Tanggal 4 Disember tercatat kekal dalam kalendar tanda hari aku dilahirkan. Jangan tanya berapa usia saya ya!!!! biarlah hanya yang tertentu je tahu tak perlu diwarwarkan umur yang dah berusia ni.
Malam tadi adik beradik kesayangan aku sudah mengirim kek sebagai tanda ingatan mereka di hari lahir aku...kira awal berberapa jam sebelum tarikh lahir, aku sudah potong kek.
Untuk adik beradik tersayang terima kasih banyak-banyak...tak terhingga nilai kasih sayang serta huluran dari kalian semua. Semoga nilai kasih sayang ikatan siratulrahim arwah mek dan ayah didik kita semua berkekalan hingga ke syurga. Didoakan agar kalian semua dimurahkan rezeki, hidup dalam kebahagiaan dan keturunan kita tetap teguh ikatan siratulrahim. Amin.
Allah selamatkan kami!!! "creme brulee cheese" dari secret recipe |
Tahun ni nak beli apa ya sebagai tanda hadiah harijadi tahun 2015!!! |
No comments:
Post a Comment