Bila masak daging macam ini bagi saya sudah cukup satu lauk je untuk makan dengan nasi panas. Hari ini selera saya hanya makan nasi dengan daging goreng bersos cili dan kicap. Cara nak masak daging ini senang je tak perlu banyak bahan. Daging diperap dengan sedikit garam dan halia digoreng seperti biasa bila dan hampir garing masukkan sos kicap, sos cili, bawang kuning dan cili besar...peringatan! tak perlu letak garam sekiranya daging diperap dengan garam, lagipun kicap sudah mencukupi.
Rasanya yang masin manis masam...dan aroma bawang dan cili cukup menyelerakan...berkalori tu kita fikir kemudian. |
No comments:
Post a Comment