Monday, January 2, 2012

Lunch Cuti Tahun Baru

Hari ni tak ada plan nak keluar memandangkan aku nak buat persedian mental dan fizikal untuk ke tempat kerja besok....al-maklum la awal tahun baru ni nak mula dengan sesuatu yang baik. Bila bermula dengan niat dan nawaitu dengan sesuatu yang elok inssyallah segalanya akan berterusan dengan baik.!!!

Pagi ni tak sempat nak breakfast sebab banyak sangat aktiviti aku... dari mengosok baju hingga la mencuci kereta...wowww hebatkan!!!. Bila dah siap semua tu jam dah hampir 11 pagi... jadi menu sesuai untuk keep in adalah makan tengahari. Pilihan hari ni masak ala kampung.. nasi putih + lemak labu & bayam + ikan masin + udang goreng kunyit + cincalok. Hidangan ni kalau ikutkan hati memang bertambah-tambah la makan... tapi aku kena slow down sebab azam tahun ni nak diet....ha!.ha!ha... betul ke ni?

Masak lemak labu + bayam

Cincalok bersama cili+bawang merah+tomato+limau kasturi
Ikan Masin


No comments: