Makan pada jam 3 petang!!! eeemm lunch atau tea time ni? Aku tak makan tengahari tadi kononnya kenyang, tapi masa keluar atas urusan kerja dan melintasi kedai sushi aku dah terliur... kalau makanan kegemaran kena la tunai nanti bila masuk ofis teringat pulak. Sampai ofis dah pukul 3 lebih kiranya ni waktu tea break la... aku bancuh la neslo dan menikmati sushi!!! Bestnya rasa tak cukup satu pack tu...uuhhuu apa la yang menghasut aku rasa tak cukup satu pack sushi tu...walhal dah baca doa sebelum makan. Tak pa esok lusa dan hari berikutnya boleh makan lagi.. bab kata pepatah makan sebelum lapar berhenti sebelum kenyang... dalam maksudnya.. fikir-fikir ya.
Wednesday, October 30, 2013
Delivery Free from MPH
Buku yang aku beli dah sampai yesss!!! stok bacaan masa cuti deepavali dan awal Muharam. Agak lama aku tak membeli buku sebab banyak baca melalui E-book... tapi sekali sekala dapat baca dan pegang buku lagi puas dari tengok skrin ipad atau tab.
Sekarang ni tak perlu nak keluar ke kedai buku, beli je melalui online dan penghantaran percuma atas pembelian RM50 ke atas. Masa aku buat pembelian ni ada buku yang dapat diskaun dan pembayaran guna HSBC kad kredit juga akan dapat diskaun, seronok rasanya bila dapat diskaun macam ni...dah la aku tak perlu drive pergi ke kedai buku, tunggu 3 hari je dah sampai depan pintu. Bagi aku memang bagus sistem pembelian online sekurangnya ada juga faktor menggalakan orang rajin membaca tanpa buang masa untuk ke kedai buku...faham-faham je la bila kita keluar...niat nak membeli buku tapi bila nampak barang lain menyinggah dulu....terbeli benda lain buku dah lupa nak beli, tu kisah aku la.
Sunday, October 27, 2013
Ayurveda
Aktiviti pagi sabtu... pertama kali aku kunjungi salon ayurveda ambil package sauna + facial, tu pun Mr Right yang bayar. Ya la orang sponsor terima je la lagipun kebaikan dan kecantikan untuk diri. Salon ni terletak di Sri Gombak Prima bisnes center. Proses treatment ni bermula dengan sauna 30 minit - massage muka atau facial + bahu 45 minit dan proses ayurveda 25 minit. Hampir 2 jam lebih aku kat sini siap mandi dengan air yang dicampur berbagai jenis bunga-bungaan dan limau nipis. Produk ayurveda yang digunakan ni aku tak tahan bau minyak....tapi bagi yang ingin mencubanya aku alu-alukan sebab treatment ayurveda ni banyak kebaikannya dan produknya dari bahan natural. Rujuk diwebsitnya untuk maklumat http://www.ayurvherbal.com/
Roti Bantal
Mungkin ada sesetengah orang panggil roti buku tapi aku sejak kecil biasa panggil roti bantal yang dijual oleh bai @ mamak... dulu kat kampung aku ada bai @ dikenali dengan nama Baweh dia asal dari India yang menjaja roti naik basikal ditemani bakul bulat... aku paling suka bau @ aroma roti bila dia buka kain penutup bakul roti tu. Dulu tak banyak jenis roti yang dijual yang ada roti bantal dan roti bentuk bulat kecil2 dan panjang rasanya manis. Pada firasat aku roti bantal tu diberi gelaran sebab bentuknya seperti bantal.
Malam tadi aku siapkan sebantal roti guna breadmaker untuk breakfast... entah dimana silap sukatan roti tu naik melimpah pan...aduhai aku pulak tak sedar... tapi bila masak rasanya macam roti yang aku pernah buat sebelum ni lembut je. Ada masa tu bila buat sukatan ni terlalai sikit pun boleh jadi masalah tambah pula bila guna breadmaker tak boleh nak curi bahan bagi lebih atau kurang. Ya la bila nak jadi hal bak kata perumpamaan kerana nila setitik habis susu sebelanga...namun aku dapat juga sediakan roti bantal untuk Mr Right cicah kari untuk sarapan pagi ni...dia nak makan roti cicah kari petang semalam tapi pergi kedai runcit kat rumah roti habis...tu la orang kata tak ada rezeki.
Sandwich telur pilihan aku |
Friday, October 25, 2013
Sandwich Bakar
Sarapan pagi ni aku bawa bekal sandwich tuna, bila sampai ofis roti tu dah rasa sejuk sebab kena econ masa dalam kereta...lama dok dalam kereta, pagi tadi jam teruk gara-gara JPJ buat operasi menahan lori / treler yang bawa muatan berat, aku setuju juga JPJ buat operasi ni walau pun terganggu jam aku... sebabnya lori / treler yang sarat muatan tu bergerak waktu pick hour membahaya kepada pemandu kenderaan lain seperti kereta dan motor.
Untuk bagi selera aku masukkan sandwich tuna dalam toster kasi bakorrrr... bukan terbakar tapi bagi roti tu garing....eeemmm yuummy memang sedap dapat roti yang panas dan ranggup lepas tu minum nescafe. Done breakfast this morning. Hilang stress aku meredah jamm pagi tadi. Arrrhh pagi jumaat dah...apa kerja aku nak buat kat ofis ya!!! buat-buat lupa sekejap pasal kerja.
Ada bau wangi roti bakar tak?? uuuhh best tau bila bakar roti sandwich yang berinti tuna. |
Nasi + Daging Bakar
Makan malam tadi aku sediakan nasi putih bermenukan kari kepala ikan, daging bakar, acar timun dan sambal. Sejak beberapa hari aku tak masak nasi untuk dinner, hari ni tiba2 mood nak makan dan terbayang2 daging bakar cicah sambal cili atau air lada. Sambal cili tu aku cuma buat ringkas je tumbuk cili padi sedikit cuka dan perah limau nipis, potong bawang besar dan letak gula garam. Makan nasi dengan daging bakar pun dah cukup selera... alamak diet aku tak makan nasi beberapa hari lepas terlerai sudah.
Sempat snap pic daging bakar dan acar je, kari ikan dan yang lain tu terabai... sebabnya kejar masa untuk menghidang nak tengok drama Akasia LYMA... uuuhhu Mr Right pun tak boleh nak komen apa bila aku bekejar memasak dan bajet makan sambil tengok drama yang menjadi kegilaan aku sekarang.
Daging ni sebelum dibakar aku perap dengan rempah ratus... |
Acar mentah yang ringkas : timun + karot + potong cili dan bawang besar letak sedikit sos cili atau cuka serta sedikit garam gula |
Thursday, October 24, 2013
Info untuk Rujukan
Bila baca kolum yang berinformasi ada baiknya aku simpan dalam blog sendiri untuk rujukan...kalau dulu potong artikel dan keratan tersebut disimpan. Sekarang ni aku tak rajin nak buat macam tu.. aku wat paper cutting yang ada kaitan dengan kerja je....ada kala tu malas gak setiap hari nak membelek suratkabar. Lagipun dalam cari je encik google semua boleh dapat. Bila kala... ada kerajinan dan bosan dok post pasal makan dalam blog ni elok gak aku letak artikel cam ni.
Artikel dari BH tentang serangan strok |
Peringatan!!! jangan fikir nak senang... bahaya kemudian hari |
Tuesday, October 22, 2013
Mister Maruku
Belum tiba deepavali aku dah makan maruku, sekarang ni kalau nak makan sesuatu makanan tak perlu tunggu musim perayaan tak kira perayaan apa, semua boleh didapati dipasaran. Mister maruku produk keluaran syarikat Haja Haliq ni aku beli kat supermarket untuk dikunyah sebagai teman minum petang. Kekadang tu makanan macam ni boleh mengawal masalah mengantuk, tapi tak boleh jadi amalan sebab banyak kalori.
Keranggupannya membuatkan tak sedar lepas satu-satu dikunyah. |
Monday, October 21, 2013
Tak Semerah Delima
Bila sebut buah delima mesti warna merah, dimana isinya dihiasi biji-biji berwarna merah, sebab tu ada perumpamaan 'semerah delima'. Tapi beberapa hari lepas aku beli buah delima, cuma agak kecewa bila isinya tak semerah buah delima yang aku pernah makan. Eemm aku tak pasti adakah delima ada jenis lain? Walaupun warnanya tak merah tapi rasanya ok juga tak masam. Aku bukannya mengidam sebab tu masam atau tak aku makan je. Cuma aku baru teringat arwah adik ipar aku nak makan buah delima masa dia tak sihat... tapi dia kecewa sebab tak dapat isi merah. Mungkin buah delima yang ada sekarang banyak yang dikacuk ataupun buah muda tapi diperam.
Disebalik keindahan warnanya buah delima banyak khasiat dan ianya merupakan salah satu buah kegemaran Rasullulah. Sekarang ni banyak produk dari buah delima diproses dan dikomesialkan..ada dalam bentuk pati delima dan jus. Biasa la bila dah diproses ramai yang tertarik untuk mencubanya tapi kalau diikutkan makan yang fresh atau buah yang asli lagi banyak khasiatnya.
Buah Delima berwarna pucat, walaupun warnanya tak merah tapi rasanya manis |
Ohh Driver Teksi
Hari ni satu pengalaman memalukan dan menyedihkan sebagai bangsa Melayu. Hampir 11 tahun aku kerja di Mont Kiara, hari ni pertama kali aku menggunakkan perkhidmatan teksi, memandangkan kereta aku hantar ke workshop pagi tadi. Masa datang kerja aku ambil teksi drivernya berbangsa Cina dari workshop di Jalan Genting Kelang ke ofis charge tambang menggunakan meter dimana tambangnya RM14.60 termasuk bayaran tol DUKE itu pun aku yang setuju nak bayar sebab nak kejar masa dan elak jam.
Petang tadi aku keluar ofis 4.30 petang untuk ke workshop ambil kereta, aku kena sampai di sana sebelum 5.30 ptg. Senario di stesen teksi... berderet teksi kat depan Mall 1Mont Kiara, ramai driver melepak kat situ...salah seorang bertanya nak teksi ke? Aku jawab Ya saya nak ke Jalan Genting Kelang, dekat stesen Petronas dn Shell - salah seorang driver Melayu cakap boleh tapi tambang RM50...woooo!!! Aku tanya kenapa tak guna meter...dia jawab tambang dia pergi balik - dia ingat aku nak pergi airport ke tambang teksi pergi balik?. Eeemm tak pa la Encik, aku berjalan untuk menahan teksi tepi jalan...tiba2 ada salah seorang driver berbangsa India yang berada dalam kumpulan itu berjalan menuju dekat deretan teksi dia setuju bawa aku... dia cakap saya hantar Puan...aku bertanya Encik charge tambang berapa dia jawab guna meter. Ok syukur!!! aku tak buang masa terus naik teksi dan masa dalam teksi aku ucap terima kasih sebab ambil aku sebagai penumpangnya. Driver teksi tu bersuara... 'saya terkejut itu Melayu mahu ambil tambang RM50 sedangkan Puan pun bangsa Melayu, lagipun sekarang bukannya pick hour dan orang belum keluar kerja'....sambungnya lagi kalau dia charge RM30 saya tak terkejut. Begitulah luahan seorang driver berbangsa India. Aku pun rasa malu dengan bangsa aku sendiri... pertama sanggup mengenakan sesama bangsa dan tak sanggup menolong atau menghulur perkhidmatan kepada sesama bangsa... macam ini kan sikap Melayu zaman sekarang? Bagi aku kalau tak nak nak ambil penumpang jangan la buat alasan untuk charge tambang yang mahal...aku faham dan masih boleh membuat pilihan... malah aku bukannya tak tau semua nak cari rezeki tapi dia kena ingat sumber rezeki dengan cara macam itu tidak membawa keberkatan seandainya penumpang tidak halalkan. Dituju khas buat driver Melayu tadi encik telah mencemar imej bangsaku dan bangsa lain memandang kita sebagai bangsa yang tidak elok... aku tak sanggup lihat bangsa aku dihina suatu masa nanti. Kepada Encik driver teksi yang menumpangkan aku terima kasih banyak-banyak diatas keprihatinan yang sudi bawa aku ke destinasi dan aku ikhlas menghulur extra tambang kepadanya sebab menyelamatkan aku dari workshop ditutup.
Nasi Manis!!!
Nasi manis sejenis makanan, dibuat dari pulut dicampur dengan santan dan nesan serta gula, daun pandan juga ada yang masukkan durian untuk menambah aroma... biasanya terkenal dikalangan orang Kelantan, jika ditempat lain ia dikenali dengan 'wajik'. Aku pun kurang pasti kenapa dipanggil nasi manis...sedangkan ianya dibuat dari beras pulut, mungkin ia kategori beras sebab itu dipanggil nasi..tapi ada juga yang panggil pulut manis...entah la. Aku ni ikut apa yang orang tua aku panggil janji bila makan aku tau namanya...jangan tau makan je nama makanan tak tau....kalau tak tau nama makanan nak masak lagi la haru..he.he.he.
Nasi manis ni aku kacau/adun memandangkan pulut yang aku kukus untuk sarapan tadi ada lebih, pagi tadi menu 'pulut pagi', untuk petang dah jadi nasi/pulut manis. Lagipun bila buat nasi manis boleh disimpan lama...nasi manis ni makan sikit je kemudian minum air suam dah terasa kenyang dan puas hati bila dapat makan manis... bagi yang suka makanan manis memang berbaloi walaupun dapat rasa sikit, kalau kat rumah ni hanya aku je tukang perabih bab-bab makanan manis, penghuni lain tak minat.
Nasi @ Pulut Manis ... rupanya tak nampak cantik sebab nesan letak sedikit, biasanya kena lebihkan warna gelap. |
Sunday, October 20, 2013
Ikan Sweet Sour
Petang tadi masak ikan jemuduk sweet & sour... dah puas fikir nak sediakan menu makan malam tadi, nak masak daging dah jemu. Kesudahannya menu lauk ikan je malam ni...jangan tak tau 2 jenis ikan aku tangkap dalam peti ais... ikan jemuduk jadi masak masam manis dan ikan selar bakar tawar dan cicah dengan budu dan sambal. Sekali sekala makan yang simple menyelerakan dari bermacam-macam menu.
Ikan cuma nampak ekor je sebab ditenggelami oleh sos dan rencah |
Pulut Pagi
Pagi ni sedia sarapan ala orang kampung, tetamu nak makan pulut dengan ikan kering/masin. Musim hujan dan cuaca sejuk memang kena sangat dihidangkan dengan pulut gaul nyiur + berlauk ikan masin dan sedikit gula. Aroma pulut yang dikukus dan ikan tamban kering yang digoreng mengingatkan suasana pagi berada di kampung. Indahnya zaman kanak2 & suasana membesar bersama adik beradik dan kawan2 di kampung masa itu tak terfikir aku akan bermastautin di kota raya bila dewasa. Walaupun berada di kota raya dah 25 tahun hati dan jiwa aku tetap anak kampung...rindu suasana kampung, makanan dan segalanya. Jika ditakdirkan Mr Right terbuka hati untuk tinggal di kampung bila pencen nanti aku la orang yang paling bahagia...aku sentiasa berangan ingin membina sebuah rumah di kampung. InsyAllah.
Pulut Pagi : Kelapa parut + gula + ikan masin ... tuan rumah cuma ada kelapa parut yang agak tua, kalau ada kelapa agak2 keras (separuh tua) lagi best... kalau kat kampung boleh la panjat pokok kelapa. |
Saturday, October 19, 2013
Rojak
Rojak biasanya orang makan waktu tengahari atau petang...tapi aku makan waktu malam. Rojak ni adik yang bawa katanya dia beli on the way datang. Rasanya sedap juga...jadi malam ni tetamu makan nasi...aku makan rojak tapi tak ada cendol. Untuk makan malam aku masak nasi, lauknya singgang daging, goreng daging, sambal mangga, ikan bakar dan budu ulam petai. Menu tu atas permintaan adik sebab dia tak balik kampung untuk makan daging korban. Kalau nak ikut rasa daging korban semestinya fresh tapi aku dah jadikan daging frozen kurang la rasa kesegeran daging.
Menyelerakan bila makan sengkuang dan timun yang segar. |
Friday, October 18, 2013
Pasta Carbonara
Petang tadi keluar ofis pukul 5 ptg, aku bajet boleh sampai cepat...tapi rupanya hujan tengah jalan... biasa la terhinjut la sepanjang jalan untuk sampai rumah. Pagi tadi 2 jam atas jalan... petang pulak 1 jam setengah, penatnya!!! Petrol setengah tangki habis. Sabar je la...bila fikir balik tak berbaloi pergi kerja...namum demi mencari rezeki redha je la.
Sampai rumah dah penat... badan dah rasa seram sejuk...nak demam ke aku ni?. Rasa nak baring je..tapi belum masak untuk makan malam. Plan semasa keluar ofis tadi nak makan nasi campur, bila dah stuck dalam jamm dan badan dah penat aku masak pasta je...kuahnya perisa carbonara - aku masukkan rencah yang senang. Nasib la badan makan je la kalau dah tertulis rezeki itu je untuk malam ini.
Thursday, October 17, 2013
Pencicah Keropok
Sos atau colek keropok ni adik yang kerja kat Dungun bawa balik, aku ambil sebotol nak cuba cicah dengan keropok lekor. Kebetulan petang ni kami tak nak makan nasi jadi aku goreng je keropok lekor dan kentang...eeemm boleh la cicah dengan sos tu. Rasanya manis dan tak pedas serta tak masam...memang berbeza dengan sos keropok yang biasa aku beli...mungkin yang ni khas untuk keropok lekor atau losong.
Jalan-Jalan di Pekan Munduk
Sehari sebelum Aidil Adha kami menyeberang ke Pekan Munduk, salah satu pekan dalam negara Thailand tapi terletak bersempadan dengan daerah Rantau Panjang Kelantan. Untuk menyeberang ke pekan tersebut hanya menaiki perahu kecil yang berenjin ala tongkang. Tambang pergi-balik RM2 sahaja. Pekan ni kalau diikutkan kawasan larangan untuk pergi sebabnya kat sini tak ada imgration @ pasport dan kastam yang jaga, cuma ada pihak berkuasa tentera Malaysia je yang jaga untuk checking orang keluar masuk tanah seberang. Dulu kawasan untuk menyeberang @ pengkalan sebelah Malaysia ditutup dan dilarang keras untuk keluar masuk pekan Munduk...tapi sekarang dibuka untuk menyeberang dan membeli belah di sana...ada yang cakap untuk sementara waktu saja...aku pun tak pasti berapa lama.
Pekan ni ada menjual berbagai barang selain makanan ada juga keperluan lain seperti pakaian, peralatan dapur etc dijual dengan harga yang agak murah jika dibandingkan di pekan Rantau Panjang. Kosep pasarnya ada rumah kedai dan ada bawah payung target pelanggan selain rakyat tempatan adalah pelancong luar terutamanya rakyat Malaysia. Perbezaan satu harga barang adalah RM3-RM5 saja dengan harga di pekan Rantau Panjang...tetapi disini banyak pilihan dan terkini.
Aku kalau ke sini suka shopping peralatan dapur dan pakaian...tapi kalau dah tengok barang lain terbabas juga tak boleh nak tahan keinginan untuk melabur.
Mee + Kuehteow + bihun aka mee celup campur |
Sruppp memang sedap!!!!
|
Pengangkutan yang digunakan untuk menyeberang sungai |
Antara barangan yang dijual yang ni je yang tertarik nak ambil gambar sebab berwarna warni |
Tuesday, October 15, 2013
Aidil Adha
Salam Aidil Adha untuk semua umat Islam di bumi Allah swt. Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan ada hikmah dan rahmat serta mendapat keberkatan. Amin.
Pagi raya haji tidak la semeriah raya aidil fitri - susasana di kampung dan solat hariraya disurau pun tak penuh. Tapi persediaan untuk makan pagi aku buat seperti hariraya juga... malam tu masak nasi dagang, rendang ayam, gulai ikan tongkol/aya dan nasi himpit dengan kuah kacang.
Raya haji tahun ni kami dapat la buat korban dan kebetulan adik pun buat aqiqah anaknya jadi dapat la kongsi buat kenduri. Acara menyediakan makan ni agak penat juga, sebab dua sesi memasak, pertama masak untuk orang yang menolong tumbang dan lapah lembu dan sesi petang pula masak untuk jemput para jemaah masjid dan sedara mara datang makan. Tapi walaupun penat terasa puas hati bila dapat bagi orang makan lagipun niat untuk bersedekah dihari mulia ini.
Lembu yang ditumbang untuk korban |
Saat untuk dicabut nyawa!!! |
Saturday, October 12, 2013
Bercuti di Kg
Pagi sabtu jam 5.30 am kami bertolak balik kampung cuti Aidil Adha. Aku cuti 2 hari aje.. khamis masuk kerja. Pada mulanya kami tak jadi balik sebab Mr Right tak dapat cuti...tapi last minit katanya duty cancel, eeemmm ok la bila orang aje balik kg aku 'on' je...boleh la buat ibadat korban.
On the way balik kg aku ingatkan bertolak awal kurang kenderaan... bajet boleh sampai kg awal, rupanya banyak kenderaan menghala ke pantai timur masa tu. Sepanjang balik kami cuma berhenti sekejap je di stesen petronas dekat simpang Felda Kerchau.
Aku sampai di kg dah pukul 12 tengahari, sebelum tu singgah di Kedai Kurnia Ibu area pekan Pasir Mas untuk minum coconut shake dan makan mee celup. Makan untuk 2 orang mee celup biasa dan vanila coconut shake cuma RM9.60 sahaja.
Segelas Coconut Shake perisa ais krim vanila |
Thursday, October 10, 2013
Set Lunch at McD
Pukul 2 tadi tiba-tiba je terasa lapar, eemmm nak makan nasi kurang menarik...aku keluar ofis survey je kat bawah apa yang menarik perhatian dan boleh membuka selera. Biasa la bila berlegar kat luar tu bau kentang goreng dari McD menusuk hidung...eemm makan kat sini je la, tak payah nak kat kedai lain. Aku order set lunch - Burger McChicken dan air kegemaan aku coklat Shake...air gas aku tak minat....
Set Lunch - McChicken, Kentang dan Choc Shake. |
Wednesday, October 9, 2013
Coffee O Cekodok Pisang
Sarapan pagi ni menu manis...cekodok pisang dan coffee O. Pagi tadi wake up early so ada masa untuk menggoreng cekodok. Lagipun pisang dah terlebih masak nak makan pun tak rasa fresh...elok la diolah jadi cekodok dari membazir dah la sekarang harga pisang pun sudah naik harga. Resipi aku kalau buat cekodok pisang selain dari bahan asas aku letak sedikit kelapa parut...cekodok tu akan rasa lemak dan lembut jika pisang kurang.
Seketul cekodok dan semug coffee o...bila dah makan kuih manis, coffee tak perlu manis.. bukan seketul je tau!!! satu tuppeware aku bawa bekal - mana cukup makan seketul je cekodok tu. |
Tuesday, October 8, 2013
Mee Hailam
"Jemu juga makan nasi campur setiap malam"... bila dah dengar komen cam tu faham la... tugas aku kena la fikir menu selain nasi. Stok mee kuning dan kueh teow masih ada jadi kerja yang mudah masak ala hailam untuk makan malam ini. Penyediaan bahan untuk memasak mee pun cepat...uuhhuu aku kejar masa sekarang kena siap masak sebelum jam 7 malam...Mr Arrogant akan jadi tatapan aku sekarang...he.he.he dah mula perangai zaman bujang mengadap tv drama bersiri. Kalau ikutkan boleh tengok kat Tonton jika terlepas tayangan...tapi lagi syok tengok kat tv...
yummmmy best tau mee + kueh teow hailam ni sebab banyak rencah daging, udang dan fish ball... dan kesegaran sayur bersama cili padi!!!! |
Monday, October 7, 2013
Uuhhuu Masam!!!
Ingatkan mangga epal yang Mr Right bawa balik semalam manis...ya la target aku sekurangnya lemak manis sebab bila dah buang kulit isinya kekuningan...tapi masam yang amat...uhhuuu, kalau orang mengidam masam mungkin boleh makan. Aku termenung sekejap apa nak buat dengan mangga ni...sah tak ada yang terliur nak jamah. Emm makan cicah je la.
Aku cuma makan beberapa potong je...tak sanggup nak kerut kening...nanti bertambah la kedut kat muka ni..uuhhuu. Nampaknya aku kena fikir sesuatu pasal mangga ni...buat sambal atau kerabu...itu la matlamat sebenarnya orang yang bawa pulang mangga ni... bila aku mengeluh pasal mangga masam... katanya mangga tu kena buat kerabu bukannya makan macam tu!!! Aduhaii sabar je..he.he.he.. Baik la tuan besok baki beberapa biji mangga tu akan menjadi kerabu.
Jommmm siapa nak joint makan mangga cicah sambil berkerut kening!!! |
Kek Batik
Untuk minum petang hari ahad aku bancuh adunan kek batik - kerja menyediakan kuih / pembasuh mulut paling senang tak perlu aku nak mengukus atau membakar. Lagipun kek batik ni boleh simpan lama dalam peti ais kalau tak habis. Kebetulan adik nak balik ke tempat kursus jadi boleh la bekalkan untuk dia. Adunan kek batik ni aku buat sukatan sebungkus biskut marie + milo 2 cawan + 4 sudu besar serbuk koko + susu pekat 1/2 cawan + 3 sudu besar horlicks + 1 ketul buttercup + 2 cawan nestum + 3 biji telur + 1 sudu kecil essen vannila. Sedikit badam potong untuk dijadikan hiasan kat atas kek.
Adunan kek batik yang dah siap untuk disejuk beku |
Kurang menarik tekstur batik sebabnya kek batik belum cukup beku/keras aku dah potong. Tapi rasanya memang mengancam!!! |
Sunday, October 6, 2013
Ikan Percik
Malam tadi ikan percik menjadi salah satu menu makan malam. Selain dari menu ikan aku masak sup tulang, telur dadar dan kacang panjang goreng bersama sotong. 2 hari cuti hujung minggu kerja aku masak dan makan - ok juga tuan rumah pun tumpang seronok makan .
Teringat kisah lama masa kecil kalau ada tetamu datang kat rumah mek mesti masak menu yang sedap-sedap, biasanya kalau ada tetamu dari jauh atau yang jarang datang rumah dan bermalam atau datang sekejap tetap ada disediakan hidangan nasi atau makanan lain - Jadi kami pun dapat la merasa makanan yang jarang mek masak - biasanya kalau ada tetamu masakan mesti special, tak kira la tetamu tu seorang atau lebih dari itu - tuan rumah tetap meraikan tetamu dengan makan nasi dan hidangan lauk. Itu la adat dan budaya orang tua dulu, mereka menghormati dan merai tetamu, sebab tu orang tua cakap tetamu tu adalah rezeki untuk kita.
Ikan percik dah siap... cuma tunggu untuk dihidang dalam pinggang!!! |
Saturday, October 5, 2013
Seri Kaya Telur
Hari ni aktiviti aku didapur padat dengan menyediakan menu bermula dengan sarapan, lunch dan dessert minum petang. Untuk lunch hari ni terlupa nak snap pic... menu lunch untuk tetamu macam biasa je...ikan tongkol masak lemak, ikan merah goreng, daging goreng kicap, ulam dan budu.
Untuk minum petang aku sedia seri kaya telur... pulut bahagian bawah dan diatas telur . Tapi hari ni aku terlali lupa nak rendam pulut tu terus je kukus - jadi ambil masa sikit la untuk masak.
Seri Kaya ni dikukus dalam acuan kek bahagian tepi boleh dibuka @ springform pan - bila masak senang nak keluarkan dari acuan |
Seri Kaya susah masak!!! Terliru tak??? |
Ok dah potong... jom kita makan!!!! |
Sarapan : Menggoreng!!!
Pagi ni masak mee goreng untuk breakfast, setelah sekian lama tak makan mee goreng waktu pagi...pagi ni layan heavy breakfast, lagipun pun ada tetamu kat rumah jadi kena la ada satu menu agak berat...satu kuali aku menggoreng pagi ni. Masa goreng mee ni aku was2 cukup atau tak...jadi aku tambah kueh teow. Bila dah tambah rencahnya dah jadi banyak la pulak...eeemmm sekuali la jawabnya. Tapi alhamduillah habis!!! tak membazir.
Mee dan Kueh Teow goreng beraneka untuk sarapan pagi. |
La Cremeria
Ais Krim!!! lamanya tak ada stok simpanan ais krim kat rumah, kebetulan semalam aku ada masa menjelajah supermarket kat bahagian frozen, ternampak LA CREMERIA!!. Sekarang ni musim hujan...eeemmm kalau dah teringin nak makan tu tak kira la panas-hujan-ribut-taufan, aku tetap nak makan!!! dah tak boleh nak kawal perasaan tambah pula ais krim ni yang disalut hazelnut ganache memang membuat jiwa aku jadi kacau. Capai satu buat stok lagipun masa ni ada offer rugi kalau tak beli.
Sebekas ais krim...tengok gambar dan tajuk pun dah terliur, belum lagi bukan tengok isi dalam |
Isi kandungannya...tak sabar nak tunggu makan di waktu siang hari - malam pun aku sanggup selongkar |
Ready untuk dimakan!!! aku memang suka ais krim brand ni sebab teksturnya yang halus, manis, lemak berkrim ditambah pula rasa kekacang...uuuuhhhh lepas gian!!! |
Thursday, October 3, 2013
Ikan Merah Masak Kari
Ini salah satu menu makan malam tadi, setelah beberapa malam escape makan nasi campur. Malam tadi aku masak kari ikan merah... dah lama tak masak kari jadinya selera tu luar biasa sikit...eeemmm sedap la jadi kalau dah lama tak makan. Ikan merah yang beli ni sizenya agak kecil - kepalanya pun tenggelam dalam periuk tu - jadi tayang badan ikan je ...ok la janji isi ikan ni pun masih segar. Cuma kawan dalam masak kari tu tak lengkap sebabnya tak ada bendi...stok yang ada cuma tomato dan cili, yang menyelerakan tu bila bau aroma cili besar ....uuuhhh yang tak nak makan nasi pun terbatal niat.
Masak kari ikan ni aku buat cair dan kurang kepekatan rempah kari - sebabnya sejak akhir-akhir ni aku tak boleh makan makanan yang kuat rempahnya - badan tak boleh tahan bila makanan yang 'panas' dan berempah. |
Wednesday, October 2, 2013
Sarapan
Persediaan mental dan fizikal pagi ni sebelum memulakan kerja - coffee dan roti adalah sarapan terbaik untuk aku. Roti kismis badam ni homemade - malam tadi proses sebuku roti, boleh la kami bawa ke ofis. Waktu pagi kat rumah tak sempat nak minum coffee sekadar ambil oat je. Ya la nak kejar masa lagi satu aku tak suka ambil breakfast sebelum kat ofis sebabnya takut bermasalah dalam kereta, dah la jalan jam dibuatnya nak buang air... lagi la tension.
Malam tadi bersemangat untuk buat roti, walaupun tepung roti tak ada stok aku taram je guna tepung gandum biasa, sebabnya teramat kecewa dengan harga roti kat kedai area ofis aku dah naik harga. Pagi isnin lepas aku perasan kebanyakan harga roti kat kedai tu dah naik, dan sandwich kegemaran aku pun naik harga. Eeemm ni sah la gara-gara harga minyak naik maka kos proses roti pun naik. Nampaknya aku kena la merajinkan diri memasak untuk bawa bekal, tak perlu la nak bertekak dengan tuan kedai bila harga makanan mahal. Pandai-pandai la aku menjana ekonomi sendiri....
Semug coffee dan berkeping-keping roti yang aku buat sendiri untuk sarapan pagi ni...puas hati boleh makan sampai ke lunch. |
Sebungkus roti kismis + badam 'homemade' - potong roti masuk plastik - masuk dalam beg bawa ke ofis - sampai ofis tak perlu nak buang masa pergi ke kedai makan. |
Subscribe to:
Posts (Atom)