Hari dah ahad besok dah kembali bekerja...cepatnya hari2 berlalu dah penghujung tahun. Hari ni hari minggu terakhir untuk tahun 2016. Menu tengahari kami hari ni sup tulang dan ikan bakar sambal cicah dengan sos kicap dan air asam. Memang menyelerakan...
Sambal ikan - bawang merah, putih, halia, serai, cili kering dan kunyit. Diblend kemudian ditumis hingga sambal masak pecah minyak....letak garam dan gula...pilihan kalu suka masam2 boleh letak jus limau nipis. Perap ikan sekejap dengan sambal yang dimasak tadi...kemudian balut ikan dengan daun kunyit atau daun pisang...bakar ikan jika nak sambal lebih atas ikan boleh letak masa bakar....tapi saya tak balut sebab tak ada daun...saya guna kuali ajaib.
Sos kicap - kicap + cili padi dipotong+serai dan bawang besar dimayang halus + tomato + jus limau nipis.
Air asam - air asam jawa + cili padi potong + serai dan bawang besar dimayang halus + tomato + jus limau + gula dan garam...bagi suka belacan boleh letak sedikit belacan bakar yang ditumbuk.
Ikan selar bakar bersambal. Guna kuali ajaib lagi senang untuk bakar ikan...cuma tak ada aroma daun pisang. |
No comments:
Post a Comment