Monday, February 29, 2016

Rezeki!!

Malam ini kami makan malam kat kedai sebab mendapat tajaan dari adik katanya dapat bonus besar. Amin!! Semoga rezekinya berterusan. Maka untuk makan malam ini tidak perlu la saya masak...lagipun hari ini agak kepenatan sebab kami pergi bersih rumah yang dulu disewakan... sekarang sudah tiada penyewa, biasa la rumah bila bagi orang sewa sudah semestinya ada kekotoran dan sebagainya...rumah double story lepas tu ada halaman yang berbagai pokok tanaman yang tidak dibersihkan. Jadi kami terpaksa jadi kontraktor pembersih... balik dah petang kepenatan...syukur tak perlu masak rezeki makan kat luar. 

Kami ni bab makan ikut je janji halal...tambah pula free saya boleh rehatkan diri semuanya terhidang. Hidangan selera kampung negeri kelahiran...
 
Ini je gambar yang sempat ambil...sebabnya tak sabar nak makan, menu ikan singgang, telur dadar, ikan rebus goreng, lala masak sambal, daging goreng, burung puyuh goreng dan budu serta ulam. Fuuuhh memang sedap makan macam ini, tambah pula malam tadi hujan selera kami bertambah-tambah. Tempat kami makan ini kedai biasa je...warung yang terletak area Jalan TAR..dari Chow Kit selepas petrol Shell lorong sebelum ke simpang jalan Sultan Ismail...kat sini semuanya warung menjual ikan singgang.

Sunday, February 28, 2016

Nasi Goreng Berbagai Bangsa

Hari ahad teramat padat dengan urusan, pagi ini saya mohon dengan ustaz untuk ponteng kelas mengaji sebabnya ada berberapa jalan dari perumahan saya ke tempat mengaji di tutup untum memberi laluan berbasikal Le Tour De Langkawi.

Maka pagi ni kami bersarapan nasi goreng berbagai bangsa...sebabnya bermacam2 bahan dicampur ada style nasi goreng cina, ada style goreng melayu dan etc...kejadian ini berlaku sebabnya ada masa untuk menyediakannya...lagipun idea ini je yang ada untuk sarapan pagi ini. Apa pun syukur!!

Oh nasi goreng walaupun rupanya tak seindah mana tapi rasanya tetap menarik selera kami.

Saturday, February 27, 2016

Mini Pizza

Sarapan pagi ni masak mini pizza...sekali sekala tukar cara memasak...hakikatnya bahan-bahannya ada sama. Adakala tu bila kita olah bahan tersebut cara memasaknya sedikit sebanyak ada perbezaan dalam segi rasa dan persembahanya. 

Untuk menyediakan mini pizza ini saya hanya guna roti paratha readymade sebagai dasar/kulit pizza. Intinya sausage dan bebola daging yang direbus dipotong dadu, telur, daun bawang/sup, bawang holland tomato dan chease.

Roti paratha dipotong ikut bentuk acuan kemudian diletak dalam acuan, letak bahan2 yang dipotong, kemudian masukkan telur yang dipukul dan akhir sekali letak chease. Bakar 20 minit kepanasan 180 darjah.

Mini pizza hidang mengikut selera masing-masing...ada yang suka makan cicah dengan sos dan mayonies, tapi saya lebih suka makan yang original cukup la dengan rasa chease.
Mini pizza senang untuk dihidang jika dibandingkan dengan pizza biasa dimana ianya tak perlu nak potong
Saya guna acuan kek ini untuk masak mini pizza...memang senang tidak melekat.

Daging Masak Paprik

Daging lembu memang lauk kegemaran saya terutama sekali bila digoreng. Tapi malam ini masak paprik daging sebabnya bila masak resipi ini tak perlu lagi masak sayur lain...ianya lengkap ada daging dan sayur...jadi jimat la masa dan cepat untuk kami menjamu selera. 

Paprik daging ni taraf nak cepat dimasak...letak je apa yang ada dalam peti ais janji boleh dimakan...lepas tu pandai-pandai la kita olahnya mengikut citarasa kita.

Bahan-bahan ini bila bersatu dalam kuali sudah semestinya sedap!!!

Friday, February 26, 2016

Ayam Masak Lemak Cili Api

Petang ini masak lauk menu orang N9 untuk makan makan malam. Masakan yang berlemak dan pedas sudah semestinya menambah kolestrol...tapi apa kan daya bila dah teringin nak makan ayam masak lemak cili api kita lupakan tentang kalori.

Bahan-bahan untuk masak lauk ini tak banyak bahan untuk  disediakan. Ayam, santan, serai, asam keping, daun kunyit dan garam. Bahan untuk dikisar pula bawang merah, halia, cili api dan kunyit. 

Cara masaknya masuk bahan kisar dalam santan, masukkan ayam serai yang diketuk, asam keping, garam dan daun kunyit yang dimayang halus. 

Warna kuning ini nampak menarik bila guna kunyit hidup.

Thursday, February 25, 2016

Maggi Kari Bebola Daging

Jam sudah pukul 9 malam...ada yang nak makan maggi tapi syaratnya masak dengan rencah yang ringkas tak mahu letak telur, cuma letak meatball dan cili padi. Kalau macam ni masaknya hanya ambil masa 10 minit sudah sedia untuk dimakan. Ini la dia puncanya tak nak makan malam...kesudahannya maggi jadi sasaran.

Pengisi perut sementara.... sebelum sarapan pagi besok elak tidur dalam keadaan perut yang kosong...maggi kari bebola daging yang sempoi.

Wednesday, February 24, 2016

Sandwich!!

Pagi ini bekal untuk sarapan kami sandwich telur dan sandwich salad. Sudah beberapa hari tak makan roti... mesti selera ni memanggil-manggil untuk dapatkan roti. Biasa la untuk sarapan kami tak cerewet cukup la telur hancur campur mayonies dan salad, tomato dan campur dengan sedikit sausage.

Bila dah sarapan sandwich ini terlepas makan tengahari pun tidak mengapa... sebabnya sudah cukup kenyang.

Tuesday, February 23, 2016

Sardin Cap Ayam

Apa komen anda bila makan nasi lauk ikan sardin tin cap ayam!!! Semestinya 'meletop' ditemani pula dengan telur dadar, telur masin dan salad. Itu je la hidangan makan malam kami malam ini. Terpaksa pilih menu yang paling cepat untuk disiapkan sebabnya 7.30 malam baru sampai rumah...ada masa setengah jam je untuk masak...perut dah meradang sebab hari ni tak sempat makan tengahari.

Lauk ikan sardin tin cap ayam...memang licin kami makan malam ini.

Monday, February 22, 2016

Daging Kambing Bakar

Malam ni menu utama untuk makan malam ialah daging kambing bakar!!! Disamping itu masak juga nasi goreng kot ada yang nak makan nasi. Biasa la selera setiap orang berbeza. Kesudahannya kedua2 makanan tu semuanya dimakan...ingatkan ada yang tak nak makan nasi bila dah ada kambing bakar ala bbq. 

Daging kambing ni sudah diperap semalaman...kononnya nak makan malam tadi...tapi tak jadi sebabnya kekenyangan dok makan makanan lain. Bila dibakar hari ni memang terasa kesedapannya sebab rempah ratus sudah meresap dalam daging.

Bakar guna kuali ajaib betul2 ajaib sebabnya daging cepat masak dan lembut...maaf la gambar daging yang dah masak terlupa snap sebabnya tak sabar nak makan.

Pulut Kuning atau Nasi Kunyit

Pagi ahad mengukus pulut kuning untuk dibawa ke kelas mengaji. Dari kecil saya dikenalkan dengan panggilan nasi kunyit...tapi bila berhijrah dah tukar panggilannya bila orang sekeliling sebut pulut kuning....eeemm kedua-duanya makan yang sama...mungkin masa di kampung kami sebut nasi kunyit sebabnya warna pulut tu diwarnakan atau direndam dengan kunyit. 

Dulu Nasi kunyit ni hanya didapati bila ada majlis2 tertentu tapi sekarang sudah tidak semestinya ada majlis boleh dikatakan sudah menjadi sajian setiap masa. Hari ni saya bawa pulut kuning ni untuk ustaz dan rakan2 mengaji sempena tahun baru kami sambung kelas mengaji Al-Quran....walaupun sudah hampir 2 bulan berlalu tahun 2016 hari baru berkesempatan memasaknya.
 
Pulut kuning ini selain dimakan dengan rendang, ianya juga sedap dimakan dengan serunding dan telur dadar.

Kek Cawan Pisang

Petang jumaat amat menyeronokkan sebabnya besok dah hari minggu. Maka petang ni mood tu agak lain tambah pula bila kat dapur ada sikit kerajinan. Selepas siap masak makan malam...tengok pisang yang dah terlebih masak maka rajin la mencari resipi untuk dijadikan hasilnya dari terbuang. 

Kek cawan pisang.
Kek cawan yang ini selain dari pisang yang diblend dalam adunan saya juga letak sepotong kecil dalam kek tersebut.
Resipi ni sebagai rujukan...tapi saya ubah sedikit cara penyediaannya.

Sunday, February 21, 2016

Puding Karamel

Pencuci mulut atau pembasah tekak selepas makan nasi. Ini antara salah satu menu makan malam untuk tetamu semalam.
Puding karamel!!! manis-manis karamel disulami dengan masam buah kiwi dan strawberi.
Puding ni seeloknya disejukkan dalam peti ais sebelum dihidang.

Saturday, February 20, 2016

Raikan Tetamu dengan Rasa Thai

Sabtu malam kami ada meraikan tetamu makan malam...tetamu kali ni dari keluarga sebelah Mr Right. agak kepeningan untuk menyediakan menu.... kesudahannya minta menu dari Mr Right apa dia nak bagi adik beradiknya makan. Masakan ala siam... ikan siakap 3 rasa, tomyam santan, ayam goreng kunyit dan goreng sayur campur.  Manakala pencuci mulut puding karamel dan minum teh O lemon. 

Siakap 3 rasa..setiap menu kena sediakan 2 hidangan sebabnya 6 orang untuk makan.
Ayam goreng kunyit.
Sayur campur!... tomyam mana?? ala terlepas untuk disnap gambar.

Friday, February 19, 2016

Strawberi Coklat

Petang tadi balik dari kerja singgah pasar malam membeli buah-buahan. Tertarik pula tengok buah strawberi dari Cameron... tiba-tiba je terfikir nak masak puding dan letak strawberi....tapi bila dah sampai rumah hanya mampu cicah dengan coklat sebabnya badan ni tak larat nak lama2 berdiri kat dapur...
Sedap!!!  ada rasa masam manis
Cuma guna syrup coklat
Strawberi yang masih segar elok di makan segera untuk nikmati rasa masam manis

Thursday, February 18, 2016

Ikan Singgang

Makan nasi berlauk ikan singgang cukup menyelerakan dan sambil makan tu teringat la masa membesar kat kampung. Macamana belajar memasak dengan arwah mek dari cara kupas bawang hingga la siap masak. Walaupun masa itu cukup liat dan malas untuk tolong di dapur tapi kerana dipaksa oleh mek aku akur...bila diingatkan kembali ini la dia hasilnya...apa yang ibubapa kita ajar dan paksa kita lakukan sesuatu ada hikmat dan nikmatnya.

Menu makan malam kami malam ni hanya ikan tenggiri singgang dan daging goreng kunyit. Badan tak larat nak masak yang lain kepenatan hari ni banyak urusan di ofis.

Masakan  yang paling senang dan cepat...campur sekali bendi tak perlu lagi masak sayur lain.

Monday, February 15, 2016

Sambal Tempe

Saya bukannya asal orang jawa tetapi suka makan sambal tempe yang dicampur dengan berbagai jenis bahan lain. Bila berhijrah kita akan belajar makan bermacam jenis makanan yang diperkenalkan oleh berbagai kaum dan keturunan. Bila dah mula makan ada juga makanan yang memikat selera dan sudah semestinya kita ingin belajar memasaknya.

Petang ini saya masak sambal tempe yang dicampur dengan ikan bilis, ubi kentang dan kacang tanah. Sedap atau tidak hasilnya tidak menjadi hal...cuma cukup la jawapnya, kami makan dengan penuh nikmat...kena pula dengan masak lemak kobis dan ikan kerisi goreng. Rasanya tak dapat nak buka mata bila selesai makan...mengantuk kepenatan sebab kekenyangan.

Sambal tempe goreng!!!
Kobis masak lemak putih

Sunday, February 14, 2016

Oh Pisang

Bila pisang dah terlampau masak tuan rumah mula pening kepala melihatnya...maka untuk elak dari membazir rajinkan diri supaya ada hasilnya. Usaha yang paling senang adalah goreng dan buat cekodok....harapnya ada yang makan. Hari ni pergi kelas boleh la bawa bekal untuk makan bersama ustaz dan rakan-rakan mengaji.

Bila ada berlebihan...ni la dia dikatakan rezeki
Pisang tanduk goreng!
Cekodok pisang!

Friday, February 12, 2016

Udang, Tempoyak dan Petai

Hari ini rumah kami ada bermacam bau... ada bau petai dan ada bau tempoyak....tetapi bau ini la yang membuka selera makan malam kami tambah pula dalam cuaca yang sejuk petang tadi hujan lebat. Masak udang tempoyak ni sekali sekala boleh la...alamak berkilo la tambah kalori dalam badan.

Thursday, February 11, 2016

3 Rasa Ikan Siakap

Masak ikan siakap 3 rasa, ni antara masakan yang paling diminati dan boleh dikatakan bila ada je ikan siakap masakan ni je yang menjadi pilihan.
Hidangan ikan siakap 3 rasa ni tak ada daun bawang/sup maka digantikan dengan daun limau purut untuk dapatkan aromanya. Jemput la menikmatinya...

Sup Ketam

Plan asal nak masak tomyam ketam...tapi bahannya tak cukup...kononnya balik dari kerja nak membeli bahannya tapi malangnya kat kedai tersebut tak ada barang yang nak dibeli...CNY punye pasal stok tak sampai. Bila dah terbantut niat nak masak tomyam maka terjadi la sup ketam aka sup sayur rencahnya ketam. Sabar je la ya bila Mr Right tanya kenapa ketam masak sup...eeemm tanya je namun tetap makan.
Sup ketam ni sah la nampak tak lengkap memandangkan ketiadaan stok dalam peti ais. Namun syukur kami masih ada rezeki untuk dimakan. Amin!
 
Sup sayur berencahkan ketam...sekali sekala lari dari masakan biasa yang dimasak, bila makan berselera juga...

Wednesday, February 10, 2016

Solok Lada

Petang ni masak solok lada...salah satu menu makan malam kami. Hari ni sampai rumah agak awal dari biasa, seronok kalau setiap hari pergi dan balik kerja tak mengadap jem. Maka hari ni dapat la lama sikit kat dapur masak beberapa menu dan salah satunya solok lada. 

Bahan2nya-
Lada/Cili besar
Santan
Daun pandan

Untuk inti-
Bawang merah
Halia
Serai
lada hitam
Kelapa goreng
Kelapa mentah
Isi ikan rebus/bakar tawar
Garam gula
Sebiji telur.

-Untuk inti semuanya diblend/tumbuk, kemudian pecahkan telur dan gaul (tujuannya untuk bagi inti melekat semasa masak/kukus)
-Projek sumbat inti dalam cili, sebelum itu cili hendaklah dibelah dan dibuang bijinya.
- Bila dan selesai sumbat cili, alas daun pandan dalam periuk/pengukus dan susun cili2 tersebut. Selepas itu curah santan pekat dan kukus atau masak sehingga cili layu.

Ini la dia rupa solok lada yang tidak seindah mana...tapi bila kami makan nasi dengan solok lada, sup tulang dan ikan kerisi goreng tak larat nak bangun dari kerusi.

Sarapan

Kita minum dulu!!! pagi ni sebelum keluar ke ofis sempat la kami minum sebabnya boleh agak jalan tak jem pagi ni...maka boleh la keluar lewat sikit. Biasanya bila perayaan macam ni mesti ramai yang sambung bercuti. 

Sarapannya ringkas je, sosej gulung dengan telur dan roti. Cara masaknya cukup senang, sosej direbus sekejap kemudian ambil roti gulung dengan sosej kemudian dicelup dalam telur dan goreng menggunakan non-stik (letak sedikit planta/olive oil). Lagi satu ada telur yang lebih tu boleh la buat telur dadar yang nipis kemudian ambil sosej gulung dengan telur tersebut.... hidang dengan sos cili dan mayonies. 
Satu gulung roti dengan sosej dan satu lagi telur dadar bersama sosej. Cukup untuk sarapan pagi ini!!!

Sunday, February 7, 2016

Pulut Pagi

Pagi ni bersemangat mengukus pulut untuk dijadikan sarapan. Cuaca sejuk pagi ni terasa lapar pula...
Untuk masak pulut pagi ni ada cara kukus dan ada juga yang tanak seperti biasa. Tapi kali ni saya kukus. Sebelum kukus elok beras pulut direndam sekejap dalam masa 30 minit. Kukus pulut sehingga naik wap / masak, angkat dan gaul atau arun dengan air nisan yang sudah dimasak (air+nisan+gula yang dimasak dan dicampur sedikit air kapur), kemudian kukus sekali lagi sehingga masak...semasa mengukus saya letak daun pandan dalam pulut untuk dapatkan aroma...kalau ikutkan tak letak pun tak apa sebabnya aroma pulut pun sudah cukup menyelerakan.

Bahan untuk masak pulut ni tak banyak - pulut, gula, nisan, air, sedikit air kapur,  daun pandan dan kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam/gula.

Jom kita makan pulut pagi...sekejap lagi lepas makan pulut ni ada yang sambung tidur.

Friday, February 5, 2016

Cekodok Ikan Bilis

Assalamulaikum Dunia, apa khabar semua!!! Salam pagi jumaat yang penuh keberkatan. Pagi ni kita sarapan makan cekodok ikan bilis. Pagi-pagi dah semerbak bau cekodok goreng....huhuhu jangan marah jiran sebelah terganggu deria bau. 

Untuk resipi cekodok atau jemput ikan bilis ni senang je, tepung gandum + air + ikan bilis boleh juga ditumbuk + bawang holland didadu + sedikit garam jangan lebih biasanya ikan bilis sudah masin dan daun sup/bawang...kalau nak pedas boleh letak cili potong.

Ini untuk bekal saya sarapan di ofis, kami masing-masing bawa bekal, hanya sempat minum jus segelas sebelum keluar....biasa la tak sempat nak duduk kat meja dirumah untuk sarapan demi mengejar masa dan tugas sedang menunggu. 

Thursday, February 4, 2016

Sotong dan Kacang Buncis

Menu ni kurang berseri tapi ianya menjadi kegemaran kami. Sotong goreng kunyit ni bila dicampur dengan kacang buncis dan baby corn memang sedap dimakan waktu panas sebabnya menikmati kerangupan dan kesegaran kacang tersebut...biasanya bila masak macam ni jangan terlalu lama atas dapur untuk mengelak dari kacang buncis terlalu layu atau lembik.

Walaupun tidak berseri...sekadar ada hijau kuning...tapi bila makan enaknya.

Daging Masak Kurma

Menu makan malam hari ini ada kelainan sikit sebabnya masak kurma daging...menu yang jarang dimasak sebabnya tukang masak kurang mahir untuk masak menu macam ni...kalau nak makan kurma daging mesti restoran mamak. Tapi petang ni cuba masak kurma daging sebabnya sudah ketandusan idea mencari menu tentang daging...

Secara ringkas resipinya :
Daging dipotong nipis
Bunga lawang, cengkih, pelaga, kayu manis
Bawang merah, putih dan halia diblend
Santan
Air Asam jawa
Ubi Kentang
Cili hijau dan tomato
Garam/gula 

Ini dia hasilnya daging kurma!!!

Sandwich Telur

Salam dan selamat pagi semua... semoga hari ini dipemudahkan urusan dan dipenuhi dengan keberkatan olehNya.  Pagi ini rezeki untuk kami sarapan adalah roti  sandwich telur ini je yang sempat disediakan...biasa la nak kejar masa untuk sampai di ofis. 

Bagi yang nak menyediakan sandwich telur ni...beberapa biji telur direbus, kemudian dilenyek/hancurkan + mayonies + lada sulah atau lada hitam. Ambil roti yang disapu dengan planta atau gantikan dengan chease + letak telur yang sudah dihancurkan tadi dan letak timun yang telah dipotong....ok siap!!!
 
Sebelum mula kerja ambil kesempatan sarapan dulu untuk dapatkan tenaga...bila dah minum coffee dan makan sepotong sandwich baru boleh buka mata!!!

Wednesday, February 3, 2016

Donut!!

Petang ni sebelum masak untuk makan malam goreng donut frozen terlebih dahulu untuk minum petang. Sekurangnya dapat alas perut sebelum makan malam...ya la mesti ada yang lapar nak tunggu hidangan siap.

Harap bertenang ya...rupa donut ni kalau boleh jangan la komen ya...terbabas sikit masa menggorengnya....

Donut ni kena makan waktu masih panas...terasa keranggupannya!!! Saya kurangkan taburan gula sebabnya ada yang tak minat makan manis.

Tuesday, February 2, 2016

Paprik Daging

Daging masak paprik ni betul-betul sedap saya tak tipu...tu la jawapannya bila saat kita lapar dapat makanan yang dah lama kita tak makan. Ini salah satu menu makan malam kami. 

Bahan-bahan :
- Daging lembu
- Bawang putih cincang halus
- Halia cincang halus
- Serai - mayang
- Bawang holland - mayang
- Daun limau purut
- Cili padi - ketuk / potong
- Baby corn
- Karot
- Kacang buncis
- Tomato
- Sos cili, tomato dan tiram

- Daging dipotong nipis dan direbus dengan halia dan bawang putih serta sedikit garam.
- Bila daging sudah lembut tos air rebusan daging disimpan untuk dijadikan stok kuah paprik.
- Tumis bawang putih dan halia kekuningan dan masukkan sos, daging, air rebusan, serai, cili padi, bawang holland, sayur-sayuran dan perasakan dengan garam gula...hidang taburkan daun sup/bawang.

Ini dia paprik daging bersama sayur-sayuran, satu menu ini pun sudah cukup dimakan dengan nasi putih.
Yezzz order sudah siap!!!

Sup Ayam

Hari ni balik dari kerja badan terasa cukup penat...ya la setelah seminggu cuti. Maka tiada alasan 'penat' untuk elak dari memasak. Makan malam kami tetap disediakan lagipun hari ini tak sempat lunch di ofis. 

Menu malam ni sup ayam... cara senang saya masak sup ayam : tumis bunga lawang, kayu manis, pelaga, bunga cengkih dan lada hitam kemudian masukkan bahan yang diblend bawang putih + bawang holand + halia dan tomato. Tumis sehingga bahan2 tersebut masak / kekuningan dan masukkan air tunggu hingga mendidih dan masukkan ayam, ubi kentang dan tomato (jika sudah dilebihkan tomato semasa blend  tidak perlu lagi letak nanti terlebih rasa masam)....akhir sekali letak garam dan perasa. Angkat dan tabur daun sup.
Sup ayam + kentang dan tomato....jemput la ya makan sup ni waktu panas berasap dapat menghilangkan rasa letih badan yang penat bekerja.

Berehat Di Kampung!!

Cuti Thaipusam minggu lepas kami balik kampung berehat di sana beberapa hari...kebetulan ada kenduri kahwin sedara langsung sambung cuti rehat. Seronok bercuti waktu begini sebabnya tiada kesibukan atau kesesakan di jalan raya...suasana di kampung pun tenang dan damai. 

Aktiviti kami di kampung ala-ala santai...waktu pagi keluar sarapan kat warung ada nasi kerabu, nasi berlauk dan nasi dagang...lepak kat kedai kopi sambil menikmati sarapan. Lepas sarapan pergi pasar jalan2 je tengok apa yang berkenan untuk masak tengahari...beberapa hari di kampung rutin kami sama namun cukup mendamaikan jauh dari tekanan kerja dan kesesakan kotaraya.
Antara makanan yang tetap menjadi pilihan setiap pagi. Harga sepinggan nasi kerabu daging bakar RM3.50 sahaja.
Nescafe!!! tengok kandungan susu pekat manis, peniaga di Kelantan tidak kedekut bahan bila menyediakan minuman. Harga segelas nescafe atau teh susu hanya RM1 sahaja...minum di warung tiada GST!!!
Salah satu kedai yang menjual minuman di pekan Rantau Panjang berbagai perisa... setelah sekian lama tidak berkunjung ke pekan ini, taraf pembangunannya sudah berubah sudah ada bazar baru dan agak selesa untuk membeli barang keperluan seperti pakaian. Haraf maaf terlupa ambil gambar bazar Siti Fatimah.
Ais Green Tea RM3 size gelas besar boleh minum untuk 2 orang.

Monday, February 1, 2016

Udang Goreng

Ini salah satu lauk untuk makan tengahari sempena cuti hari Wilayah, walaupun mood nak masak agak kurang tetapi tetap juga memasaknya... udang goreng bersama planta...ni dia rupa udang goreng butter namun tidak la seindah mana tapi segi rasa cukup sedap. Kejadian udang goreng butter ni dibuat keputusan saat akhir...pada mulanya plan nak masak resipi udang goreng biasa...sudahnya jadi macam ni.
Udang goreng planta berkari...sebelum goreng udang diperap dengan rempah kari.