Friday, January 10, 2014

Pasta Soup

Menu berbuka puasa sunat pada 7 Rabiul Awwal 1435 - Petang semalam masak pasta sup untuk berbuka. Alhamduillah rezeki dapat juga minggu ni tunai 2 hari puasa sunat. InsyAllah dipermudahkan lagi niat aku untuk meneruskan puasa sunat setiap isnin dan khamis pada masa akan datang. Sup ni aku masak seperti masak sup sayur je...tumis bawang putih + halia dan letak rencah ayam + udang + fish ball dan sayur-sayuran yang ada dalam simpanan. Aku sediakan mee kuning dan pasta / fettuccine untuk dimakan dengan sup...sebabnya ada yang tak suka pasta. Kemudian sediakan potong cili padi + kicap dan perah limau nipis untuk dimakan dengan sup kalau nak pedas atau masin. Yummy memang best bila berbuka dengan sup panas ni.

No comments: