Bila salah satu nikmat dunia ditarik baru kita insaf seketika...sedar akan kebesaranNya. Dah 2 hari dilanda sakit gusi dan melarat ke gigi garaham. Bila check gigi tak rosak dan gusi pun tak bengkak...tapi bila sentuh atau gosok gigi akan rasa sakit...apa lagi nak mengunyah...uuhhh bila berdenyut memang tangkap ke kepala dan segalanya jadi masalah...setiap aktiviti jadi terganggu dah la tidur malam susah lena. Masalah sakit gusi dan gigi boleh dikatakan kerap juga aku alami tapi gigi yang berlainan...yang dapat aku analisis sendiri adalah punca suhu badan panas...aku tak demam tapi bila boleh rasa panas dalam dan bahagian tapak tangan pun rasa panas. Salah satu punca panas ni aku mungkin salah makan makanan yang kandungan 'panas' seperti cili atau yang berempah dan kurang minum air suam bila pengambilan supplement seperti vita C, fish oil dan epo.
Gara2 anugerah sakit ni nak makan pun kurang sebabnya kena bagi tumpuan jenis makanan nak mengunyah pun siksa. Jadi aku ambil makanan yang lembut...masak lempeng gandum untuk sarapan dan lunch masak mee sup...maka orang lain pun makan ikut menu angkara terkena tempias sakit aku.
No comments:
Post a Comment