Thursday, November 28, 2013

Bihun Sup

Hari ni masak sup...ala masak macam buat sup sayur je lepas makan dengan bihun, dah jemu makan roti. Bahan yang ada dalam peti ais pun tak seberapa, kalau ikutkan tak lengkap bahan untuk aku sediakan bihun sup. Tapi bagi aku tak jadi masalah janji ada satu dua jenis sayur dan daun sup, rencahnya bebola ayam, daging dan ayam, bila dah masak tu tabur la bawang goreng...kalau nak pedas letak je cili jeruk.

Ni la hasilnya sup sayur dengan bihun.

LA Coffee

Pagi ni aku sampai ofis awal dari biasa, semalam aku lewat 1 jam lebih gara-gara kesesakan jalan yang tak tau apa puncanya. Bila sampai awal boleh la santai sekejap sambil minum coffee, pagi ni aku termenung gak...apa nak minum pagi ni asyik minum nescafe dan teh setiap pagi... eeemm kesudahannya coffee juga jadi pilihan...kopiko coffee 3 in 1 bersama sandwich. Bila sampai awal ofis ni seronok juga dapat la belek newspaper. 

Bekalan untuk hari ni!!!
Jom minum Kopiko!!!

Makanan Cacamarba??

Beberapa hari ni aku tak masak nasi untuk makan malam atas permintaan Mr Right, dia nak kurangkan pengambilan nasi. Maka aku pun kena la ikut...bab ni menang seronok la sebab aku tak perlu nak menumbuk menumis untuk sediakan nasi campur. Tetapi kena juga fikir menu lain, petang semalam makan roti cicah kari dan hari ni aku buat sandwich telur campur tuna dan ditambah dengan nugget dan kentang ditemani buah-buahan juga teh O. Makanan caca marba ni bagi aku lagi banyak mengundang kandungan kalori dalam badan....eeemm tak pa minggu ni je kot makan macam ni.


Hidangan makan malam - kategori makanan carcamarba.. nugget + kentang goreng + sandwich telur tuna dan buah buahan (tak ada gambar buah) 

Wednesday, November 27, 2013

Buah Tangan

Sekarang ni hujung bulan november dah menghampiri penghujung tahun, bila bermulanya cuti sekolah maka masing-masing ada plan dan aktiviti : ada kenduri kahwin, majlis khatan anak dan ada juga keluar bercuti @ makan angin. Aku belum ada plan lagi untuk bercuti, sekarang cuma pasang angan-angan untuk bercuti awal tahun nanti... kebiasaan kami mengelak dari ambil cuti bila peak time atau masa cuti sekolah. Walaupun tak pergi bercuti aku dapat juga buah tangan dari kawan yang pergi bercuti dan kenduri. 


Monday, November 25, 2013

Nasi Kandar

Malam ni makan nasi kandar tapi bukannya nasi kandar kedai mamak...ni nasi kandar homemade, sebut nasi kandar dah semestinya terbayang ada kuah kari yang melimpah atas nasi. Biasanya kalau makan kat kedai mamak banyak jenis kuah yang diletak...kekadang tu aku tak dapat rasa kuah apa yang masuk dalam mulut. Petang tadi aku masak kari daging dan campur sedikit daging yang bertulang, goreng ikan dan kobis goreng. Itu je menu makan malam kami malam ini cukup menyelerakan walaupun simple....tak perlu aku nak keluar makan kat kedai mamak bila teringin nak makan nasi kandar tambah pula mood nak makan kat luar sekarang ni agak kurang menyelerakan. Sekarang ni ramai rakan-rakan aku yang dah buat perkiraan bila makan kat luar terutamanya dari segi kebersihan dan harga. Bagi aku kita boleh makan kat luar tapi kena la tengok keadaan kedai tersebut dari segi kebersihannya.

Nasi Kandar  homemade : nasi putih + kari daging + kobis goreng

Sunday, November 24, 2013

Roti Telur

Sarapan pagi tadi goreng roti celup telur...eeehh cukup ke??. jawapanya mengenyangkan tau!!!! sebab kandungan karbohidrat dan protein tu dah kira berat kalorinya. Lagipun perut aku kalau makan roti boleh tahan sampai ke petang jiga dibandingkan dengan nasi lemak. Hari ni mood malas nak keluar rumah...kenapa akhir-akhir ni perasaan aku agak 'down' lemah dan malas je lakukan sesuatu terutamanya untuk ke ofis... adakah aku kena ambil cuti rehat keluar 'makan angin'??? Aduhaiii teringin sangat nak bercuti!!! Tapi saat ini situasi di ofis agak terhalang. Sabar ya sebulan lagi dah nak berhijrah ke tahun baru...semoga ada sesuatu yang mengembirakan dan mood malas akan beransur pergi.

Roti goreng telur yang agak comot...biasa la masak pun kena tengok pada mood kita.

Friday, November 22, 2013

Mee Kuah

Alhamduillah rezeki makan malam ni, sekadar masak mee kuah atau sup dan bersama sedikit rencah dan sayur. Seharian di ofis aku cuma breakfast roti bakar tak ada lunch dan tea break. Maka agak tak sabar untuk makan bila sampai rumah petang tadi. Biasa la kalau nak makan cepat aku harus la masak yang ringkas dan cepat tapi menenuhi selera dan mengenyangkan. Ala hai memasak ni tak perlu nak stress kalau tak cukup bahan-bahanya, kita boleh olah atau cipta sendiri lagipun untuk masuk mulut kita tak perlu nak cerita banyak janji cukup rasa. Mungkin ada sesetengah orang tu kalau tak lengkap satu atau dua bahan untuk masak sejenis masakan tu dia dah tak boleh masak...sebenarnya memasak ni kita kena ada kreativiti sendiri jangan terlalu ikut 'buku'.

Mee kuah @ sup - tumis bayang putih dan halia + daging + fish ball + air + sayuran + garam gula + sos tiram + daun sup + cili potong jika suka pedas. 

mee kuah yang simple tapi sedap!!!

Thursday, November 21, 2013

Ketupat Palas

Malam ni kami makan ketupat daun palas dengan rendang ayam, makanan ni biasanya jumpa masa raya je... tapi sekarang ni tak kira musim semua makanan ada dijual. Aku tak pasti member yang bagi ni dia beli kat mana. Biasa la bila dah lama tak jumpa mula la sembang macam tak ada masa lain lagi nak jumpa hingga aku terlupa nak tanya pasal ketupat yang dia bawa. Aku habis 3 ketul ketupat tu... rasa teramat kenyang lagipun pulut cepat muak tambah pulak makan dengan seketul rendang ayam. Eeemm mungkin ada yang tanya tak sakit badan ke makan pulut? sebab ada setengah orang akan bisa-bisa atau lenguh badan...ada yang cakap pulut ni akan jadikan 'angin' dalam badan, bab macam ni buat tak kisah je sebabnya pulut makanan kegemaran aku sejak kecil.

Bagi yang tak biasa makan atau masak pulut ni sebenarnya bahannya biasa je. Beras pulut + santan + sedikit garam dan kalau nak yang manis letak gula dan sejenis kacang untuk ketupat yang direbus terlebih dahulu.
Ketupat daun palas

Wednesday, November 20, 2013

Tom Yam Santan

Tengahari tadi tiba-tiba selera nak makan yang pedas masam...eeemm kedai area ofis ni ada tomyam tapi masakannya tak menepati citarasa aku. Habis je kerja aku terus 'clock out' bersemangat nak balik masak tom yam ayam yang bersantan, pedas dan masam. Menu makan malam ringkas je nasi putih, tomyam ditemani telur dadar. Prrrggg memang tercapai la hasrat aku dapat hirup kuah tomyam. Nasihat aku bila selera nak makan sesuatu lauk kita tak perlu masak berbagai jenis sebabnya makanan yang kita target tu tak dapat dinikmati dengan sempurna. 

Memang puas menghirup kuah tomyam santan, tak perlu banyak sayur sebab target utama nak rasa kuahnya yang ada lemak manis, masin, pedas dan masam disertai aroma serai dan daun limau purut.

Monday, November 18, 2013

Habbatus Sauda @ Black Cumin

Bila sebut habbatus sauda ada jintan hitam mungkin ramai yang sudah mengetahui tentang khasiatnya. Ada diriwayatkan... "sesungguhnya Al habbatus sauda boleh menyembuhkan segala penyakit kecuali maut". Kepada yang nak tau selanjutnya boleh la goggle ya!!!

Ada kawan kerja kat Iraq dia yang bagi biji dan minyak habbatus sauda ni. Untuk makan biji ni ada berbagai cara... boleh makan atau kunyah biji tersebut, ada juga tumbuk dan dikacau dalam air, boleh juga direndam dalam minuman. Biji habbatus sauda ni memang kecil macam saiz biji selasih rasanya ada pahit sikit.

Maruku yang meriah

Deepavali dah lepas...tapi kami baru dapat stok maruku. Rezeki orang bagi...satu balang maruku yang meriah sekali campurannya ada berbagai jenis kekacang, entah berapa lama boleh habis ni. Dah la sekarang ni aku tak boleh makan makanan yang panas atau berempah.

Sunday, November 17, 2013

Enjoy Breakfast

Assalamulaikum dan good morning everybody, jom breakfast dengan hati yang bahagia, mata yang segar, fikiran tenang dan enjoy dengan hidangan, bak kata pepatah mulakan pagi dengan senyuman dan kebahagiaan, InsyAllah seharian kita mendapat rahmat dan kejayaan. Ya la hari ni ahad semua orang akan senyum sebab tak stress untuk wake up early dan kejar ke ofis dan urusan lain lagipun cuti sekolah dah bermula.  Sekurangnya sehari atau dua dapat kita mulakan pagi dengan senyuman dan ketenangan serta dapat enjoy breakfat bersama keluarga tersayang di hari minggu. Untuk sarapan pagi ni aku call 'enjoy breakfast' sebab sediakan makanan yang simple tapi sambil santai kami menikmatinya. Waktu makan ni kita kena santai dan releks baru kita dapat rasa nikmat makanan tersebut dan semestinya perut kita pun selesa menerimanya. Jadi jangan sia-siakan pagi minggu kita walau sekali seminggu pun sudah memadai untuk terapi kesihatan dalam kehidupan kita. 

Hidangan breakfast kami yang ringkas tapi penuh kebahagian!!! Sosej bersalut telur dan kentang goreng serta aroma coffee menyegarkan.

Saturday, November 16, 2013

Hujan + Keropok Lekor

Sekarang ni musim hujan...boleh dikatakan setiap hari mesti hujan..hari ni hujan pukul 3 ptg...eemm cuci baju pun ada yang tak kering. Bila hujan waktu macam ni nak keluar rumah pun tak nak, lepak kat rumah lagi best... cuma tak seronoknya perut ni asyik nak makan je bila cuaca sejuk. Apa lagi tak leh nak tahan bila lapar...aku goreng keropok lekor cicah sos!!! Uuuhh best tau bila hujan cam ni makan makanan bergoreng .. utk tambah kolesterol!!! 

Nasi Himpit

Sarapan hari ni nasi himpit beraneka irama... terjadinya sebab ada macam-macam rasa, ada kuah kacang, kuah lodeh/lontong dan rendang ayam....uuuhhhh heaven...macam pagi raya la pulak. Bila dah sihat tu mula la selera makan tak terkira. Rendang ayam tu aku masak untuk dinner malam tadi....maka ada la yang cakap kalau makan dengan nasi himpit sedap juga. Ok la aku senang hati bila orang bagi cadangan untuk makan. Lagipun hari ni weekend ada masa untuk masak waktu pagi. 

Nasi Himpit + Kuah Lontong + Rendang Ayam dan Kuah Kacang

Thursday, November 14, 2013

Sushi Q

Petang semalam kami dating kat Sushi Q di Publika Solaris, kebetulan sebelum tu aku ada appoitment kat luar jadi aku tak perlu masuk ofis...direct je clock out.
Masa kami ke sini pelanggan tak ramai sebab waktu kerja...eeemm ok la order pun cepat sampai..lagipun kami bukannya nak pilih menu sebab dah beli melalui Groupon...kalau bab macam ni kerja Mr Right la...aku tak minat shopping cam tu. Tengok pada salinan groupon tu ada 2 set sushi + air mineral dan sup....tertanya juga apa kena dia beli sushi sedangkan dia tak suka makan...uuhhuu dia tau aku suka kot!!! Eeemm aku apa lagi memang makanan aku suka jamah je la bila ada atas meja...aku tengok Mr Right hirup sup dan ambil satu sushi...dalam hati ooohh dia dah boleh makan sushi gamaknya sebab masa kat NZ hari tu dia ada cakap kawan dia Japanese belanja makan makanan jepun etc sushi... girang ls hati aku...lepas ni boleh la aku angkut dia ke sushi king. Eeemm habis je 2 ketul dia dah sandar kat kerusi....ha.ha.ha confirm dia tak boleh telan dah!!!. kesudahannya aku la yang berkhidmat menghabiskannya tanpa curiga. Nampaknya balik nanti aku kena la sediakan makan malam untuk Mr Right, hidangan nasi kat rumah tetap jadi pilihannya.

Wednesday, November 13, 2013

Have a break, have a Kit Kat

Bila tengok coklat aku tak boleh nak kawal keinginan untuk menjamahnya. Kat rumah sekarang ni ada tiga empat jenis coklat,  Mr Right beli di Langkawi...eeemm sejak malam tadi aku control ayu agar tidak terjerumus untuk makan coklat tersebut...ya la Daim, Forrero Rocher, Kit Kat dan Cadbury dok menayang diri je!!! sapa yang tengok mesti tergoda!!! Pagi ni aku sambar je 2 mini Kitkat...untuk kurangkan rasa mengantuk ni aku makan satu bar.... aku dah rasa semacam je kat gusi...coklat ni sebenarnya boleh jadikan suhu badan aku jadi panas... haaaiii dah tau boleh membawa masalah kenapa kau makan juga cik ya ooiii...sekarang kau tanggung la sakit. Terganggu la sikit emosi aku kat ofis ni, sabar ya... walaupun sakit aku sanggup hadapinya demi Kitkat yang enak..CHUNKY.

Cincau + Soya

Pagi ni badan aku rasa panas....aarrrhh yang ni aku tak suka, takut nanti melarat kat gusi dan gigi...sebelum melarat aku cuba ambil cincau dicampur dengan air soya. Jadi pagi ni aku sarapan minum soya cincau no more teh tarik, no coffee...eeemm kena pantang sekejap minuman kegemaran aku. Sepanjang memandu ke ofis aku dok fikir apa yang aku makan malam tadi...malam tadi aku makan nasi dengan bayam masak lemak dan ikan goreng...lauk ayam kicap aku tak ambil.....mungkin sayur bayam tu ada lada hitam sebab tu badan aku jadi panas. Entah kalau ikutkan lada hitam tu sikit je aku letak... apa pun biar la tak boleh nak salahkan makanan dan sebagainya...hakikatnya Allah swt nak menguji aku sabar dengan dugaan ini.

Soya + Cincau harapnya dapat sejukan badan
Buah rambutan segar!!! tapi sayang aku tak boleh makan sebab suhu badan panas sekarang

Tuesday, November 12, 2013

Luka!!!

Adoiii entah kenapa la asyik sakit je seminggu ni...dah sembuh sakit gusi aku hiris ibu jari pulak...dah tak cukup sayur jari pun aku potong.

Sebenarnya aku pun tak sedar bila jari ni luka...sedar bila terasa pedih bila kena garam. Tak pasti kena pisau atau benda lain. Harapnya bila letak minyak gamat ni boleh cepat tertutup luka ni. Nasib baik la luka dijari kalau luka dihati tak boleh nampak.

Bukan tanda 'bagus' tapi tanda 'sakit'

Bila nak baca?

Alkisahnya bulan ni aku shopping novel secara online sebanyak 11 buah.. 3 hantar kat anak buah dan selebihnya ada terlonggok kat rak buku. Cuti deepavali lepas seminggu aku khatam 3 novel...yang berbaki tu entah bila nak baca. Bila Mr Right outstation dan ada cuti boleh la aku menghadap novel tu...tau je bila dah baca novel susah nak berhenti membacanya.... kalau boleh nak terus khatam...eeemm memang tak sabar nak tau kesudahannya. Antara novel aku baca bulan ni...

- 13 jam A380 novel ni memang bagus dari segi gaya penulisannya, unsur percintaan,  adalah perkara pokok kemudian disulami keagamaan dan nilai-nilai murni kekeluargaan. Gaya penyampaiannya mendapat kepuasan bila membacanya...yang paling menarik unsur keagamaan terselit...banyak ilmu dan gambaran lokasi penceritaan yang aku perolehi. Syabas kepada penulis.

- The Wedding Breaker penulis yang sama novel 13 jam A380 - Evelyn Rose.

- Pergi Tanpa Alasan - Hani Fazuha ; menarik dibaca sebab ada unsur cinta, keinsafan, kesedaran tentang keikhlasan hati. Tak perlu la aku mengulas setiap novel yang dibaca...nanti bila orang dah tau isi kandungannya ada yang tak beli novel tu...lagipun setiap novel yang kita baca penerimaan dan pandangan seseorang tu berbeza...


Menu Tertunggak

Menu ni aku masak minggu lepas...disebabkan tak ada mood dan kemalasan melanda makan aku simpan je la dulu...bila dah ada mood untuk buka blog boleh la aku update. Tambah pula bila ada novel depan mata mula la terlupa nak jenguk blog.

Daging masak kicap...kali ni aku masak yang berkuah sebabnya dah jemu asyik makan daging goreng berkicap. Daging masak kicap ni kalau masak biar semalaman baru sedap dimakan dan aromanya menyentuh kalbu...uuuhhh
Paru goreng garing... kalau masak sambal lagi sedap!!! makan ni jarang aku masak sebabnya hanya aku seorang je yang makan... 
Mufin Pisang... pisang dah terlebih masak kurang sedap untuk makan jadi terpaksa la olah jadi kuih dari pisang tu membazir terbuang.

Biskut Tawar

Pagi ni aku dah boleh sarapan dengan makanan yang keras...tapi masih berhati-hati bila mengunyah.. sebab gigi masih lagi terasa sakit. Hari ni terasa nak makan biskut cicah dengan teh...rindu makanan klasik...uuuhh biskut ni kegemaran Mr Right. Biskut tawar atau orang kampung bagi gelaran biskut mayat sebab biskut ni bila ada kematian menjadi hidangan untuk tetamu atau orang yang datang menziarah....uuhhuu negri bunyinya.  Ala setakat gelaran je bukannya menganggu hidup kita pun. Biskut ni agak klasik dah tak semua kedai ada jual biskut ni...biasanya ada dijual kat kedai-kedai runcit je.

Saturday, November 9, 2013

Ooohhh Sakitnya

Bila salah satu nikmat dunia ditarik baru kita insaf seketika...sedar akan kebesaranNya. Dah 2 hari dilanda sakit gusi dan melarat ke gigi garaham. Bila check gigi tak rosak dan gusi pun tak bengkak...tapi bila sentuh atau gosok gigi akan rasa sakit...apa lagi nak mengunyah...uuhhh bila berdenyut memang tangkap ke kepala dan segalanya jadi masalah...setiap aktiviti jadi terganggu dah la tidur malam susah lena. Masalah sakit gusi dan gigi boleh dikatakan kerap juga aku alami tapi gigi yang berlainan...yang dapat aku analisis sendiri adalah punca suhu badan panas...aku tak demam tapi bila boleh rasa panas dalam dan bahagian tapak tangan pun rasa panas. Salah satu punca panas ni aku mungkin salah makan makanan yang kandungan 'panas' seperti cili atau yang berempah dan kurang minum air suam bila pengambilan supplement  seperti vita C, fish oil dan epo.
Gara2 anugerah sakit ni nak makan pun kurang sebabnya kena bagi tumpuan jenis makanan nak mengunyah pun siksa. Jadi aku ambil makanan yang lembut...masak lempeng gandum untuk sarapan dan lunch masak mee sup...maka orang lain pun makan ikut menu angkara terkena tempias sakit aku.