Sunday, July 21, 2013

12 Ramadhan 1434 @ Nasi Kerabu Kuning

 
Juadah berbuka untuk petang tadi aku masak nasi kerabu kuning, kebiasaannya orang masak nasi kerabu warna biru...disebabkan aku tak ada bunga nasi kerabu dan pewarna biru jadi aku tukar jadikan kuning...tapi ramuan untuk diletak dalam nasi tu tetap sama.  Ramuan dalam dalam yang dimasak tu aku letak sedikit kunyit+2 helai daun pandan+daun limau purut yang dicarik...kalau suka boleh ketuk sebatang serai.

Hasilnya - nasi kerabu kuning lauk daging bakar
Ramuan untuk nasi kerabu ni yang paling penting sekali sambal tumis perlu disediakan terlebih dahulu, sebabnya untuk masak tumis tu ambil masa yang agak lama...kalau 1/2 kilo santan tu hampir 2 jam baru pecah minyak. Bila dah pecah minyak baru dimasukkan cili kering + bawang merah & putih + halia yang diblend dan masukkan serai yang diketuk. Untuk bagi rasa masam manis sambal tumis tu masukkan nesan@gula melaka, garam dan asam keping.
Ramuan kedua sambal kelapa goreng - bawang merah + putih + serai + halia ditumbuk + garam + gula kemudian digaul dengan kelapa yang ditumbuk sederhana hancur, seterusnya ambil isi ikan bakar @ ikan rebus dan bawang besar dan cili kecil yang dipotong... 

Ramuan untuk nasi kerabu - sambal kelapa goreng, ulam-ulaman, sambal tumis, budu & air lada

Ramuan Ketiga kerabu atau ulam-ulaman, jenis ulam ni bergantung kepada kesukaan masing-masing - aku cuma ada stok daun kesum + bunga kantan + kacang panjang + timun + taugeh. Kalau kat kampung boleh guna pucuk serai kayu, aroma daun serai kayu ni membangkitkan selera..seri kayu ni banyak khasiatnya terutamanya yang ada masalah dalam perut.  

Untuk rasa pedas boleh sediakan cili yang diblend dan dicampur cuka atau air limau nipis @ kasturi untuk bagi rasa masam pedas dan budu (sekiranya rajin boleh masak budu tersebut letak asam keping + gula melaka dan potong sedikit bawang).
Lauk untuk nasi kerabu - daging dan ayam bakar
Akhir sekali sediakan lauk untuk menambah selera makan nasi kerabu - aku cuma masak daging bakar dan ayam bakar (ayam dan daging untuk tambah kesedapannya diperap dengan serai+bawang putih+halia+kunyit+sedikit jintan+garam+madu). Keropok keping, telur masin dan ikan goreng tepung juga antara yang menyelerakan dimakan dengan nasi kerabu.


No comments: