Jom kita belajar buat telur masin atau telur jeruk. Mungkin ramai yang dah tau macamana cara dan proses buat telur masin...ada 2 cara iaitu menggunakan abu atau air garam. Saya pernah diajar oleh arwah ibu cara nak buat telur masin ni...biasa la kita kat kampung dulu2 ada pelihara itik dan semestinya telur itik agak banyak...tak harian la telur menjadi lauk kegemaran dan boleh dikatakan makanan harian kami mesti ada telur. Sekarang ni nak makan telur itik kena la beli dan agak susah nak jumpa...kebetulan hari ahad minggu lepas singgah kat Chow Kit...eeemm apa lagi...dalam fikiran ni terbayang sedapnya masak lemak telur itik. Tapi hari ni saya nak kongsi cara buat telur masin mengguna air garam.
15 biji telur itik dibersihkan
Anggaran air seliter lebih + garam separuh plastik size kecil (masak sehingga air mendidih dan garam hancur) Biarkan air tersebut sejuk sebelum digunakkan untuk merendam telur. Isi telur dalam balang masukkan air garam tersebut dan letak beberapa helai daun pandan untuk bagi hilang bau hanyir telur. Tutup balang tersebut dan jangkaan telur ini dijeruk 10-15 hari....atau pun bila agak2 nak tau telur tersebut cukup masin boleh la ambil sebiji 2 rebus/masak untuk tengok tahap kemasinannya. Selamat mencuba.
Sebalang telur masin atau telur jeruk stok untuk puasa sunat bulan syabaan akan datang...lepas ni tak perlu lagi kita beli telur masin yang disalut dengan abu masin. |
No comments:
Post a Comment