Tuesday, January 17, 2012

Keluhan Setiap Pagi



Tahun 2012 dah berlalu hampir 3 minggu. Boleh dikatakan minggu ke2 januari 2012, setiap pagi aku stress je menghadapi jam ke tempat kerja. Semalam masuk minggu ke3 pun masalah yang sama asyik lewat je masuk ofis. 

Sembang dengan ofismate... mungkin semalam hari isnin orang cakap jalan memang jam sebab ramai yang bekerja nak masuk ofis awal --- 'aku keluar 7.30 pagi - 9.30 pagi sampai ofis di Mont' Kiara'. Kalau hari ahad pandu kereta dari rumah ke bandaraya KL cuma 15-20 minit je, tapi bila hari lain paling kurang 1 1/2 jam. 

Mana la menteri-menteri yang patut fikir pasal masalah rakyat ni... tolong la kesian kat kami ni... kami pun nak cari rezeki gak nak juga jaga rekod kedatangan kat ofis.

No comments: