Wednesday, October 2, 2013

Sarapan

Persediaan mental dan fizikal pagi ni sebelum memulakan kerja - coffee dan roti adalah sarapan terbaik untuk aku.  Roti kismis badam ni homemade - malam tadi proses sebuku roti, boleh la kami bawa ke ofis. Waktu pagi kat rumah tak sempat nak minum coffee sekadar ambil oat je. Ya la nak kejar masa lagi satu aku tak suka ambil breakfast sebelum kat ofis sebabnya takut bermasalah dalam kereta, dah la jalan jam dibuatnya nak buang air... lagi la tension.

Malam tadi bersemangat untuk buat roti, walaupun tepung roti tak ada stok aku taram je guna tepung gandum biasa, sebabnya teramat kecewa dengan harga roti kat kedai area ofis aku dah naik harga. Pagi isnin lepas aku perasan kebanyakan harga roti kat kedai tu dah naik, dan sandwich kegemaran aku pun naik harga. Eeemm ni sah la gara-gara harga minyak naik maka kos proses roti pun naik. Nampaknya aku kena la merajinkan diri memasak untuk bawa bekal, tak perlu la nak bertekak dengan tuan kedai bila harga makanan mahal. Pandai-pandai la aku menjana ekonomi sendiri....

Semug coffee dan berkeping-keping roti yang aku buat sendiri untuk sarapan pagi ni...puas hati boleh makan sampai ke lunch.
Sebungkus roti kismis + badam 'homemade' - potong roti masuk plastik - masuk dalam beg bawa ke ofis - sampai ofis tak perlu nak buang masa pergi ke kedai makan.

No comments: