada lagi baki tak habis goreng pagi tadi elok la dimasak sebelum roask lagi pun keledek ni kurang manis bila digoreng...bila dibuat pengat ada la rasa manisnya.

Pengat keledek - ubi keledek bersama pulut. Lemak, manis kaborhidrat sah kalorinya bekilo2...
Kuah pengat ni kurang berseri sebab gula gula biasa sebab tak cukup nisan atau gula melaka...lagi satu kali ni guna santan kotak sebab tu nampak kurang berlemak. Untuk rasa sedap pengat atau kuih tempatan elok guna santan segar sebab nikmat lemaknya berbeza dengan santan kotak.
  
Bahan untuk masak pengat : Keledek boleh potong bulat atau memanjang ketebalannya agak2 1/2 inci, santan + gula putih + gula melaka + sedikit garam + daun pandan dan jika suka beberapa kuntum bunga cengkih + sebiji telur yang dipukul untuk memekatkan kuah pengat yang diletak semasa kuah mendidih dan ubi sudah empuk. Pulut boleh la dimasak biasa atau kukus.

Ketam Masak 3 Rasa

Kebiasaannya masak 3 rasa ni aku guna ikan tapi hari ini tukar selera masak ketam 3 rasa pulak. Sekali sekala masak macam ni memang menyelerakan dan sedap.

Lauk tambahan untuk lunch kami hari ni...Masak 3 rasa kali ni dikurangkan kepedasan memandangkan lauk lain sudah ada yang pedas.

Gulai Ikan Merah

Jangkamasa satu hari bila berada kat rumah rasa masa berlalu begitu cepat. Minggu ni aku tak mengaji jadi penuh dengan aktiviti kat rumah. Pagi, tengahari, petang tak lepas dari fikir masak dan makan. Tengahari ni masak untuk makan tengahari agak awal sebab jemput adik datang makan. Menu biasa je...gulai ikan merah, ketam 3 rasa, kerabu mangga dan ulam2.
Bila tengok ikan merah ni macam-macam resipi nak masak semuanya sedap...masak kari, sup, gulai, asam pedas dan goreng...semuanya menyelerakan sebab ikannya segar.
Okey siap!!!! gulai ikan merah sudah sedia untuk dimakan.

Sarapan Sandwich dan Keledek Goreng

Pagi ni sarapan tak berat...sekadar buat sandwich telur dan goreng keledek. Lagipun tengahari nanti nak makan nasi. 

Sandwich telur, guna telur rebus yang hacur dicampur dengan mayonies.
Keledek goreng...tapi sayang rasa ubi keledek ni kurang manis.

Nasi Lemak Pandan

Sekarang ni famous dengan nasi lemak hijau atau pandan. Pagi ni aku ambil kesempatan masak kat rumah...boleh la kami sarapan di pagi minggu yang indah ni. Resipi nasi lemak ni macam biasa yang dimasak, kelainanya cuma warna nasi lemak je diubah jadi hijau sebab campur air daun pandan...bahan-bahan lain tetap sama begitu juga dengan kawan2 nasi lemak tersebut...tetap ada sambal, telur, ikan bilis bersama kacang dan timun...lauk tambahan lain terpulang nak makan apa...ayam goreng berempah atau rendang. 

Nasi lemak pandan atau hijau ni cukup berseri tambah pula aroma daun pandan bila bercampur dengan santan, serai, halia dan bawang. Boleh puan2 mencubanya...senang je blend daun pandan untuk dapatkan warna hijau lepas tu masukkan dalam beras, santan yang bercampur dengan bahan2 lain dan masak seperti biasa.

Set nasi lemak untuk sarapan kami. Alhamduillah rezeki untuk pagi ni memang sedap.
Kawan-kawan untuk nasi lemak

Friday, November 20, 2015

Tomyam Seafood

Bila sebut tomyam mesti terus melekat dalam minda... menu tomyam seafood yang panas berasap lengkap dengan masam dan pedas...makan dengan nasi putih, telur dadar dan ada ulam timun dengan sambal belacan. Itu la menu makan malam kami malam ni...cuaca sejuk bila hirup tomyam terasa segar dan badan pun berpeluh dengan sup tomyam yang panas dan pedas.

Tomyam makanan laut @ seafood - ketam, udang dan sotong. Setiap orang dapat satu mangkuk...hirup la kuah tomyam tu hingga licin.
Seperiuk tomyam siap untuk dihidang. Bahan2 : udang+ketam+sotong, bawang putih, bawang besar kuning, halia, serai, rencah tomyam, daun limau purut, jus limau, tomato, baby corn, karot, cili padi dan daun ketumbar atau sup/bawang. Bahan seperti bawang putih+halia+rencah tomyam boleh ditumis atau terus campur dengan air terpulang cara masing2 untuk memasaknya. Kali ni aku tumis bawang putih+halia+rencah tomyam kemudian masukkan air dan lauk pauk, bila dah mendidih masukkan segala bahan lain...perisakan dengan garam dan sedikit susu pekat manis.

Thursday, November 19, 2015

Nasi Goreng

Saya asal orang kampung maka makan pagi pun kalau boleh mesti nak makan nasi...kecuali jika tiada pilihan. Pagi teringin nak makan nasi goreng...tak kisah la jenis goreng macamana janji nasi. Orang kampung makan nasi sebagai sarapan sebab untuk dapatkan tenaga untuk pergi membanting tulang kerja berat...macam aku apa yang beratnya...kerja paling berat pun angkat file je...aduhai bila masa nak bakar kalori bila dah masuk karbohidrat berkilo2 ni. Namun nasi goreng tetap di hati soal kalori dilupakan...pagi ni sarapan nasi goreng yang penuh dengan dedaun bawang dan sup...uuuhhu cukup segar bila hidu aromanya. Walaupun nasi goreng ni ringkas je cara memasaknya...tapi bila dah peminat tegar nasi goreng ianya tetap menjadi pujaan!!! SELAMAT BERSARAPAN...jemput makan!!
Nasi goreng bekalan makan di ofis...sarapan pagi ni dah berat tidak perlu lagi makan tengahari. Resipi nasi goreng paling senang...nasi + sedikit daging + udang jika ada stok + ikan bilis digoreng, bahan untuk di tumis bawang putih + halia yang di ketuk je, tak perlu nak tumbuk pagi2 nanti menganggu jiran nak tidur...letak karot dan garam + gula kemudian bila dah masak...angkat tabur dedaun bawang dan sup untuk tambah aroma dan serikan nasi goreng sebab tak ada sayur hijau.

Wednesday, November 18, 2015

FAST FOOD

Ini hidangan untuk makan malam...makan makanan fastfood yang kurang menyihatkan. Sebulan sekali boleh la hidang...biasa la kalau ada yang tak nak makan nasi terpaksa la cari kesimpulan untuk masak makanan yang macam ni...

Hidangan coleslaw, tomato, hotdog, nugget, kentang goreng dan pelbagai sos (sos lada hitam, cili dan mayonies). Hanya coleslaw je hasil usaha menyediakannya potong/sagat kobis, karot dan mentimun sebab ada stok letak je segala sayur yang ada kemudian dicampur/digaul dengan mayonies + susu segar + perahan air limau...kalau nak ada rasa masin boleh la letak garam...tapi hati2 sebab ada jenis mayonies dah cukup rasanya.

Mee Goreng

Malam tadi hanya masak mee goreng untuk makan malam. Agak jemu juga setiap hari asyik makan nasi je...lagi pun agak berat badan ni kalau setiap hari tambah kalori karbohidrat. 

Mee goreng ni kalau makan panas-panas memang sedap dan menyelerakan. Kena pula dengan air milo panas...confirm lena tidur.

Mee goreng lembab..bahan2nya..mee kuning + ayam + udang + sotong. Bawang putih + cili besar/kering diblend jika suka pedas + halia (untuk buang angin sebab saya alahan dengan asid dalam mee) ditumis hingga kekuningan masukkan rencah ayam etc masak hingga masak, letak sos cili, kicap dan sayuran seperti sawi, karot, tomato serta perasa garam dan gula...angkat dan hidang tabur dedaun bawang dan sup untuk aroma dan seri!!!. Saya tak suka letak sos tiram sebabnya bila makan akan rasa dahaga...lagipun malam2 menganggu waktu tidur untuk bangun minum air.