Saturday, December 26, 2015

Nasi Himpit dan Rendang Ayam

Pagi ni teringin nak makan rendang ayam... tapi tak nak makan dengan nasi biasa. Selongkar kabinet ada stok nasi himpit paket... entah bila punya di beli aku pun dah lupa. Maka pagi ni kami bersarapan dengan nasi himpit dengan kuah kacang dan berlauk rendang ayam.

Rendang ayam yang teramat sedap...sebab masak sendiri kena la cakap sedap nanti ada yang tak makan.
Resipi kuah kacang : kacang tanah yang digoreng + santan + serai diketuk + garam + gula melaka + 1 atau 2 asam keping. Bahan2 yang diblend - bawang merah + halia + cili kering ditumis dengan minyak + rempah 3 sekawan. Bila bahan tumisan nampak garing masukkan santan dan kacang tumbuk/diblend masak sehingga pecah minyak.

Hasil masakan kuah kacang kali ni agak kurang menarik...sebabnya guna kacang goreng yang 'readymade' kacang ni dah siap goreng dan dihancurkan...mungkin kacang tersebut digoreng hanya kekuningan...biasanya kalau kacang digoreng sendiri kuah kacang nampak pecah minyak dan kacang ada yang warna keperangan/gelap serta ada aroma kacang yang baru digoreng. 
Nasi himpit yang dibeli siap dalam pack plastik ni semasa merebus elok masukkan beberapa helai daun pandan supaya ada kewangian seperti beras wangi...

No comments: