Sunday, October 27, 2013

Roti Bantal

Mungkin ada sesetengah orang panggil roti buku tapi aku sejak kecil biasa panggil roti bantal yang dijual oleh bai @ mamak... dulu kat kampung aku ada bai @ dikenali dengan nama Baweh dia asal dari India yang menjaja roti naik basikal ditemani bakul bulat... aku paling suka bau @ aroma roti bila dia buka kain penutup bakul roti tu. Dulu tak banyak jenis roti yang dijual yang ada roti bantal dan roti bentuk bulat kecil2 dan panjang rasanya manis. Pada firasat aku roti bantal tu diberi gelaran sebab bentuknya seperti bantal. 

Malam tadi aku siapkan sebantal roti guna breadmaker untuk breakfast... entah dimana silap sukatan roti tu naik melimpah pan...aduhai aku pulak tak sedar... tapi bila masak rasanya macam roti yang aku pernah buat sebelum ni lembut je. Ada masa tu bila buat sukatan ni terlalai sikit pun boleh jadi masalah tambah pula bila guna breadmaker tak boleh nak curi bahan bagi lebih atau kurang. Ya la bila nak jadi hal bak kata perumpamaan kerana nila setitik habis susu sebelanga...namun aku dapat juga sediakan roti bantal untuk Mr Right cicah kari untuk sarapan pagi ni...dia nak makan roti cicah kari petang semalam tapi pergi kedai runcit kat rumah roti habis...tu la orang kata tak ada rezeki.
Sandwich telur pilihan aku

No comments: