Khamis...cepatnya hari berlalu, sekarang pun dah pertengahan september...beberapa bulan lagi kena fikir azam baru pulak...hahaha ada azam lagi ke dalam usia begini. Apa pun masa dan usia tetap kita lalui walaupun tanpa azam...aku bukannya macam budak sekolah darjah enam ada cita-cita dan azam ...hari ni kecoh soalan Upsr bocor angkara ada manusia yang tidak amanah...perbuatan orang dewasa yang tidak layak jadi contoh kepada generasi akan datang...walaupun aku tak ada anak yang menjalani Upsr tapi prihatin dan kesian kepada mereka yang terlibat. Harapnya kerajaan bertindak tegas kepada pemecah amanah menyebar soalan periksa tersebut.
Kembali kepada perihal aku pagi ni...mula pagi aku dengan sarapan roti bersama telur dan nescafe O tanpa gula. Setelah 3 bulan aku tak minum nescafe hari ni terbabas sebab tekak aku kurang selesa selepas makan roti telur dan salad...biasanya ada jus buah tapi hari ni tak ada bekalan...
Roti telur goreng letak sos dan salad untuk sarapan pagi ni sambil baca berita harian. |
Setelah beberapa bulan nescafe tidak wujud atas meja aku...pagi ni menjadi penenang tekak aku. |
No comments:
Post a Comment