Malam ini kami makan malam kat kedai sebab mendapat tajaan dari adik katanya dapat bonus besar. Amin!! Semoga rezekinya berterusan. Maka untuk makan malam ini tidak perlu la saya masak...lagipun hari ini agak kepenatan sebab kami pergi bersih rumah yang dulu disewakan... sekarang sudah tiada penyewa, biasa la rumah bila bagi orang sewa sudah semestinya ada kekotoran dan sebagainya...rumah double story lepas tu ada halaman yang berbagai pokok tanaman yang tidak dibersihkan. Jadi kami terpaksa jadi kontraktor pembersih... balik dah petang kepenatan...syukur tak perlu masak rezeki makan kat luar.
Kami ni bab makan ikut je janji halal...tambah pula free saya boleh rehatkan diri semuanya terhidang. Hidangan selera kampung negeri kelahiran...
Ini je gambar yang sempat ambil...sebabnya tak sabar nak makan, menu ikan singgang, telur dadar, ikan rebus goreng, lala masak sambal, daging goreng, burung puyuh goreng dan budu serta ulam. Fuuuhh memang sedap makan macam ini, tambah pula malam tadi hujan selera kami bertambah-tambah. Tempat kami makan ini kedai biasa je...warung yang terletak area Jalan TAR..dari Chow Kit selepas petrol Shell lorong sebelum ke simpang jalan Sultan Ismail...kat sini semuanya warung menjual ikan singgang. |
No comments:
Post a Comment