Mimi tayang muka sedih minta diberi makan |
Gaya seksi setelah kekenyangan |
Mimi tayang muka sedih minta diberi makan |
Gaya seksi setelah kekenyangan |
Lempeng gandum dengan kari ayam |
Kari ayam!!! |
Stok pil dari klinik untuk 2 minggu..kalau tak sembuh juga alamaknya kena pergi jumpa doc lagi la... |
Pil berwarna warni memikat hati untuk ditelan |
Mee + Bihun goreng, kualitinya kurang memuaskan...tapi untuk selera diri sendiri tidak menjadi masalah walaupun pada pandangan tak menarik....janji cukup rasa. |
Mee sup yang dihasikan oleh pesakit |
Penyandang / bantal leher untuk tahan leher ni dari bergerak tanpa disengajakan. |
Tom Yam Mee + Bihun, orang yang tak sihat masak tapi disebabkan selera nak makan sambil picit kepala pun sanggup masak. |
Jus timun banyak khasiatnya selain dari untuk sejukkan badan, boleh buang toksin dan kurangkan tekanan darah. Masa proses blend jus timun ni boleh diletak madu atau gula dan sedikit jus perahan lemon / limau nipis atau kasturi. |
Sayur-sayur tu sudah nampak tahap kebaikannya...tapi bila tengok pada nugget tu kandungan kalorinya amat la banyak. |
Lavendar yang meriah berbunga. Tenang fikiran bila tengok bunga-bunga ni...boleh dijadikan terapi untuk diri kita |
Monday mood!!! Hari ni aku niat nak puasa sunat dan bangun sahur minum air suam je. Kita hanya merancang tapi yang menentukannya DIA...sampai ofis tadi aku rasa mual dan kurang selesa dalam perut. Adakah aku kena gastrik? atau tekanan darah tak stabil atau tinggi...macam-macam bermain dalam fikiran. Bila dah macam ni aku tukar la niat untuk puasa...aku keluar cari makanan untuk elakkan badan ni dari dilanda sesuatu yang tidak baik. Aku beli roti...eeemm tak selera!! aaarrrh beli nasi lemak, maka berbuka puasa aka sarapan. Bila dah sarapan rasa lega...petang pukul 3 aku rasa sakit-sakit kat atas leher dan seluruh bahagian belakang rasa sakit tapi bahu tak sakit...sebab sintom tekanan darah tinggi biasanya sakit atas bahu dan leher. Aku dah mula sendawa angin dan perut mula rasa bergelombang....aduhaii kenapa ni. Aku bancuh milo tapi tak ada perubahan.
Sampai rumah aku ambil mesin check tekanan darah...120/78...eeemm ok la mungkin masih penat...kalau ikutkan belum tahap tekanan darah tinggi. Ok aku exercises cycling 15 minit dan sauna 20 minit. Kemudian mandi, solat dan rest tengok Aksia TV3 Ariana Rose...tenangkan fikiran rehatkan badan. Selepas satu jam lebih aku ulang check / ambil tekanan darah...eeemm ok je tak ada tekanan darah tinggi...mungkin aku serangan tekanan angin dalam badan kot.
Cakar ayam aka keledek goreng...tapi aku buat tak ada rupa bercakaran |
Ikan siakap masak tempoyak |
Ikan siakap masak kicap |
Sayur campur bertemankan encik sotong |
Roti + telur gulung bersama sosej + fish ball |
Bekal untuk sarapan pagi...memang puas bila dapat makan makanan yang dimasak sendiri walaupun ringkas je masakannya. |
Chicken Grill + vegi |
Pembasuh mulut - Ais Krim makan dengan strawberry yang disalut coklat |
Bunga segar yang dibawa turun dari CH menjadi hiasan rumahku |
Jagung madu dalam pengukus...proses kukus tidak perlu lama sebab jagung ni memang jenis lembut dan rasanya memang manis. |
Keledek pun aku beli sebab ianya makanan kegemaran aku |
Raja buah ni dibeli dengan orang Asli yang menjual di sepanjang jalan dari CH..rasa dan kualitinya memang superbbb!!! walaupun pening dalam kereta menahan bau tapi sanggup bawa turun KL |
Ini la dia kebun / ladang lavendar |
Antara yang menarik dalam kawasan Lavendar Garden |
Bunga-bunga ni boleh dipetik dengan bayaran RM1 sekuntum |
Strawbery ni pun boleh dipetik tapi lupa pula harganya |
Pemandangan waktu pagi dari aras 13 hotel penginapan |
Masih ada kehijauan dan sedikit kedinginan walaupun banyak tanah sudah diteroka |
Kedudukan hotel ni dikawasan yang tinggi dan masih terasa kesejukannya |
Selain guna GPS, peta ni berguna untuk rujukan sepanjang di Cameron Highlands |