Aku terpaksa ke klinik...doktor yang bertugas di Klinik Menara agak terkejut setelah 3 tahun aku tak ke sana...aku cakap kat doktor... itu tandanya saya sihat doc!!! dia ketawa dan syukur katanya..Tapi hari ni saya tak boleh mengelak dari ke sini...sebabnya sakit bahagian belakang leher ni sudah merebak ke bahagian bahu ke tangan dan kaki sebelah kanan pula terasa kebas. Malam tadi terjaga pukul 4 pagi hingga la ke siang aku tak boleh lena...teramat sakit dan rasa tegang di leher.
Di klinik doktor nasihatkan aku buat pergerakan secara perlahan katanya kemungkinan ada saraf dan bahagian tulang yang tesasar dari kedudukannya...tekanan darah aku 150 agak tinggi...mungkin juga aku menahan sakit atau tak cukup tidur...harapnya aku tak tergolong dalam kategori 'tekanan darah tinggi' sebab sebelum ni tahap bacaan tekanan darah aku normal. Doktor bagi suntikan untuk tahan sakit dan biasalah bekal ubat-ubatan. Aku dinasihatkan makan ubat sewaktu makan...contohnya suap makanan kemudian disusuli sebiji pil...begitulah seterusnya diselang seli. Cara pengambilan pil macam ni adalah pertama kali aku lakukan kebiasaannya pil diambil sebelum atau selepas makan. Aku berdoa semoga cepat sembuh....
Stok pil dari klinik untuk 2 minggu..kalau tak sembuh juga alamaknya kena pergi jumpa doc lagi la... |
Pil berwarna warni memikat hati untuk ditelan |
No comments:
Post a Comment