Monday, January 9, 2012

Nasi Briyani Syed Bistro

Sabtu selepas kelas quran, saya singgah makan tengahari dekat area jalan doraisamy. Kat area sini banyak kedai mamak, tapi saya pilih Syed Bistro. Perut pun dah berbunyi sejak dalam kelas lagi. Kat kedai ni seperti kedai mamak yang lain juga ada bermacam-macam menu. Tapi saya pilih nasi briyani memandangkan tu yang menyelerakan bila masuk kat sini. 


Ni set hidangan yang saya pilih
Set hidangan yang saya pilih tu biasa lauk ayam goreng yang disalut tepung, rasa ayam tu biasa je. Nasi briyani terasa lembut dan rempah briyani tu kurang sikit rasanya. Tapi bila kena dengan acar yang sedap bertambah selera makan. Ayam yang kawan saya pilih tu memang terasa rempahnya dan sedap bila dimakan dengan nasi briyani tu. Kat sini juga ada set briyani kambing dan udang.

Set hidangan kawan pilih ayam berempah



 
Lepas makan kena la bayar

No comments: