Sunday, September 28, 2014

Cincalok Udang

Siapa suka makan cincalok? Atau ada yang tak kenal cincalok. Rasanya kalau seseorang tu berasal dari Tanah Melayu @ Malaysia jika tak makan cincalok tidak menjadi kesalahan tapi mustahil jika tak kenal. Aku orang Pantai Timur pun boleh jatuh suka makan cincalok walhal aku dibesarkan dengan makan budu... bezanya cincalok dibuat dari udang geragau manakala budu dari ikan bilis...rasanya pun sama masin. Tapi dari segi baunya...uuhuu agak berbeza, mungkin bab ini la ada yang tidak makan. Bagi orang yang suka makan semua ini tidak menjadi alasan malahan menjadi pembuka selera untuk dalam hidangan. Citer aku mula belajar makan cincalok ni masa aku bertugas di Melaka...biasa la bila berkursus selama seminggu dan ada aktiviti kempen nak makan nasi pun dah hilang selera sebab mengadap menu yang sama...kebetulan dalam kumpulan berkursus ni seorang fasilitator berasal dari Melaka dia bawa cincalok lengkap dengan bahan2nya seperti bawang merah, cili padi dan limau kasturi juga ulam timun untuk kami makan...uuhuu pertama kali aku tengok cincalok tekak rasa loya sebab nampak udang macam mentah dan baunya kurang enak...macam mana nak makan dengan nasi ni...tapi bila tengok kawan2 makan aku sahut cabaran merasanya....waahhh boleh tahan rasanya aku langsung tak jamah lauk lain cukup la berlaukan ikan goreng, cincalok dan ulam timun bersama nasi panas.

Maka petang ni aku kembali mengamit nostalgia lama menyediakan cincalok sebagai menu makan malam...sebenarnya dari tengahari aku tak ada selera nak makan nasi, puas juga aku menghitung untuk masak lauk...semuanya tidak menyelerakan. Kebetulan teringat cincalok yang adik aku beli di Melaka minggu lepas...tiba2 je kecur selera nak makan nasi...apa lagi lauk untuk aku makan malam ni teramat la ringkas goreng ikan dan celur peria dan bandi cicah dengan cincalok....uuhuu untuk penghuni lain dia orang tak makan cincalok jangan banyak cerita  makan la lauk lain....hari ni aku layan selera bersama nostalgia lama.. 

Cincalok bersama rakan-rakannya...nampak tak udang tu macam mentahkan...dulu bila tengok udang tu la aku tak selera nak makan....tapi sekarang....
Macam ni cara nak makan cincalok cili+bawang+limau digaul biar bersatu semuanya....kemudian ambil ulam cicah atau sudukan dalam nasi....uuummmm memang sedap tau!!!
Cincalok tu rasanya masin, bagi yang ada tekanan darah tinggi jangan terlebih makan pula...maka untuk kawal tekanan darah elok la cicah dengan peria.

No comments: