Saturday, September 24, 2016

Tempe + Ikan Bilis + Petai + Kentang

Sekarang ni hari sabtu pun kerja...dan besok pun kena pergi kerja ada urusan perlu diselesaikan...petang pula ada majlis farewell ofismate. Penatnya tidak terkata non stop kerja...bila la saya nak pencen..uuhhuu.

Petang ini balik kerja kononnya nak lunch kat luar bersama Mr Right...tapi agak lewat keluar ofis makanan untuk lunch kat kedai pun dah tak menyelerakan. Keputusanya saya masak...menu yang ringkas tapi menyelerakan! Masak sambal goreng tempe, ikan bilis, kentang dan campur petai. Tambahan menu sup cendawan dan ikan goreng. Lunch kami jam 4.30 petang...hahaha sabar je la ya!! Alhamduillah rezeki dariNya.

Ada yang terliur tak??? Jemput makan...dapat nasi panas dengan lauk ini pun dah cukup menyelerakan.

Thursday, September 22, 2016

Mangga Asam Boi

Beberapa mangga muda yang tidak terusik...saya potong buat jeruk dengan asam boi dan sedikit cili tumbuk. Kalau macam ini boleh simpan beberapa hari...lagipun bila masuk peti ais lagi tahan lama.

Tak pasti siapa yang akan makan ni...sekadar buat je simpan dulu!!

Monday, September 19, 2016

Kacang Soya Hijau

Malam ni rebus kacang soya hijau atau pun dikenali edamame untuk kudapan selepas makan malam....dulu masa kecil saya kenalinya dengan kacang bulu. Kacang soya hijau ni ada dijual di supermarket dalam bentuk frozen. Cara rebusnya teramat mudah dan cepat...masak air sehingga mendidih letak sedikit garam dan masak kacang 5-10 minit je...kalau nak pastikan kacang ini masak atau tidak angkat sebiji..kalau isi kacang lembut dan senang hancur tu bermakna dah masak la ya adik-adik.

Saya beli kacang ini untuk jadikan kudapan sebab ia banyak khasiat...untuk kurangkan kolestrol, kesihatan jantung...tuan puan tentu tahu khasiat kacang soya kan?? Seperti air soya, tafu foo, tauhu tu...bagi yang menggemari kacang soya tuan puan patut teruskan...jangan pula terebih pengambilan. 


 Kacang soya hijau yang sudah siap di rebus...jom kita makan sambil tonton tv...

Sunday, September 18, 2016

Pie Tie

Pie Tie!! Kategori pencuci mulut...sekarang ni tak kira bangsa keturunan semuanya berkongsi makanan masing2. Maka tidak mustahil kaum Melayu mengemari makanan keturunan nyonya, india, cina etc...itu la hikmahnya ada internet dan pakcik goggle semuanya dikongsikan di sini. 

Saya terbabit makan pie tie ni masa balik kampung, adik yang buat...jadi tercabar la juga saya untuk membuatnya sebab Mr Right memang mengemarinya...ya la intinya lebih kurang tauhu sumbat...dia memang peminat tegar tauhu sumbat!!

Untuk membuat kulit pie tie ni kena ada acuanya...Kulitnya dibuat dari tepung beras, gandum, tepung jagung dan telur...dibuat adunan seakan kuih goyang...acuan dicelup dalam adunan dan digoreng dalam minyak yang banyak 

Intinya pula boleh masak udang atau ayam atau daging seakan tunis kering...saya asingkan sayur sayuran sebab kami sukan makan sayuran yang mentah...tak suka sayur yang dimasak...sosnya pula saya hanya guna sos readymade. Kalau rajin boleh la buat ya...

Pie tie bila sudah diisi intinya sedap dimakan dengan kadar segera untuk menikmati kerangupan kulitnya...elak dari terdedah supaya kulitnya tidak lembik..

Asam Pedas Ikan Parang

Ahad!!! Besok dah masuk kerja, tiba2 je hilang mood bila fikirkan esok dah kembali ke ofis. Sejak akhir2 ni semangat untuk bekerja agak menurun...tapi demi mencari rezeki terpaksa gagahi. Eeemm cerita pasal makan lagi best...mood mesti ceria bila masak dan makan!! Tengahari tadi masak asam pedas ikan parang. Ikan ni memang mencabar seseorang tu bila makan...sebabnya banyak tulang, arwah mak saya ajar ikan tersebut hendaklah dikelar halus2 untuk bagi tulang ikan tersebut putus supaya senang untuk dimakan. Mari la kita menjamu selera...Bos kat rumah cakap makan ikan parang ni buat dia stress!!! Hahaha sabar je la

Ikan parang masak asam pedas!!! bahan2nya...ikan parang, bawang merah+putih+cili kering + cili padi jika suka pedas + halia + kunyit + tomato dikisar, tumis hingga pecah minyak, masukkan air + ikan + serai yg diketuk + halba + air asam jawa + daun kesum + timun yg dipotong...perasakan dengan garam gula.

Saturday, September 17, 2016

Sambal Pauh

Sejak balik kampung ni asyik nak makan nasi je....aduhai!!! semuanya gara-gara kat kampung asyik makan nasi pagi, siang dan malam. Malam ni saya tumbuk cili padi buat sambal pauh...ada buah pauh yang dibawa dari kampung. Sambal ini memang power!!! kena pula bila dicicah dengan petai. Malam ni kami makan nasi lauk ikan singgang, ikan goreng dan sambal pauh cicah petai. 

Cara nak buat sambal pauh ni teramat la senang... cili padi beberapa biji, ikan kering yang digoreng atau dibakar ditumbuk hingga hancur kemudian campur buah pauh yg dicincang tumbuk sedikit jangan terlalu lumat dan letak sedikit gula...garam tak perlu letak sebab ikan kering biasanya masin.


Friday, September 16, 2016

Rezeki Hasil Kebun

Sekali sekala menyinggah di kebun dapat la merasa hasilnya..itu pun harapkan orang yang menjaga kebun ni jujur dan ingat kat tuan tanah bila ada musim buah. Kami ada kebun getah dan sedikit pokok buah-buahan...harapkan orang yang jaga, hasilnya bila ada masa kami pergi ke sana. Masa nak balik KL singgah di kebun sekejap...dapat la ambil sedikit buah-buahan...sebab yang menjaga kebun bagitahu ada buah-buahan dia sudah petik untuk kami. Dalam kereta penuh dengan buah-buahan..nasib baik menghala ke KL jalan tidak sesak...maka tidak ada yang pening menghidu bau buah.

Ini namanya buah moktam@rambutan

Orang panggil buah dokong...rasanya manis dan sedap jika dibandingkan dengan duku langsat.

Petai..ini je yang lebih selepas bahagi sedekah kat jiran...kat KL semua orang berebut membelinya sebab banyak khasiat walaupun mahal termasuk la kami sanggup beli RM5 hanya 3 keping....hari ni kami dapat free!!

Cempedak!! sebiji cempedak size kecil dapat sepinggang!! beli kat sini jarang dapat yang isi padat ...ini la dia rezeki.

Ohh Durian!!

Cuti hari raya Aidil Adha...apa lagi balik kampung la kami, Ahad pagi 8.45am bertolak ke kampung....sampai sana jam 5ptg...uuuhu teramat la jammed. Namun syukur selamat sampai di destinasi. Cuti kali ini seronok sebab musim buah-buahan sedang masak...depan rumah rambutan petik dengan tangan je...uuhhu nikmatnya suasana macam ni...dapat makan buah segar. Durian, dokong@duku langsat dan petai memang menjadi tahun ini..hasil dari kebun pun ada. Itu lah rezeki dan nikmat Allah swt beri setelah kita berbudi dengan tanah. 


Yummyyy raja segala buah...durian kunyit diberi gelaran oleh orang kampung....bila datang ke bandar jadi musang king!! Saya tidak tergolong peminat durian...kalau jamah pun seulas sudah mencukupi...

Friday, September 9, 2016

Sambal Ikan Bilis

Balik kerja tadi terus ke dapur selain masak untuk makan malam saya juga .masak sambal ikan bilis persediaan untuk sarapan pagi besok. Biasa la kalau masak sambal ikan bilis mesti kawannya nasi lemak.
Bekal nasi lemak untuk sarapan di tempat kerja.

Sambal ikan bilis!!!

Wednesday, September 7, 2016

Ikan Bilis Goreng + Petai

Dapur kita bau petai hari ini...musim petai kembali lagi...belum habis stok petai...dah beli tambah...aduhai sabar je la bila tengoknya. Tapi disebabkan ada peminat petai terpaksa la dihidangkan. Kali ni saya goreng cara yang ringkas je...ikan bilis digoreng garing, campur cili tumbuk, bawang yg dimayang dan petai. Memang semerbak la baunya kat dapur. Tapi bila dapat makan sudah lupa baunya.

Ikan bilis goreng petai yang heaven!!! Mesti ada yang cakap petai lagi banyak dari ikan bilis...tapi jangan perli ya...ianya menyelerakan terutama bila makan dengan nasi panas dan saat balik kerja perut sudah berdendang.

Tuesday, September 6, 2016

Ayam Masak Cili Padi

Aduhai lamanya tak jenguk laman ni...kesibukan!!! Menu ayam masak lemak cili padi ni tersimpan dah beberapa hari. Hari ni ada masa sikit dapat simpan kat sini sebagai kenangan dan rujukan.

Ayam masak lemak cili padi ni sekali sekala saya masak...sebab kami ni bukannya peminat ayam...tapi bila dah lama tak masak ayam....sekali dapat je memang menyelerakan. Resipi untuk ayam masak cili padi ni saya buat ikut selera sendiri. Bahannya ayam + santan + bahan ditumbuk Cili padi + halia + kunyit + bawang merah + bawang putih + serai diketuk + asam keping + garam gula....saya letak ubi kentang sebab saya peminat ubi kentang. 

Ayam masak lemak cili padi...tengok la buktinya cili padi bersepah. Masakan ni kena santan pekat baru ada rasa nikmatnya...lemak dan pedas!!!

Monday, September 5, 2016

Kerabu Mangga

Ada mangga yang masam!!! Pelik ke bila saya cakap mangga masam...mesti cakap mangga semestinya masam. Tapi ada juga mangga yang tidak masam walaupun masih muda. Bila dapat mangga muda yang rasa lemak dan tidak masam saya rasa kecewa sebab tidak menepati selera untuk dimakan apa lagi untuk dibuat kerabu. Tapi semalam Mr Right bawa balik mangga muda masam...maka terjadi lah kerabu mangga.
Bahannya - mangga dicincang halus + bawang merah/putih  +  cili padi potong kecil + serai diracik halus + kacang tanah digoreng + ikan bilis goreng + udang kering disagai sekejap dan ditumbuk....kesemuanya digaul dengan sos ikan, saya letak sedikit gula supaya ada rasa masam masin manis..

Kerabu mangga muda masam!!! Jom kita kelipkan mata bila makan kerabu mangga masam ni....