Thursday, October 17, 2013

Jalan-Jalan di Pekan Munduk

Sehari sebelum Aidil Adha kami menyeberang ke Pekan Munduk, salah satu pekan dalam negara Thailand tapi terletak bersempadan dengan daerah Rantau Panjang Kelantan. Untuk menyeberang ke pekan tersebut hanya menaiki perahu kecil yang berenjin ala tongkang. Tambang pergi-balik RM2 sahaja. Pekan ni kalau diikutkan kawasan larangan untuk pergi sebabnya kat sini tak ada imgration @ pasport dan kastam yang jaga, cuma ada pihak berkuasa tentera Malaysia je yang jaga untuk checking orang keluar masuk tanah seberang. Dulu kawasan untuk menyeberang @ pengkalan sebelah Malaysia ditutup dan dilarang keras untuk keluar masuk pekan Munduk...tapi sekarang dibuka untuk menyeberang dan membeli belah di sana...ada yang cakap untuk sementara waktu saja...aku pun tak pasti berapa lama. 

Pekan ni ada menjual berbagai barang selain makanan ada juga keperluan lain seperti pakaian, peralatan dapur etc dijual dengan harga yang agak murah jika dibandingkan di pekan Rantau Panjang. Kosep pasarnya ada rumah kedai dan ada bawah payung target pelanggan selain rakyat tempatan adalah pelancong luar terutamanya rakyat Malaysia. Perbezaan satu harga barang adalah RM3-RM5 saja dengan harga di pekan Rantau Panjang...tetapi disini banyak pilihan dan terkini.

Aku kalau ke sini suka shopping peralatan dapur dan pakaian...tapi kalau dah tengok barang lain terbabas juga tak boleh nak tahan keinginan untuk melabur. 

Mee + Kuehteow + bihun aka mee celup campur 


Sruppp memang sedap!!!!

Teh Beng @ teh ais uuuhhh memang kawwww!!!

Pengangkutan yang digunakan untuk menyeberang sungai


Antara barangan yang dijual yang ni je yang tertarik nak ambil gambar sebab berwarna warni

1 comment:

che dai said...

Survey tentang pekan mundok mmbawa akak ke mari. Teringin nak ke situ tp shgg kini masih tak berjaya pujuk suomi. Sedih...hu..hu