Hari ni menu pembasuh mulut agak istimewa sebab permintaan adik nak makan ketupat sotong Kelantan...tau je la bila sebut makanan pencuci mulut orang Kelantan mesti manis. Biasanya ketupat sotong ni bila bulan puasa menjadi pilihan untuk berbuka...aku pun dah lama tak masak ketupat sotong ni...almaklum la penghuni rumah ni tak minat makanan manis.
Persediaan bahan untuk membuat ketupat sotong ni tak banyak - sotong segar, beras pulut, santan, gula melaka @ nesan kelantan, gula pasir, daun pandan, sebatang serai di ketuk jika suka dan sedikit garam.
Cara membuatnya : - Sotong dibersihkan cabut kepala, tulang dan buang dakwatnya.
- Beras pulut dibersih dan rendam dengan santan atau air dan letak sedikit garam selama setengah jam...kalau rendam sekejap pun tak mengapa cuma ambil masa sedikit untuk pulut masak.
- Isi beras pulut dalam sotong...(setengah sotong sahaja kemudian masukkan kepala sotong dan cucuk dengan lidi untuk lekatkan kepala sotong dengan badan juga untuk elak pulut dari terkeluar.
- Cara masak..santan + sotong yang sudah di isi pulut + gula pasir + nesan + garam + daun pandan + serai dimasak atas api perlahan sehingga pulut dalam sotong masak atau kembang.
- Perhatian!!! Santan jangan terlalu pekat sebab untuk bagi pulut masak memerlukan sedikit santan cair...lagipun kuah tersebut akan jadi pekat bila dah masak. Untuk pastikan pulut masak boleh la angkat seekor sotong dan potong. Biasanya jika pulut dah masak sotong tersebut nampak bulat dan padat.
|
Ketupat sotong masih dalam proses...Kuah sotong yang masih cair...apabila masak kuah tersebut akan menjadi pekat |