Sunday, November 29, 2015

Jemput-Jemput Udang

Selamat berhari minggu!!! Pagi ni hujan renyai2 dengan cuaca sejuk ni sedap juga dapat sarapan cekodok atau jemput2. Ikan bilis kehabisan stok la pula...tukar resipi buat cekodok udang segar. Sebelum ke kelas mengaji sempat la makan, memang tak boleh nak berhenti bila dapat makan cekodok udang ni...lepas satu2 cicah masuk mulut.  Aku tinggalkan sarapan jemput2 dan roti cicah kari untuk orang kat rumah ni sebabnya lepas kelas aku ada dating dengan kawan-kawan nak cuci mata dan berbelanja apa yang patut. Sekali sekala kena ada aktiviti macam ni untuk hilangkan stress.

Friday, November 27, 2015

Minum Petang @ Coffee Starbuck

Tengahari tadi dengan ofismate tak ada pilihan nak makan...tengok jam dah pukul 2 lebih, tapi rasa nak makan bila melilau kat area kedai makan dah hilang fokus... kesudahannya kami masuk Starbuck Coffee sebab terpikat dengan menu Toffee Nut Frappuccino... dengan riang rianya order Toffee Nut kononnya yang tu kami tak pernah minum...eeemm malangnya dah habis, limited dalam masa sehari. Laaa kenapa habis kami buat2 tanya dengan pekerjanya...katanya ramai yang order. Eeemm alang2 dah kat sini maka kami tukar la Christmas Panettone Frappuccino. Sambil tu tanya la pekerja2nya yang friendly apa bezanya toffee nut denga Christmas Panettone...senang je mereka jawab...dua2 menu tu 'merapu' aduhai adik kau orang ni buat joke dengan makcik ya!!! apa pun coffeenya tetap memukau. 

Ni la dia yang dinamakan 'merapu'
Memang tak boleh nak nafikan coffee starbuck tak boleh kalah...kena pula dengan sandwich cukup kenyang!!

Jutawan Akhirat

Petikan dari suratkabar Metro Harian...pagi ni menarik perhatian aku untuk pilih baca akhbar harian metro sebagai bacaan pertama...kebiasaannya akhbar ni jarang aku baca walaupun setiap hari ada di ofis, akhbar lain yang aku pilih. Tapi hari ni berkat pagi jumaat tajuk muka depan menarik sekali infonya... bila baca atikel ni aku hanya fikir dia seorang muslim berhijrah ke sini...tapi dia yang membantu rakyat tempatan dengan mewakaf sejumlah hartanya.

Tuesday, November 24, 2015

Kueh Teow Goreng

Malam ni masak dan makan yang simple je...penat nak masak sebab sampai rumah dah lewat sebab meredah jalan jammed balik dari kerja. Ikutkan selera nak makan nasi tapi tak sanggup nak melengahkan permintaan perut yang agak kritikal. Jadi goreng je la kueh teow...goreng bodoh2 je...tak perlu nak bersolek bagai, rencah cuma letak daging dan telur serta sedikit sayur...ok tak sampai setengah jam dah boleh dinner.

Sunday, November 22, 2015

Minum Petang

Menu petang!!! sekali sekala di hari minggu dapat la menikmati minum petang sambil berehat. Petang ni hidang menu manis...pengat keledek dimakan dengan pulut dan teh O kurang manis. Memandangkan keledek masih ada lagi baki tak habis goreng pagi tadi elok la dimasak sebelum roask lagi pun keledek ni kurang manis bila digoreng...bila dibuat pengat ada la rasa manisnya.

Pengat keledek - ubi keledek bersama pulut. Lemak, manis kaborhidrat sah kalorinya bekilo2...
Kuah pengat ni kurang berseri sebab gula gula biasa sebab tak cukup nisan atau gula melaka...lagi satu kali ni guna santan kotak sebab tu nampak kurang berlemak. Untuk rasa sedap pengat atau kuih tempatan elok guna santan segar sebab nikmat lemaknya berbeza dengan santan kotak.
  
Bahan untuk masak pengat : Keledek boleh potong bulat atau memanjang ketebalannya agak2 1/2 inci, santan + gula putih + gula melaka + sedikit garam + daun pandan dan jika suka beberapa kuntum bunga cengkih + sebiji telur yang dipukul untuk memekatkan kuah pengat yang diletak semasa kuah mendidih dan ubi sudah empuk. Pulut boleh la dimasak biasa atau kukus.

Ketam Masak 3 Rasa

Kebiasaannya masak 3 rasa ni aku guna ikan tapi hari ini tukar selera masak ketam 3 rasa pulak. Sekali sekala masak macam ni memang menyelerakan dan sedap.

Lauk tambahan untuk lunch kami hari ni...Masak 3 rasa kali ni dikurangkan kepedasan memandangkan lauk lain sudah ada yang pedas.

Gulai Ikan Merah

Jangkamasa satu hari bila berada kat rumah rasa masa berlalu begitu cepat. Minggu ni aku tak mengaji jadi penuh dengan aktiviti kat rumah. Pagi, tengahari, petang tak lepas dari fikir masak dan makan. Tengahari ni masak untuk makan tengahari agak awal sebab jemput adik datang makan. Menu biasa je...gulai ikan merah, ketam 3 rasa, kerabu mangga dan ulam2.
Bila tengok ikan merah ni macam-macam resipi nak masak semuanya sedap...masak kari, sup, gulai, asam pedas dan goreng...semuanya menyelerakan sebab ikannya segar.
Okey siap!!!! gulai ikan merah sudah sedia untuk dimakan.

Sarapan Sandwich dan Keledek Goreng

Pagi ni sarapan tak berat...sekadar buat sandwich telur dan goreng keledek. Lagipun tengahari nanti nak makan nasi. 

Sandwich telur, guna telur rebus yang hacur dicampur dengan mayonies.
Keledek goreng...tapi sayang rasa ubi keledek ni kurang manis.

Nasi Lemak Pandan

Sekarang ni famous dengan nasi lemak hijau atau pandan. Pagi ni aku ambil kesempatan masak kat rumah...boleh la kami sarapan di pagi minggu yang indah ni. Resipi nasi lemak ni macam biasa yang dimasak, kelainanya cuma warna nasi lemak je diubah jadi hijau sebab campur air daun pandan...bahan-bahan lain tetap sama begitu juga dengan kawan2 nasi lemak tersebut...tetap ada sambal, telur, ikan bilis bersama kacang dan timun...lauk tambahan lain terpulang nak makan apa...ayam goreng berempah atau rendang. 

Nasi lemak pandan atau hijau ni cukup berseri tambah pula aroma daun pandan bila bercampur dengan santan, serai, halia dan bawang. Boleh puan2 mencubanya...senang je blend daun pandan untuk dapatkan warna hijau lepas tu masukkan dalam beras, santan yang bercampur dengan bahan2 lain dan masak seperti biasa.

Set nasi lemak untuk sarapan kami. Alhamduillah rezeki untuk pagi ni memang sedap.
Kawan-kawan untuk nasi lemak

Friday, November 20, 2015

Tomyam Seafood

Bila sebut tomyam mesti terus melekat dalam minda... menu tomyam seafood yang panas berasap lengkap dengan masam dan pedas...makan dengan nasi putih, telur dadar dan ada ulam timun dengan sambal belacan. Itu la menu makan malam kami malam ni...cuaca sejuk bila hirup tomyam terasa segar dan badan pun berpeluh dengan sup tomyam yang panas dan pedas.

Tomyam makanan laut @ seafood - ketam, udang dan sotong. Setiap orang dapat satu mangkuk...hirup la kuah tomyam tu hingga licin.
Seperiuk tomyam siap untuk dihidang. Bahan2 : udang+ketam+sotong, bawang putih, bawang besar kuning, halia, serai, rencah tomyam, daun limau purut, jus limau, tomato, baby corn, karot, cili padi dan daun ketumbar atau sup/bawang. Bahan seperti bawang putih+halia+rencah tomyam boleh ditumis atau terus campur dengan air terpulang cara masing2 untuk memasaknya. Kali ni aku tumis bawang putih+halia+rencah tomyam kemudian masukkan air dan lauk pauk, bila dah mendidih masukkan segala bahan lain...perisakan dengan garam dan sedikit susu pekat manis.

Thursday, November 19, 2015

Nasi Goreng

Saya asal orang kampung maka makan pagi pun kalau boleh mesti nak makan nasi...kecuali jika tiada pilihan. Pagi teringin nak makan nasi goreng...tak kisah la jenis goreng macamana janji nasi. Orang kampung makan nasi sebagai sarapan sebab untuk dapatkan tenaga untuk pergi membanting tulang kerja berat...macam aku apa yang beratnya...kerja paling berat pun angkat file je...aduhai bila masa nak bakar kalori bila dah masuk karbohidrat berkilo2 ni. Namun nasi goreng tetap di hati soal kalori dilupakan...pagi ni sarapan nasi goreng yang penuh dengan dedaun bawang dan sup...uuuhhu cukup segar bila hidu aromanya. Walaupun nasi goreng ni ringkas je cara memasaknya...tapi bila dah peminat tegar nasi goreng ianya tetap menjadi pujaan!!! SELAMAT BERSARAPAN...jemput makan!!
Nasi goreng bekalan makan di ofis...sarapan pagi ni dah berat tidak perlu lagi makan tengahari. Resipi nasi goreng paling senang...nasi + sedikit daging + udang jika ada stok + ikan bilis digoreng, bahan untuk di tumis bawang putih + halia yang di ketuk je, tak perlu nak tumbuk pagi2 nanti menganggu jiran nak tidur...letak karot dan garam + gula kemudian bila dah masak...angkat tabur dedaun bawang dan sup untuk tambah aroma dan serikan nasi goreng sebab tak ada sayur hijau.

Wednesday, November 18, 2015

FAST FOOD

Ini hidangan untuk makan malam...makan makanan fastfood yang kurang menyihatkan. Sebulan sekali boleh la hidang...biasa la kalau ada yang tak nak makan nasi terpaksa la cari kesimpulan untuk masak makanan yang macam ni...

Hidangan coleslaw, tomato, hotdog, nugget, kentang goreng dan pelbagai sos (sos lada hitam, cili dan mayonies). Hanya coleslaw je hasil usaha menyediakannya potong/sagat kobis, karot dan mentimun sebab ada stok letak je segala sayur yang ada kemudian dicampur/digaul dengan mayonies + susu segar + perahan air limau...kalau nak ada rasa masin boleh la letak garam...tapi hati2 sebab ada jenis mayonies dah cukup rasanya.

Mee Goreng

Malam tadi hanya masak mee goreng untuk makan malam. Agak jemu juga setiap hari asyik makan nasi je...lagi pun agak berat badan ni kalau setiap hari tambah kalori karbohidrat. 

Mee goreng ni kalau makan panas-panas memang sedap dan menyelerakan. Kena pula dengan air milo panas...confirm lena tidur.

Mee goreng lembab..bahan2nya..mee kuning + ayam + udang + sotong. Bawang putih + cili besar/kering diblend jika suka pedas + halia (untuk buang angin sebab saya alahan dengan asid dalam mee) ditumis hingga kekuningan masukkan rencah ayam etc masak hingga masak, letak sos cili, kicap dan sayuran seperti sawi, karot, tomato serta perasa garam dan gula...angkat dan hidang tabur dedaun bawang dan sup untuk aroma dan seri!!!. Saya tak suka letak sos tiram sebabnya bila makan akan rasa dahaga...lagipun malam2 menganggu waktu tidur untuk bangun minum air.

Tuesday, November 17, 2015

MUNCHY's for Lunch

Pilihan untuk lunch di ofis hari ini hanya biskut munchys vege crackers cicah nescafe. Memandangkan sarapan tadi agak berat maka tengahari ni kena cari yang ringan lagipun perut masih  lagi terasa padat. 

Rupanya cicah biskut dengan nescafee ni sedap!! tak sedar berkeping-keping aku cicah...kononnya nak makan sikit tapi tak sedar dah 5 keping habis...stopppp!!! Alhamduillah berhenti makan sebelum kekenyangan.

Tengok la stok atas meja kerja...ni bukan kedai runcit tau.

Monday, November 16, 2015

Sup Ayam

Hujan dan cuaca sejuk ni elok makan makanan yang bersup untuk panaskan badan. Kebetulan pula kepala ni rasa macam berat je. Kat ofis tadi pun dah rasa tak sabar nak balik rehat. Masak yang ringkas dan cepat untuk dihidang...semua penghuni rumah ni lapar dengan cuaca sejuk2 ni. Nasi putih dimakan dengan sup ayam, ikan merah goreng, timun cicah sambal....cukup menyelerakan makan malam kami malam ni...tambah pula masak sup yang berasap!!
 
Sup ayam berempah yang ringkas..

Pegaga Masak Lemak Campur Udang

Menu makan tengahhari hari minggu daun pegaga masak lemak tempoyak campur udang. Panjang nama menu hari ni...tapi cara memasaknya bahan macam biasa je...cuma pegaga je jarang masak, kebiasaanya aku hanya buat ulam. Tapi kali ni kena masak sebab dah jemu asyik makan ulam je lagipun stoknya agak banyak. 

Bahannya :  Bawang merah & putih + halia + cili padi + tempoyak + serai (pilihan) + gula & garam. Di blend dan dimasak dengan sedikit santan kemudian bila mendidih masukkan udang agak2 udang sudah masak masukkan daun pegaga...jangan lama atas api sebab daun pegaga cepat layu..
Pegaga campur udang masak lemak tempoyak
Terung hijau dan purple bersambal

Saturday, November 14, 2015

Kerabu Daun Selom

Salah satu menu makan tengahari sabtu... kerabu daun selom. Mengikut petua daun selom ni banyak khasiat untuk kesihatan sila goggle ya!! Pucuk selom ni dah berberapa hari tak berganjak... adakala tak kena dengan lauk untuk dimakan. Hari aku kena habiskan sebelum layu. Pilihan untuk jadikan daun selom ni kerabu adalah secara sepontan... menu awalnya kerabu mangga kemudian dapat idea campur daun selom dan daun kesum.

Resipinya kerabu ni senang je 

Bawang merah + sedikit halia + serai + lada hitam + kelapa goreng dan sedikit kelapa biasa + isi ikan yang bakar tawar atau rebus + garam & gula... semua ni ditumbuk/blend. Kemudian ramuan ni gaul dengan daun selom, daun kesum dan mangga...jangan lupa rasa dulu sebelum hidang...
 
Ini kerabu versi tidak diletak santan
Versi kerabu daun selom + mangga + daun kesum yang diletak santan mentah... ada sedikit perbezaan dari segi rasa dan kelembapannya. Cuma bila diletak santan tidak tahan lama kecuali disimpan dalam peti ais.

Wednesday, November 11, 2015

Bubur Asyura @ Suro

Makanan yang susah didapati dan setiap negeri berbeza cara memasaknya dari segi resipi... hakikatnya nama tetap sama bubur asyura ataupun suro di Kelantan... rasa suro ni manis, lemak dan ada rasa rempah. Aku memang suka suro tapi sekarang agak susah nak dapat makan sebab bila musim suro aku jarang balik kg dan boleh dikatakan tak ramai yang masak suro sekarang...tidak seperti zaman aku kecil dulu cukup mewah makan suro...bila orang tua dah tak ada rumah aku pun dah tak masak lagi....

Kali ni aku dapat makan suro sebab ada orang Kelate berniaga/jual melalui internet dan boleh buat penghantaran ke rumah @ pejabat...apa lagi aku order je la.
Harganya 1/2 kilo RM25 kos penghantaran RM10...apa kisah pasal harga janji dapat rasa setelah bertahun tak makan.

Tuesday, November 10, 2015

Ikan Aya Singgan

Happy Deepavali untuk kaum India yang beragama hindu. 

Seronoknya cuti hari ni...dapat la lunjurkan kaki kat rumah berehat!!! Untuk makan tengahari masak yang ringkas selera kampung. Menu hari ni permintaan adik lelaki nak makan ikan aya@tongkol singgan... tambahanya aku masak daging goreng, ikan goreng dan rebus telur masin. Kebetulan pula adik beli kulat sisir dia minta goreng campur dengan telur dan tambahan lain pelbagai ulam dicicah budu. Teramat la menyelerakan!!! Petang pula makan ubi kayu rebus cicah kelapa. Lengkap la selera kampung untuk kami menjamu selera hari ini. 

Singgan ikan aya nampak tak menyelerakan...tapi bila makan cukup rasa asam garamnya tidak cukup sepinggan nasi.

Saturday, November 7, 2015

Nasi Kandar

Hari ni makan tengahari agak lewat...biasa la walaupun hari tak kerja aktiviti lain tetap ada tambah pula balik dari kelas mengaji ambil masa lepak2 depan tv sebelum masuk dapur. Agak keharuan cari menu nak masak...tak ada idea nak masak!!! Kesudahannya masak dalca daging campur segala sayur yang ada...eeemm senang je menu hari ni satu masakan sudah lengkap sebab dah ada kuah, sayur dan daging...tambahan hanya goreng ikan masin. Jawapnya tercipta la menu nasi kandar. 

Dalca daging yang disediakan ini ada beberapa bahan tidak cukup seperti nenas dan tomato tapi tidak menjadi kecacatan...ianya tetap menyelerakan.

Nasi putih + dalca daging + ikan masin dan sambal cili cukup menyelerakan.

Friday, November 6, 2015

Ikan Merah Masak Lemak Tempoyak

Malam tadi kami makan nasi campur, setelah beberapa hari mengelak dari makan nasi pada waktu malam. Menu untuk malam tadi masak lemak tempoyak ikan merah. Mulanya nak masak asam tempoyak je... tiba2 je berubah selera nak makan masakan  berlemak...tu la nafsu makan dalam sekelip mata boleh berubah. Disebabkan selera tu maka terjadi la 2 resipi dalam satu masakan.... terhasil la masak lemak tempoyak ikan merah. Resipinya senang je...bahan2 masak tempoyak sama je cuma tambah santan. Kerja memasak cukup senang tak perlu nak takut bila mengubah resipi Insy Allah sedap.

Memang tidak dinafikan kesedapannya!!!
Masak lemak tempoyak ni...lemaknya nampak manja2 sebab letak santan sedikit je

Tuesday, November 3, 2015

Oat dan Sup

Pagi ni masak sup yang simple je untuk dimakan dengan oat...kesian badan nk penuh kolestrol asyik sarapan nasi lemak je. Adakala tu kena paksa diri elak dari makan berat yang berlemak setiap hari...dah la malam tadi makan makanan yang bergoreng. Beringat sebelum penyakit menyerang!!! bila badan dah sakit itu tandanya menyusahkan diri sendiri. 

Monday, November 2, 2015

Salad dan Nugget

Menu untuk makan malam ni salad campur nugget goreng, selain dari itu ada tambahan yang tidak ditanyang terlupa nak snap kentang dan cendawan goreng. Kalau tanya ni menu diet?? Oooh tidak!!! ni menu mengikut selera gajah...semuanya gara2 terlintas nak makan makanan yang bergoreng, kalau dapat pisang atau keledek goreng teramat la bahagia...tambah pula dengan suasana sejuk selepas hujan. Tapi yang ada stok hanya la ubi kentang dan cendawan.

Salad dan nugget ni aku sediakan sebagai peneman untuk hilangkan rasa muak bila makan makanan berminyak. Resipi hidangan salad ni terpaksa guna mayonies & sos cili serta sedikit minyak zaiton sebab kehabisan sos thousand island...