4 hari ramadhan berlalu, alhamduillah aku masih diberi kekuatan untuk menjalani ibadat dibulan mulia ini.
Sabtu!!! Pagi ini aku boleh lena sekejap lepas solat subuh, kalau ikutkan Mr Right dia ajak pergi pasar borong pagi2, tapi aku cakap tunggu pukul 7 pagi. Ya la hari tak kerja la aku nak ambil peluang tidur selepas sahur.
Kami ke pasar borong... beli keperluan untuk bulan puasa ni - agak lama aku tak ke pasar borong selayang ni. Rindu nak makan ikan, udang, ketam segar... biasala bila sampai sini semua nak dibeli... cuma agak terkilan harganya, semua pelanggan sedia maklum barang mentah memang naik harga sekarang...dah tak guna nak mengadu kat kerajaan @ pemimpin.
Aku terjebak memborong kat pasar basah : ikan tenggiri sekilo RM24 aku beli size kecil dah RM30, udang size sederhana RM20 sekilo, ikan kembung size sederhana RM9.50 sekilo, sotong aku tak beli sebab mahal, ayam sekilo RM8 aku beli sekor dah RM17, ikan selar RM10 sekilo dan ikan siakap RM12.50 sekilo. Ketam bunga size sederhana RM18 sekilo. Aku juga beli kerang RM5 (2 kilo) - sebab adik aku cakap dia nak makan kerang rebus berbuka kat rumah aku. Sayur dan bahan mentah lain aku beli juga...harganya pun dah naik. Sabar je la!!!
No comments:
Post a Comment