Wednesday, December 31, 2014

Body Massage dan Facial

Hari terakhir tahun 2014 aku ambil kesempatan memanjakan diri di SPA...kebetulan tawaran diskaun adalah hari ni terakhir. Sejak beberapa hari ni kaki aku sentiasa kejang dan lenguh...salah faktornya berpunca cuaca sejuk dan pijak lantai tanpa alas kaki atau stokin. Kesempatan waktu cuti ni elok la aku pergi manjakan diri...setelah surf dan goggle mencari salah satu spa menarik perhatian aku...tempatnya tak jauh dari rumah dan ada tawaran diskaun.

Kali pertama aku berkunjung di spa ini...aku habiskan masa disini 3 jam setengah...uuhu puas hati tau dapat servis macam ni... package yang aku ambil ialah body massage dan facial...inilah penamat aktiviti aku untuk tahun 2014.

Saturday, December 27, 2014

Bencana Banjir Dugaan DariNya

Bencana banjir di Pantai Timur sejak 21 Disember... membuatkan aku dan seluruh warga terutamanya anak2 Kelantan juga negeri-negeri yang terlibat tak senang duduk, meskipun rumah keluarga aku di kampung tidak dilanda banjir tapi aku turut simpati malahan setiap kali tengok tv dan baca luahan di FB menitis airmata....sebelum ni sedih bila tengok bencana di negara luar...hari ni negeri sendiri!!!  

Situasi banjir yang luar biasa ini cukup meruntum hati aku sebab ada kehilangan nyawa, penduduk hilang rumah dan harta benda...hati aku tidak terkata sayu melihat nasib mereka bila tiada tempat berteduh setelah pulang dari pusat pemindahan...makan, pakai??? untuk meneruskan hidup di hari berikutnya memerlukan kesabaran dan ketabahan...tiada kata-kata yang terungkap hanya padaNya kita berdoa. Ya Allah aku mohon pada Mu!!!!

Gambar...air mula masuk ke bandar Pasir Mas setelah air sungai melimpahi benteng

Monday, December 22, 2014

Daging Gulai Darat

Lama tak makan daging masak gulai darat...kenapa orang panggil gula darat aku pun kurang pasti. Bila ada masa aku akan cari asal usul namanya. Untuk hari ni aku masak dulu, agak lama aku tak masak masakan ni. Cara memasaknya bagi aku lagi mudah dari masak kari, sebabnya segala bahan rencah digaul sekali dengan daging, masak tunggu sehingga daging empuk kemudian masukkan santan dan kerisik...bila santan sudah mendidih boleh angkat dan dihidangkan.

Secara ringkas bahan-bahan untuk memasak daging gulai darat....semua ni aku buat mengikut anggaran sendiri, kepada yang tak tau langsung untuk memasaknya harap maaf la ya.



1/2 Daging lembu kalau boleh sedikit berlemak (kali ni aku campur sedikit tulang)
Santan (sekotak kecil) kalau santan segar seliter
Bawang merah 6 ulas dan 3 bawang putih
Cili kering 5 biji (boleh lebihkan jika suka pedas)
Halia dan lengkuas seinci
Rempah Ketumbar satu sudu besar
Asam Keping 2 keping
Kerisik 2 sudu besar
Cili Hijau (hiasan)
Garam dan nisan atau gula
Budu (jika suka)

Cara-Caranya:

- Daging dipotong nipis dibersihkan dan ditoskan
-Bahan-bahan Bawang, cili kering, halia, lengkuas dan rempah ketumbar ditumbuk atau diblend halus 
- Bahan-bahan yang diblend + garam + nisan + budu + asam keping digaul dalam daging dan masak sehingga daging lembut @ empuk, (masukkan sedikit air atau santan cair jika nampak kering)
- Masukkan santan dan kerisik serta cili besar masak sehingga santan mendidih.
 
 
Ni la rupa daging gula darat - masak nasi berlauk untuk makan pagi memang sedap.

Sunday, December 21, 2014

Masala Vadai



Pagi ni aku belajar masak masala vadai...untuk masak kuih ni aku terpaksa meminta bantuan encik goggle sebab tak pernah memasaknya...resipi pun tak ada dalam simpanan.  Kepingin nak makan vadai ni sejak minggu lepas lagi...cuma tak pergi kedai mamak membelinya. Maka pagi ni aku berusaha membuatnya.. bahan-bahan pun ada..lagipun bahannya tak banyak.

pssstt...Sebelum tu nak minta izin dan mohon maaf serta terima kasih kepada pemilik resipi ni yang aku dapat melalui goggle.

Antara Bahan-Bahannya
-1/2 kilo kacang dhal (direndam 4 jam atau semalaman)
-2 biji bawang besar (dipotong dadu)
-4 ulas bawang putih - dicincang kasar)
-Lada merah - dipotong dadu
-Daun kari - dihiris halus
-Jintan manis, jintan putih dan ketumbar (ditumbuk)
-Garam secukup rasa

Cara-Caranya
-Kacang dhal dibahagikan kepada 2 bahagian, satu bahagian diblend halus dan satu bahagian blend kasar kemudian disatukan.
-Masukkan kesemua bahan2 yang telah dipotong seperti bawang, cili, daun kari, jintan dan ketumbar serta garam secukup rasa.
- Bentukkan adunan bulat dan leperkan (jika adunan lembik masukkan sedikit tepung gandum)
-Goreng dalam minyak panas.

Masala Vadai yang sedap dan ranggup
 
Proses menggoreng vadai perlu minyak banyak...bagi yang diet minyak tu boleh nak tolong la ya....sekali sekala boleh makanan makanan yang berminyak.


Adunan vadai siap untuk dibentuk dan digoreng

Thursday, December 18, 2014

Tomyam Udang Galah

Menu makan malam kami malam tadi masakan selera Siam... tomyam bersantan campur udang galah dan sotong, ayam goreng kunyit dan goreng sayur campur. Cukup la tu...bila ada kuah tomyam ni lauk lain tak perlu banyak sebabnya ralik dok hirup kuah tomyam. Udang galah stok akhir... dah 2 minggu aku beli...sebelum ni dah masak lemak cili api, masak sup sayur dan mee rebus. Puas dapat makan udang galah kali ni...agaknya berapa banyak kolestrol dah terkumpul dalam badan kami. 


Tomyam hari ni warnanya nampak kurang menghairahkan sebabnya pes tomyam ada sedikit je...tambah pula hari ni masak tomyam bersantan bertambah la pucatnya...uuhhuu tapi aromanya dan rasa masam pedas cukup!!!

Wednesday, December 17, 2014

Asam Pedas Ikan Tenggiri

Setelah sekian lama tak masak asam pedas...petang semalam aku melunaskan selera masak untuk makan malam. Jujur aku cakap tak begitu arif masak asam pedas...tapi hati ni nak juga mencuba demi menunaikan selera diri sendiri. 

Alhamduillah terbaik la asam pedas malam ni...kami makan tanpa bercakap sepatah pun...menghayati dan menikmati hidangan...uuhhhu walaupun rupa asam pedas ni tidak menghairahkan tapi rasanya ada uummpphh!!! 

Ikan tenggiri + bendi + tomato + daun kesum + serai + bunga kantan + halba + bawang merah + putih + cili + halia + kunyit + air asam jawa + gula dan garam serta air.

Tuesday, December 16, 2014

Oh Snow!!!

Kucing presian aka Snow dah masuk 6 bulan menjadi penghuni rumah kami... penerimaan aku terhadapnya dah ada sedikit keserasian...lagipun tak larat aku nak bertengkar dengan binatang... kalau aku marahinya tuan dia akan jeling kat aku...eeemm sabar je la untung kau Snow dapat kasih sayang. Selama 6 bulan Snow bersama kami ada beberapa kali aku kena cakar gara-gara aku nak lap matanya...sejak tu aku dah berhenti buat kerja tu...uuuhh tak kuasa aku nak urus lagi dari tangan aku berparut. Urusan aku sekali sekala bagi makan...bila tuannya outstation terpaksa la aku korban sedikit masa mengurusnya. Perasaan marah tu ada juga bila aku kena mengurusnya tapi bila tengok aksi tidur Snow aku jadi terhibur....mari tengok gayanya...

Masa mula-mula menghuni rumah ni aku haramkan dia pijak karpet....sekarang tengok!!!!
Bila dah kenyang ni je kerjanya!!! syoknya kuak lentang...
Bantal aku sudah jadi hak miliknya...aku dah minta tuannya ganti bantal baru untuk aku..
Merengkuk kesejukan...tapi tetap nak tidur bawah kipas

Sunday, December 14, 2014

Sarapan Nasi Kerabu Ayam Bakar

Sebelum nak cerita pasal sarapan... Pagi tadi dikejutkan rumah jiran yang berdepan dengan kami dimasuk pencuri, mengikut katanya secara pukau, kejadiannya lebih kurang jam 4 pagi...mereka sedar bila pencuri sudah keluar melalui pintu depan yang dibuka menggunakan kunci, mereka panjat masuk melalui balkoni tingkat 2...aduhai kawasan perumahan aku yang lengkap sekeruti pun sudah tidak terkawal...mengikut kata polis mereka ni masuk melalui kawasan belakang perumahan yang ada sedikit hutan simpanan berbukit, kat bahagian ni memang tidak ada pengawal...lagipun ada projek perumahan baru...sah la warga asing yang menyelongkar.

Apa pun projek nasi kerabu aku pagi ni untuk sarapan tetap diteruskan juga walaupun dah lewat masuk dapur, sebabnya tumis nasi kerabu ni aku dah masak malam tadi dan ayam pun telah perap malam tadi. Pagi ni cuma masak nasi dan bakar ayam serta sediakan bahan-bahan lain. 


Ayam bakar berempah
Hidangan nasi kerabu ayam bakar, memang menyelerakan sarapan kami pagi ini...lagipun nasi kerabu ni memang makanan yang tidak akan ditolak oleh penghuni rumah aku...dari pagi ke malam pun sanggup makan.

Daun Serai Kayu

Pagi ni petik pucuk serai kayu yang kami tanam dalam pasu...Alhamduillah kali kedua kami tanam dah hidup dan dapat makan hasilnya...rasanya belum cukup setengah tahun kami tanam mungkin sekarang ni musim hujan maka senang untuk pokok ni membesar...benihnya diambil dari kampung. Mengikut kajian pucuk serai kayu ni boleh jadi penawar darah tinggi...bagi kami pucuk serai kayu ni sejak dulu lagi dijadikan salah satu ulam bila makan nasi kerabu atau laksa dan laksam Kelantan....rasanya yang ada sedikit kelat dan aromanya boleh membuka selera bila dimasukkan dalam makanan seperti nasi ulam atau nasi kerabu.



Ikut arah jam : Pucuk Serai Kayu, daun pandan, daun limau purut dan daun kesum semuanya hasil tanam dalam pasu.

Keledek atau Ubi Stelor

Mari makan ubi rebus... Ubi stelor rasanya orang Kelantan je yang kenal....kalau sebut keledek semua orang kenal, lagipun ubi ni menjadi pilihan sebab rasanya yang manis...terutama sekali kalau keledek ni dari tanah tinggi Cameron. Keledek ni dah berminggu aku beli asyik tertangguh nak buat pengat, kesudahannya aku buat keledek goreng dan rebus je.

Ubi stelor rebus...bila dah rebus selain dari terus makan boleh juga buat kuih seperti kuih keria, cek mek molek dan sebagainya.
Keledek goreng atau kaki ayam...agak berminyak tapi tetap nak makan juga

Monday, December 8, 2014

Teringin Coklat Cadbury

Jom makan cadbury... Sejak tercetusnya perang tidak halal coklat cadbury aku berhenti dari makan...sehingga la semalam aku kembali mengulangi detik2 indah memaniskan deria rasa dengan coklat ini setelah disahkan halal. Cadbury antara coklat yang menjadi pilihan aku bila mengidam sesuatu yang manis ala coklat.

Pagi2 aku terpaksa lepaskan gian sarapan dengan coklat memandangkan malam tadi tak sempat nak makan.

Hadiah Dari Seorang Kawan Baik

Terima kasih kepada rakan baik aku yang telah memberi kejutan hadiah harijadiku seminggu dah berlalu. Tidak sangka pula dia mengajak aku menemaninya shopping rupanya ada juga buah tangan untuk aku, tak terkata bila bila mengangkat beg-beg barangan yang dia beli.... boleh dikatakan penuh bonet kereta diborongnya...tiba-tiba pekerja shop crabtree menghulurkan satu beg kertas untuk aku....surprise!!! rupanya kawan aku dah berpakat dengan salegirl tu...terharunya...hanya ungkapan terima kasih dapat aku katakan...sesungguhnya aku cukup menghargai. Setiap hadiah yang kita terima walaupun kita mampu membelinya tapi bila orang menghadiahkan kepada kita nilainya amat bermakna...buka dari segi harga tetapi tanda kasih sayang dan keikhlasan.

Cantikkan warna merah!!!
Buka pembalut merah dalamnya warna hijau!!!
Buka kotak hijau... Crabtree @ Evelvyn product, EDT, Hand Lotion, Shower Cream and Body Lotion, yang paling aku suka kotaknya boleh simpan aksesori.

Saturday, December 6, 2014

Hidangan Burger Oleh Sahabatku

Balik dari kelas mengaji tengahari tadi aku menyinggah dirumah sahabatku untuk menjemputnya sebab plannya nak ajak aku pergi menemaninya jalan-jalan katanya nak shopping. Dijemputnya masuk rumah dia dulu sementara menunggu seorang lagi rakan datang....eemm sementara tu dihidangnya makan tengahari ala fastfood ringkas katanya... Alhamduillah rezeki jangan ditolak, tengok pada hidangan tu aku tanya la my sahabat apa nama menu ni...hahaha katanya nama hidangan ni burger kucar kacir sebabnya nak cepat siap...aduhai macam2 sahabat aku ni.
Sepinggan roti burger ayam + timun + kacang panggang dan telur bersama sos cukup padat untuk aku habiskan tambah pula minum semug kopi O....tak terkata kekenyangan.

Katanya mana nak cari kat kedai hidangan burger macam ni....huhuhu betul juga tak pernah jumpa hidangan sebelum ni.

Friday, December 5, 2014

The Manhattan Fish Market

Bila diajukan soalan nak makan apa...aku cuma pilih tempat makan yang biasa je, sebab nak makan yang ringan je malam ni tak ada restoran yang istimewa. Mr Right plan asalnya nak bawa pergi ke restoran steak tapi aku menolaknya gara-gara gusi aku bengkak selera nak makan makanan panas hilang...lagipun steak makanan panas risau juga suhu panas badan akan bertambah. Bagi aku restoran makan ni bila2 masa boleh pergi, kalau diikutkan mood malas nak keluar makan tapi terpaksa juga ikut bila dah diajak...tak elok la nak hampakan hasrat orang nak meraikan kita....betul tak?

Order platters...makanan ni agak berminyak...eeemm terpaksa juga kunyah sebab dah pilih yang ni. Kami bungkus bawa balik sebab tak dapat menghabiskannya.
Soup Seafood Chowder
Salad...eemm kurang menarik
Sweet alabama vanilla...best!!!

Thursday, December 4, 2014

My Hari Lahir

4 Disember... hari ulangtahun kelahiran aku.. Alhamduillah syukur masih sihat dan mampu meneruskan hidup di bumi pinjaman ini.  Sekadar ingatan bahawasanya aku telah diberi waktu untuk untuk menghuni bumi Allah swt dan suatu masa aku akan dipanggil olehNya. Doa aku semoga diberi kekuatan iman dan dijauhi dari kelalaian. 

Wednesday, December 3, 2014

Ikan Budu

Ikan budu @ ikan jeruk macamana rupanya...mungkin ramai yang tak kenal... termasuk la orang kat rumah aku sendiri. Bila aku cakap nak masak ikan budu Mr Right berulang kali tanya...hehehe dia ingatkan makan ikan bakar letak dalam budu...eeemm sebelum ni aku tak pernah masak ikan budu kat rumah, tapi kali ni kebetulan abang dan kakak ipar dari kampung datang sini dibawanya ikan budu memandangkan ada adik aku nak makan. Aku pun dah lama tak makan... biasa la ikan budu ni menjadi hidangan bila musim tengkujuh terutamanya di Kelantan. Aku dan adik beradik diajar makan sejak kecil lagi jadi tak hairan la kalau ianya menjadi makanan nostalgia kami. Ikan budu ni asalnya ikan kembung segar diperap dengan garam seperti ikan pekasam boleh tahan lama...cara memasaknya ada yang goreng macam goreng ikan biasa....tapi aku suka makan yang digoreng dengan telur. 

Caranya -  ikan tersebut diambil isinya dan dibersih untuk hilangkan rasa masin  dan baunya, kemudian isi ikan tersebut dicampur dalam telur + bawang besar + bawang merah + cili + halia dan perahan jus limau nipis @ kasturi atau cuka. Kemudian dikacau dan digoreng seperti masak telur dadar....uuuhhu baunya cukup membuka selera untuk makan nasi...ni bagi yang makan ikan budu la...bagi yang tak suka tu tak boleh nak cakap apa la...aku cakap begitu sebabnya Mr Right tak sentuh pun apa lagi nak makan.

Ni la rupa ikan budu jenis ikan kembung yang sudah dibersihkan dari perapan garam. 
Telur dan isi ikan yang dicampur dengan bawang dan sebagainya siap untuk digoreng.

Sunday, November 30, 2014

Sesuatu Yang Mengharukan!!!

Sekian lama tak kemaskini blog ni...minggu lepas penuh kesibukan dengan urusan kerja, kebetulan pula ada tetamu dari kampung, abang dan keluarganya datang mengiringi isterinya konvo. Aku cuma dapat cuti pada hari konvonya saja memandangkan waktu ni ada tanggungjawab yang diamanahkan, kesian budak2 dapat bawa mereka berjalan selepas waktu bekerja dan hujung minggu saja. Hari sabtu mereka telah bertolak balik kampung...terasa sunyi rumah ni.
Ahad...hari ni pula dikunjungi adik lelaki...dia mewakili adik-adik aku yang lain membuat kejutan sempena hari lahir aku...biarpun tarikh sebenar cepat 3 hari aku cukup terharu atas ingatan mereka semua. 

Sebiji kek tanda kasih sayang dari adik-adik...terima kasih semua...kakanda sungguh terharu!!!
Pemberian dari mereka...tidak pernah aku terlintas untuk mendapat balasan...

Friday, November 21, 2014

Bekal Nasi Goreng

Pagi ni rasa lemah je nak keluar pergi kerja...badan rasa letih. Bismillah....Ya Allah kuatkan semangat untuk keluar mencari rezeki. Sebelum keluar ke ofis sempat juga masak nasi goreng untuk bawa bekal...beberapa hari ni asyik makan kat luar je rasa jemu juga.

Wednesday, November 19, 2014

Nasi Sup

Sejak beberapa hari ni asyik masak lauk berasakan sup je...sup tulang, sup ayam & sup sayur dok ulang masak. Cuaca agak sejuk sekarang...matahari ada sekejap je waktu pagi dan hujan waktu petang hingga ke malam. Cuaca macam ni bagi yang kurang antibody boleh demam selsema dan batuk. Maka kena la jaga kesihatan ambil vitamin C dan minyak ikan dan makan makanan yang bersup. Aku pun beberapa hari ni ada rasa berat je kepala sebab kena hujan. Harapnya tidak berlarutan...

Makanan orang tak sihat...sesenduk nasi yang dipenuhi dengan sup sayur....tak perlu nak komen banyak bila orang tak sihat masak...semuanya cincai je...potong sayur pun tak ada skill....janji bersih dan masak.

Thursday, November 13, 2014

Maggi Goreng

Apa dah jadi dengan selera pagi ni?? sarapan maggi goreng!!!. Pagi tadi selepas solat subuh tiba-tiba teringin nak makan makanan bergoreng, terfikir juga tak elok sarapan dengan makanan macam ni tapi aku tunai juga nafsu selera untuk pagi ni je, punca aku goreng maggi ni sebabnya tak ada stok bihun atau pasta dalam kabinet...jadi terpaksa la pilih maggi. Bulan ni terlepas pandang pula stok barang-barang kering dalam kabinet. 

Mari kita makan maggi goreng!!! Ini untuk aku sarapan di ofis.

Wednesday, November 12, 2014

Makan Tengahari

Waktu makan tengahari membawa diri keluar dari suasana kerja untuk mencari sesuap makan. Aku kena makan tengahari sebab pagi sekadar makan kek je...bila ada kawan nak ikut makan sama seronok juga boleh la merayau pilih menu....singgah kedai makan nasi campur. Selesai makan nasi rasa nak pencuci mulut..macam kat rumah la pula tabiat ni...masuk Mc D beli ais krim yang seringgit satu, nak duduk tempat penuh maklum la waktu makan...duduk je kat starbuck coffee sambil tenangkan fikiran ditemani ais krim. Bila tengok banner starbuck dan terhidu coffeenya kami mula tak tentu arah. Apa lagi sebelum naik ke ofis beli la bawa bekal. Uuhhu lumayan betul aku mengisi selera tengahari ni...sekali sekala boleh la cikya, kalau setiap hari macam ni kantoi la diet!!!

Walaupun hujan rasa nak minum yang sejuk dan manis...caramel frapuccino pilihan aku

Layer Cake

Cerita pagi ni... mungkin orang lain ada mengalami situasi macam aku ni... tak ada idea nak sarapan apa, bila sebut nasi lemak semalam dah makan maka kurang selera, roti pun tak selera...habis tu nak makan apa ni??? nak masak rasa kurang rajin... capai je layer cake yang beli beberapa hari lepas... bawa je la sekurangnya ada stok makanan bila sampai ofis sementara ada ilham nak cari makanan lain. Area ofis ni banyak kedai makan tapi aku buntu... sebab tu aku utamakan bawa bekal dari rumah... sedap atau tak tetap aku makan.

Sampai je ofis, buka je la layer cake ni...mari kawan-kawan kita makan kek readymade sambil minum coffee untuk alas perut pagi ni...jangan biar perut kita kosong. Kek ni agak manis jadi seeloknya minum coffee kurang manis.


Tuesday, November 11, 2014

Telur Hancur dan Roti

Roti dengan telur


Petang ni hanya masak telur hancur untuk dimakan dengan roti. Bukannya nak diet tapi agak kurang selera nak makan nasi lagipun pagi tadi dah makan nasi lemak.
Penyediaan makan malam yang hanya ambil masa beberapa minit...nasib la orang kat rumah ni tak ada yang cerewet...janji ada makanan...kami tetap bersyukur dengan rezeki yang ada.

Jus Oren

Sunday, November 9, 2014

Udang Galah

Bangun pagi tadi buka paip, air keluar perlahan je...sah la perumahan aku tak ada bekalan air...aduhai segala aktiviti terbengkalai, bekalan air kat rumah ni dalam tangki cukup untuk urusan kecil2 je. Tunggu je la harapnya sebelum pukul 9 pagi sebab nak pergi mengaji. Kesudahannya pukul 1 tengahari belum ada air lagi dah la aku tak pergi mengaji. Jadi untuk makan tengahari terpaksa juga aku memasak dengan penggunaan air secara berhemah... hasrat nak makan udang galah masak lemak kuning kena ditunaikan... sebabnya dari semalam aku teringin nak makan... masa tengok udang ni kat pasar terus je aim nak masak lemak. Kalau nak tunggu bekalan air ni ada belum pasti pukul berapa... dah la pagi tadi cuma sarapan dengan sandwich dan scone je...mesti ada yang lapar tambah pula dengan cuaca redup je. 

Ambil gambar udang dalam periuk...tak perlu nak berhias-hias jimat mangkuk pinggan gara-gara air tak ada. Ya pastinya walaupun rupanya nampak buruk tapi hasrat nak makan udang masak lemak tercapai.

Thursday, November 6, 2014

Roti Bakar Serunding

Bila dah tak tahu nak makan apa...pilihan paling senang bakar roti untuk isi perut supaya tidak kosong bila mengadap kerja...beringat sebelum kena gastrik. Pagi ni aku bakar roti letak planta dan serunding daging cipta menu sendiri mengikut selera... uuuhu sedap juga bila dapat secawan coffee. Senangkan...tak payah nak ke kedai makan untuk memilih makanan.

Jemput la kita makan!!!
Siap bakar kena terus makan...bila dah sejuk tak ada nikmat roti bakar.

Wednesday, November 5, 2014

Cendawan Goreng

Asyik makan kentang goreng je...apa kata tukar selera makan cendawan goreng...dah beberapa hari cendawan ni aku beli, lagipun cendawan tiram ni tak boleh nak simpan lama maka untuk menyelamatkannya dari terbuang baik la digoreng. Resipi aku untuk buat tepung pencelup cendawan kali ni senang je. Sebelum ni aku buat cara tepung beras dan telur tidak dicampur sekali...tapi kali ni aku campurkan semua bahan2 ni - Tepung beras + sebiji telur + sedikit rempah kari + sedikit kunyit + garam secukup rasa dan sedikit air...jangan terlalu cair sebab susah nak melekat dekat cendawan...lagipun cendawan tersebut sudah lembab. Cendawan hendaklah dilap dengan tisu atau tuala untuk keringkan air yang meresap dalam cendawan semasa dicuci...kemudian celup dalam adunan tepung dan digoreng dalam minyak panas. Cendawan ni sedap dimakan waktu panas dan dicicah dengan sos...
Cendawan goreng bersama sos cili dan sos lada hitam