Wednesday, January 11, 2012

Pulut Durian

Sekarang ni musim durian kot...setiap tempat ada je orang jual durian. Apa lagi durian ni memang boleh dikatakan semua orang suka makan...tak kira bangsa dan usia. Bagi yang mengemari durian ni mesti pandai tengok jenis buah yang isi elok dan sedap. Lagipun dia orang sanggup bayar janji kualiti bagus. Ya la alah membeli menang bila makan. Saya ni kalau nak cerita bab beli durian memang tak begitu pandai. Kekadang tu rasa tertipu pun ada dengan penjual. Nak buat macam mana tu rezeki dah macam tu... Tapi hari ni memang catat sejarah la durian yang kami beli ni memang semuanya elok dan puas hati. Harganya pun memang murah RM20=5 biji. Kali ni bukan setakat makan durian je...saya siap masak pulut makan dengan durian.



No comments: