Thursday, March 31, 2016

Ayam Campur Kacang Buncis

Tuan puan dah makan malam ke? Malam ni kami makan malam agak lewat...kalau setiap hari makan lewat macam ni alamat ternak lemak la ya. Salah satu lauk hidangan malam ni goreng ayam campur kacang buncis. 
 
Ayam goreng bersama kacang buncis, memang sedap bila dapat kacang buncis yang segar.

Scone

Malam tadi bakar scone untuk bekal sarapan pagi. Kekadang tu ketandusan idea nak sediakan makanan untuk sarapan pagi. Selain untuk sarapan kuih scone boleh la simpan beberapa hari...boleh juga jadikan kudapan lepas makan nasi atau bila-bila masa boleh dijamah.

Adunan kali ni saya gantikan buah kurma dan tin kering sebab kismis tak ada stok. Buah kurma dan tin dipotong kecil sebelum dicampur dalam adunan.

Bila dah sejuk...simpan dalam bekas boleh makan bila-bila masa je.
Scone ni boleh juga dimakan dengan jem atau planta...saya suka scone sebab ia kurang manis dan tekstur kuih tersebut. Lagipun bahan-bahan yang digunakan pun tidak banyak, tepung+ susu segar+ gula+ planta+ sebiji telur + secubit garam + esen vanila dan buahan kering.

Wednesday, March 30, 2016

Nasi Goreng Telur Dadar

Petang ni masak nasi goreng!!! makanan kegemaran aku, cukup ringkas makan malam kami malam ini. Biasa la bila masak macam ni bermakna tuan rumah tak berapa rajin. Penghuni kat rumah ni boleh dikatakan tidak la cerewet bab makan....terima je rezeki yang ada.

Sepinggan nasi goreng dengan telur dadar nipis...kononnya nak buat nasi goreng pattaya tapi tak sempat nak bungkus dah ada yang baca doa makan....eeemm jemput makan ya!!

Maka ini la hasilnya...nasi goreng ala pattaya tidak sempat nak membungkus nasi dengan telur dadar.

Asam Pedas Ikan Tenggiri

Oh asam pedas!!! Tak perlu kita ke Melaka untuk makan lauk ini...kita masak sendiri, tak payah buang masa dan belanja untuk pergi jauh2,  kalau yang tak pandai masak boleh tanya atau cari dalam internet!!! Senangkan dunia sekarang, ingat zaman saya masih budak kalau nak belajar masak arwah ibu la tempat rujukan.

Maka hari ni lauk asam pedas yang saya masak hasil dari ajaran arwah ibu...dan kenangan asam pedas ni tak boleh saya lupa sebabnya sebelum arwah ibu meninggal dia minta saya masak asam pedas...sempat saya masak dan suapkannya....semuanya tetap segar dalam ingatan dan selamanya menjadi kenangan.

Resipi asam pedas ni boleh dikatakan sama je bahannya tak kira dari negeri mana...pokoknya ada rasa masam pedas.

Asam pedas ikan tenggiri sedia untuk makan malam kami. Masak asam pedas kali ini saya letak timun sebab tak ada bendi.

Tuesday, March 29, 2016

Jemput2 Ikan Bilis

Pagi ni menggoreng jemput2 ikan bilis atau cucur ikan bilis untuk pengalas perut pagi ni. Bagi saya makan pagi ni tak kisah la apa pun janji ada makanan yang kami makan sebelum memulakan tugas, sekurangnya untuk tunggu waktu makan tengahari tidak la kritikal menahan lapar.

Jemput-jemput ikan bilis ni lagi sedap kalau dapat makan waktu panas-panas dan cicah sos cili, tapi pagi ni saya bawa ke ofis untuk sarapan...jadi ianya sudah sejuk...tak pa la janji masih lembut dan ada rasa rencah ikan bilis.

Saturday, March 26, 2016

Mee Goreng Mamak

Tengahari tadi kami tak makan kat rumah dan sudah semestinya saya cuti masak sebab ada jemputan kenduri kahwin. Tapi petang ni kena masak juga untuk makan malam, hanya goreng mee je untuk makan malam... tempat kenduri tadi makan nasi minyak masih terasa kenyang.... biasa la sekarang tempat kenduri tu ada bermacam-macam makanan...boleh dikatakan sekarang agak mewah tetamu dijamu...selain nasi, ada buah pencuci mulut, laksa, bubur etc. 

Mee goreng mamak style bersama telur mata untuk 'dinner'...sekali sekala dapat mee macam ni sedap juga.

Friday, March 25, 2016

Sandwich Tuna

Pagi ni sarapan sandwich tuna!!! Itu je yang mampu dia siapkan. Alhamduillah rezeki pagi jumaat yang mulai ini.

Sandwich tuna bakar dan coffee siap untuk sarapan!!!

Wednesday, March 23, 2016

Paprik Seafood

Dinner malam ini makan nasi putih dengan paprik seafood dan ikan tenggiri goreng. Cukup ringkas makan malam ini sebabnya tak tau nak masak apa...kebuntuan idea!!!

Paprik udang dan sotong campur sayuran kacang panjang, babycorn dan karot...segalanya sudah lengkap tak perlu lauk lain sebab puan yang masak sudah gabung semua menu dalam satu menu...uuuhhu senang kerja saya.

Cupcake Banana

Oh pisang!!! Bila pisang dah terlebih masak tak ada orang yang nak makan...sebab rasanya dah berubah. Makan terpaksa ambil alternatif buat adunan kuih atau kek dari terbuang pisang tersebut. Saya pilih buat kek cawan sebabnya boleh simpan beberapa hari...

Tarraaa cupcake sudah masak, boleh la jadikan sarapan pagi.
Sedia untuk masuk oven!!!
Adunan dah siap masuk cawan...saya letak sepotong dua pisang dalam adunan tersebut supaya bila makan kek tersebut terasa pisangnya.

Tuesday, March 22, 2016

Tortila Wrap

Pagi tadi sediakan tortila wrap untuk sarapan, biasa la cari masakan yang ringkas2 je untuk dimasak sebab nak kejar masa keluar ke ofis. Inti tortila ni saya dah masak malam tadi...jadi pagi ni hanya bungkus je dalam tortila... kemudian panaskan sekejap.
 
Tortila wrap inti ayam dan sosej serta sayur. Intinya saya masak guna sos spagheti yang ditumis dengan bawang holland...sebabnya tak perlu lagi nak letak sos lain.
Dah siap potong untuk makan kat rumah...tapi terpaksa bungkus sebabnya tak cukup masa, maka bersarapan la di ofis.

Sunday, March 20, 2016

Nasi Kerabu

Hari ini menu kami nasi kerabu, kebetulan pula adik nak datang rumah, bila dah tak ada idea nak masak lauk untuk makan tengahari, maka nasi kerabu jadi pilihan sebab tak perlu masak bermacam lauk dan semestinya digemari semua. 

Menu nasi kerabu lauknya senang je ikan goreng tepung, daging bakar dan telur masin. Sayur pulak potong je ulam-ulaman sudah lengkap keseimbangannya. Resipinya tak perlu la saya letak kat sini sebabnya dah banyak sangat ulang tayang resipi ni.

Jemput makan!!! Biasanya nasi kerabu orang makan untuk sarapan...tapi kami tak kisah boleh makan bila-bila masa pagi petang malam.

Saturday, March 19, 2016

Keropok Lekor Teh O Limau

Hari ni seharian kat rumah je...tak keluar rumah langsung!!! Pertamanya sebab cuaca yang panas dan keduanya seharian sakit kepala. Biasa la kalau melepak kat rumah ada lepas makan tengahari kena la ada minum petang....tak ada kuih muih sekadar goreng keropok lekor dan minum teh o limau suam. 

Sup Tulang

Hari agak lewat masuk dapur untuk masak menu tengahari.... gara2 dilanda sakit kepala. Agaknya cuaca panas sekarang ni badan pun asyik tak sihat je. Keputusannya hanya masak sup tulang ala sup siam guna sup bunjut brand Alisa. Pertama kali guna sup ni...

Sup tulang!!!
Sup bunjut Alisa...pertama kali guna rempah ini.

Friday, March 18, 2016

Pizza Kecil

Pagi ni sempat membakar pizza kecil untuk kami makan pagi sebelum keluar ke ofis, ya la minggu ni seronok boleh keluar lewat sebabnya jalan kurang jammed sebab sekolah cuti. Bila dah kehausan menu nak masak untuk sarapan terpaksa la ulang menu yang sama. Apa pun makanan macam ini selain dari untuk sarapan boleh je makan untuk tengahari.

Ini dia pizza kecil untuk sarapan, penyediaannya pun cukup senang.
Isi kandungan dalam pizza, ada sosej + meatball + telur + bawang holland + daun bawang/sup + tomato + kepingan chease dan kulit pizza saya guna roti paratha.
Yummyyy!!! mari kita bersarapan ala western pagi ini, pizza ni kalau dicicah dengan sos cili lagi sedap.

Thursday, March 17, 2016

Lychee Kang

Musim panas ini elok lebihkan minum air...tengahari ni saya terjebak beli lychee kang yang berais...biasa beli yang panas, faktor cuaca yang panas sekarang ni rasa nak minum minuman yang sejuk je. Tapi saya minta ais sikit je...sebab kita ni alah dengan ais ketul takut pula kena demam.

Kandungan lychee kang...airnya ada bau daun pandan, lychee, kacang merah, keledek kuning, biji sagu, biji teratai...memang rasa sejuk dan segar mengalir dalam tekak.

Wednesday, March 16, 2016

Tauhu Sumbat

Ada permintaan nak makan tauhu sumbat...ya la agak lama saya tak buat tauhu sumbat...kat rumah ni ada peminat tegar tauhu sumbat, kalau buat banyak pun memang tak akan membazir sebab ada yang sanggup cuci pinggan.

Tukang yang buat tauhu ni dapat habiskan sepotong pun dah cukup...lagipun dah makan nasi dah tak ada tempat untuk diisi. 

Tauhu sumbat bersama sos!!! bagi yang minat tauhu sumbat.
Tauhu sumbat...karot dan timun je kalau ada sengkuang lagi sedap.

Dalca Daging

Sekarang cuaca agak panas...nak memasak pun fikir dua kali sebab tak sanggup berpanas didapur... buka kipas angin pun macam tak berfungsi sebab tak cukup nak menyejukkan badan. Tapi disebabkan teringin nak makan nasi dengan lauk dalca daging sanggup la berpeluh memasaknya. 

Dalca daging ni tetap juga dimasak walaupun tak cukup bahan-bahannya.... kacang panjang, terung dan ubi kentang tak ada stok...kalau ada sayur tu mesti lagi terangkat bila makan dalca ni. 

Dalca daging, kandungan bahan-bahan daging, nenas, karot, baby corn dan lada besar.

Roti + Telur + Sosej

Pagi ini masak makanan yang senang dan cepat untuk dijadikan sarapan.  Penghuni kat rumah yang bercuti boleh la makan ni.

Sosej, telur hancur dan roti memang berbaloi sarapan pagi ini...dan semestinya kenyang sampai ke tengahari. Tapi saya hanya makan roti sebab perut kurang sihat....entah apa yang silapnya.

Kandungan hidangan sarapan pagi ini sosej + telur hancur + roti + timun + sos dan mayonies.

Monday, March 14, 2016

Mee Goreng

Masak dan makan mee goreng je malam ini. Cuaca panas sekarang terganggu sedikit selera makan. Tapi kena juga makan nanti lewat malam ada yang menyanyi.

Saya masak mee goreng ni dicampur dengan sedikit kueh teow... masak ringkas2 cukup la, tak perlu lama2 berdiri kat dapur hari ni badan kepenatan.

Mee goreng rasa melayu...ada masin, manis, masam dan pedas...yang sedapnya bila ada rasa kicap lemak manis.

Roti Goreng Oat

Sarapan pagi ini roti goreng salut oat dan intinya chease. Pagi ini boleh keluar lewat 15 minit sebabnya minggu ni cuti sekolah...jadi kereta agak kurang.

Sempat la goreng roti bersalut dengan oat... ini je cara nak pujuk diri sendiri makan oat...walaupun ada kandungan kalori lain dalam roti goreng tersebut...sekurangnya ada sedikit oat.
 
Roti goreng salut oat - Penyediaannya senang je...roti keping letak chease sebagai intinya celup dengan telur dan salut dengan oat...kemudian goreng dalam minyak yang sedikit.

Sunday, March 13, 2016

Kueh Teow Sup

Tengahari ini sekadar masak kueh teow sup yang ringkas....sekarang ni musim panas elok kita makan makanan yang berkuah untuk tambah kandungan air dalam badan supaya sihat dan bertenaga. 

Resipi kueh teow sup ni macam menu orang diet sebab rencahnya banyak tauhu dari lauk pauk. Sekali sekala masak ala kadar macam ni lagi sedap dan menyelerakan.

Tajuk menu ini ialah kueh teow berwarna-warni!!! Sedap dimakan panas-panas!!

Murtabak Karts

Pagi ni sarapan dengan murtabak frozen...agak kemalasan untuk menyediakan makanan lain. Biasa la adakala tu mood nak memasak ni tengok keadaan juga...bila selera nak makan tu datang laju je masuk dapur, tapi pagi ni mood ke laut. Nasib baik ada frozen food cukup la untuk alas perut pagi sekurangnya ia tidak menyanyi bila kat kelas mengaji nanti. 

Ini dia rupa murtabak yang sudah siap digoreng bersama kari yang disediakan...murtabak dan kari tersebut cuma dipanaskan beberapa minit sudah siap untuk dimakan....komen rasanya??? boleh la dimakan....sekiranya ada pilihan lain saya tak akan beli lagi.
Ini rupa size murtabak yang dalam pack tu ada 2 biji dan sebungkus kari.
RM5 sahaja...pertama kali membelinya.

Saturday, March 12, 2016

Sambal Lada

Hari ni nak kongsi sambal lada yang boleh disimpan lama, kebetulan balik dari kelas mengaji menyinggah di NSK ada lada besar agak murah...apa lagi beli la untuk buat sambal. Bagi yang suka pedas sambal lada ni boleh la di makan dengan nasi, sup atau apa saja makanan lain. Boleh dikatakan kat dapur saya sentiasa ada stok sambal lada ni...sebab banyak kegunaannya. Biasanya kalau kat Kelantan makan nasi berlauk pagi mesti ada sambal macam ni. Rasa sambal lada ni ada pedas dan masam.

Cara nak buat sambal lada ni - lada merah size besar dan campur sedikit cili padi jika suka pedas...biasanya cili besar ni kurang pedas. Blend campur dengan cuka makan (jumlah tu agak2 boleh blend cili + sedikit garam/gula + sedikit air masak jika letak cuka sedikit...elak dari guna air paip atau air mentah. Itu saja caranya...kemudian bila dah blend simpan dalam peti ais. Sambal lada ni disimpan lama lagi sedap sebab makin terasa masam pedasnya.
Setelah diblend dapat 2 botol untuk stok kat dapur.
Kepedasan terbayang!!! tapi ini la yang buat berselera bila diletak dalam makanan.

Thursday, March 10, 2016

Overnight Oats Coklat

Malam tadi rajinkan diri sediakan overnight oat untuk sarapan... kali ni campuran bahannya saya letak syrup coklat + susu alene yang dicampur air + buah kiwi + buahan kering seperti kurma dan kismis. Maka hasilnya bila makan ada rasa coklat, lemak dan masam...rasa manis tu ada la sikit sebab letak syrup coklat dan rasa manis buah kering.

Walaupun rupanya tidak menarik tapi demi kesihatan tetap juga kena amalkan makan oat dalam pelbagai cara penyediaannya.

Wednesday, March 9, 2016

Fettuccine Carbonara

Hidangan makan malam ini adalah pasta!! Eeemm malam ni teringin pula nak makan pasta fettuccine carbonara...ya la agak lama tak masak makanan ala western ni. 

Cara masaknya saya pilih yang senang sebab kepenatan balik kerja...hanya beli sos prego carbonara yang dah siap...tumis bawang putih dan sedikit halia + bawang holland + bebola daging + sayur dan sos prego....siap!!! Sebelum itu jangan lupa rebus fettuccine atau spagheti.

Versi fettuccine carbonara tidak pedas
Versi fettuccine carbonara yang suka pedas letak sedikit sambal cili...biasa la selera orang Melayu nak juga makan ikut caranya.

Overnight Oats

Pagi ni sarapan makan 'overnight oats'...ramai yang share cara nak buat oat peram ni...saya pun tertarik sebab mungkin dengan cara ini saya selera untuk makan. Oat ni saya sediakan malam tadi kemudian letak dalam peti ais...pagi ini sarapan la dengan oat...ya la kalau pagi agak susah nak sarapan dengan oat rasa tak tertelan, tapi bila buat oat macam ini rasanya boleh diterima oleh tekak sebab ada berbagai rasa.

Cara penyediaannya ada pelbagai bahan yang boleh diletak, saya cuma letak buah kiwi dan epal hijau sebab itu je yang ada stok, antara bahan-bahan lain oat + susu segar + yogurt plain saya campur dengan oren sunquick + buah-buahan kemudian simpan dalam peti ais beberapa jam dah boleh makan...tapi saya makan untuk sarapan pagi.
Sedap tau ada rasa masam manis lemak...begini la salah satu cara untuk habiskan stok oat dan juga untuk galakan kita makan oat.

Saturday, March 5, 2016

Daging Goreng Bersos

Bila masak daging macam ini bagi saya sudah cukup satu lauk je untuk makan dengan nasi panas. Hari ini selera saya hanya makan nasi dengan daging goreng bersos cili dan kicap. Cara nak masak daging ini senang je tak perlu banyak bahan. Daging diperap dengan sedikit garam dan halia digoreng seperti biasa bila dan hampir garing masukkan sos kicap, sos cili, bawang kuning dan cili besar...peringatan! tak perlu letak garam sekiranya daging diperap dengan garam, lagipun kicap sudah mencukupi.

Rasanya yang masin manis masam...dan aroma bawang dan cili cukup menyelerakan...berkalori tu kita fikir kemudian.

Sup Sayur Bebola Daging!!!

Tengahari tadi hanya masak sup sayur, goreng daging bersos dan goreng ikan masin. Sejak seminggu ni badan asyik kurang sihat je...agak penat nak berdiri lama kat dapur, jadi masak yang senang je la. Ini pun dah cukup untuk hidangan makan tengahari.

Seperiuk sup sayur bebola daging...boleh dimakan dengan nasi, oat atau sebagainya. Cuaca panas sekarang ini kita digalakan makan makanan yang banyak mengandungi air contohnya hirup sup.

Tuesday, March 1, 2016

Mangga Muda

Makan mangga muda!!! saya tidak mengidam tau uuhuu...tapi sakit kepala yang teramat...terasa berat dan berdenyut sejak tengahari lagi.  Selepas makan malam saya terpandang mangga muda yang ambil kat rumah kami disewakan...kat rumah sana setiap rumah ada pokok mangga yang ditanam oleh pemaju...tapi ini kali ke 2 tuan dapat merasa mangga ni...ya la sebelum ini penyewa yang ambil. 

Balik ke cerita mangga ni ada beberapa biji yang muda separuhnya dah buat mangga jeruk asam boi tapi semuanya dah bagi kat adik sebab tak ada yang nak makan...tiba2 hari ni saya terliur pula tengok mangga ni....terfikir buah masam ni boleh  melegakan sakit kepala.... 

Saya makan mangga ni cicah dengan kuah rojak mak bee...lepas tu tambah sedikit kacang tanah, bila makan buah masam ni rasa kurang sakit kepala.

Kongsi Bahan Bacaan

Sebagai panduan!!!