Happy Deepavali untuk kaum India yang beragama hindu.
Seronoknya cuti hari ni...dapat la lunjurkan kaki kat rumah berehat!!! Untuk makan tengahari masak yang ringkas selera kampung. Menu hari ni permintaan adik lelaki nak makan ikan aya@tongkol singgan... tambahanya aku masak daging goreng, ikan goreng dan rebus telur masin. Kebetulan pula adik beli kulat sisir dia minta goreng campur dengan telur dan tambahan lain pelbagai ulam dicicah budu. Teramat la menyelerakan!!! Petang pula makan ubi kayu rebus cicah kelapa. Lengkap la selera kampung untuk kami menjamu selera hari ini.
Singgan ikan aya nampak tak menyelerakan...tapi bila makan cukup rasa asam garamnya tidak cukup sepinggan nasi. |
No comments:
Post a Comment