Wednesday, July 31, 2013

22 Ramadhan #Juadah

Hari ni badan aku rasa lemah je...kat ofis kawan tegur, mata aku kelihatan layu. Mungkin dah 2 malam aku susah nak lena...entah apa yang aku fikir...kalau la dapat hidayat lailatul qadar alangkah nikmatnya!!!! Bila bangun sahur aku dah tak tidur...sambung baca Al Quran, mungkin kekurangan tidur la mata dan badan aku ni rasa letih. Sekali sekala sistem dalam badan ni ada gak peredarannya...biarkan!!! kita kena lawan jangan dok layan sangat letih atau sakit ni.

Untuk berbuka petang tadi aku goreng kueh teow...nak habiskan stok kueh teow...nampaknya 2 hari aku tak masak nasi. Eeemm makan je lagipun makanan yang masak sendiri ni boleh makan yang panas2 dan dah semestinya menepati selera. Kegemaran aku suka makan makanan yang berasap dan air minum waktu berbuka pun aku mesti bancuh teh O panas + limau air....uuuhhh dapat teh o limau panas rasa lega je tekak...badan pun terasa segar. Sajian kueh teow goreng petang ni ringkas je...rencahnya ala kadar, apa yang ada dalam simpanan sayur sawi, telur & udang... Alhamduillah syukur dengan rezeki aku hari ni...bila makan teringat Mr Right dok Wellington katanya rindu nak makan menu tempatan terutamanya nasi dan makanan yang pedas... tu la kan negara kita ni kalau bab masakan mesti cukup lengkap rasanya, sebab tu ke mana kita pergi mesti 'rindu' makanan tanah tumpah kita.

Tuesday, July 30, 2013

21 Ramadhan - Kueh Teow Sup

21 hari dah berlalu Ramadhan, hampir berberapa hari lagi akan meninggalkan kita. Doa aku agar Allah swt beri kesempatan untuk menunaikan ibadah dengan sempurna dibulan mulia ini. InssyAllah.

Beberapa hari lepas aku tak sempat nak update blog ni...agak kesibukan sikit dengan urusan peribadi dah mood pun agak kurang nak mengadap ni. Hari minggu sibuk dengan urusan kat rumah, untuk masak juadah pulak agak kurang sikit sebab Mr Right dah fly ke overseas berkursus. Maka aku pun bertukar la jadual dah mood. Untuk berbuka puasa petang tadi aku cuma masak kueh teow sup. Sekali sekala tu tukar la menu yang simple je...setiap petang berbuka makan nasi pun jemu juga.  
  
Kueh Teow Soup yang pelbagai..ada cendawan, karot, Kubis, sotong, daging...letak je segala yang ada dalam stok simpanan...

Friday, July 26, 2013

17 Ramadhan - Nuzul Al-Quran

Hari ni kalendar Islam adalah hari Nuzul Al Quran, ada setengah negeri diberi cuti umum, tapi aku bekerja di WP KL kerja seperti biasa. 

Untuk berbuka puasa petang tadi aku masak asam pedas ikan tenggiri, percik ayam dan sayur goreng. Entah kenapa hari ni aku masak semuanya ada kuah...aduhai kekadang tu terkeliru juga dalam memilih menu. Apa pun bila dah masak tu makan je la... tak payah nak komen, itu la rezeki hari ni dari Allah swt.

Thursday, July 25, 2013

16 Ramadhan - Mee Hailam

Juadah untuk berbuka petang ini aku cuma masak mee hailam. Lagipun nak habiskan stok mee. Memang senang dan cepat urusan kat dapur hari ni.. setengah jam sebelum berbuka baru masuk dapur untuk masak sebab mee hailam ni kena makan yang panas2...aku tak perlu nak berdiri lama...boleh la aku tengok rancangan anak2 tahfiz menghafaz Al Quran kat TV3. Bahagianya ibubapa yang memiliki anak2 yang masih kecil dah boleh menghafal ayat2 Al Quran.

Mee hailam ni aku masak biasa je...tumis bawang putih dan sedikit halia yang dicincang halus + cili kering diblend (jika suka pedas) + rencah seperti udang & daging serta ayam + sos cili + tiram + kicap sayur-sayuran + tomato + cili padi jika suka pedas + sedikit garam + gula.

Ni la rupa Mee Hailam
SeMug Teh O Limau

Wednesday, July 24, 2013

15 Ramadhan - Mee Sup

Alhamduillah syukur!!!  sudah 15 puasa... setakat hari ni aku masih diberi kekuatan untuk menjalani ibadat puasa dan rukun2 yang lain. Solat terawih masih mampu aku tunai meskipun badan ni terasa penat, tapi aku lawan dari hasutan kemalasan dan kepenatan tu....setahun hanya sebulan je aku dapat jumpa ramadhan.

Balik dari ofis petang tadi badan ni teramat letih...dah la pagi petang atas jalan menempuh jamm...sampai rumah nak berdiri untuk masak pun terasa kaki ni tegang je. Petang ni menu sampingan selain nasi aku masak mee sup atau aku panggil mee kuah, sup tu macam masak sup sayur cuma tambah mee je. Lagipun mee kuah ni boleh juga dimakan dengan nasi. Hari ni menu aku banyak senang dan cepat...boleh la rehat sekejap sebelum berbuka.  

Mee Sup @ Kuah

Tuesday, July 23, 2013

14 Ramadhan @ Udang Masak Tempoyak

Ya Allah cepatnya masa berlalu... besok dah setengah bulan berpuasa. Salah satu nikmat bulan mulia ni adalah masa yang dilalui setiap hari terasa terlalu singkat dan cepat. Bila dikira memang amat takut...umur aku dah jauh tinggalkan dunia ni...ya bila2 masa akan dijemput olehNya. Sudah cukupkan bekalan aku untuk mengadapNya...Ya Allah!!!

Udang Masak Tempoyak - Udang + tumis bawang merah dan cili + tempoyak + air + ketuk serai

Catatan menu aku berbuka petang tadi...petang ni agak kepeningan untuk memasak...aku dah hilang idea..selera nak makan pun tak tau apa. Tanya Mr Right jawapannya... masak apa je dia makan. Bila aku tanya kalau masak mee goreng?? dia jawab tak nak. Aku tau nasi juga pilihan utama... keputusannya aku masak menu kegemaran Mr Right udang masak tempoyak. Sayur bayam, ikan kembung goreng. 

Ikan Kembung Goreng!!!!
 
Untuk tambah selera aku sediakan budu + ikan bakar tawar + cincang mangga +lada + tempoyak + perah limau kasturi & cicah ulam timun dan kacang panjang. Jawabnya berbuka tadi habis la sepinggang nasi. Alhamduillah rezeki hari ni.


Ikan Kembung Bakar Tawar, Budu + Ulam

Monday, July 22, 2013

13 Ramadhan @ Tauhu Bakar

Petang ni masak tauhu bakar sebagai pencuci mulut...tauhu yang beli semalam ada lebih, kalau lama dalam peti ais tu mesti rosak. Aku tak ada pengalaman masak tauhu bakar ni...bila nak makan beli je kat kedai. Hari ni aku goggle cari resipi untuk sediakan tauhu bakar, sos dan sekufunya...ok la senang je. Cuma aku baca pendapat pakar memasak untuk buat tauhu bakar ni lagi sedap beli tauhu yang dah siap goreng kemudian kat rumah nanti cuma bakar untuk bagi garing . Untuk hari ni aku guna tauhu basah pun ok juga sebab bila guna pemanggang ajaib. Pertama kali aku cuba masak sos dan tauhu bakar....uuuhhh boleh tahan nampak gayanya tauhu bakar aku buat tu berjaya memikat selera... bila aku hidang semua habis dimakan.

Sunday, July 21, 2013

Tauhu Sumbat

Tauhu Sumbat - Timun + Karot + Taugeh


Tauhu sumbat ni aku buat untuk pencuci mulut, lepas solat terawih boleh la makan - ya la sekali sekala tu nak juga makan makanan lain selain dari nasi. Bila ada masa tu boleh la buat...tak ada alasan kalau hari minggu. Tauhu sumbat ni kalau ikutkan nak buat memang senang...goreng tauhu, sagat timun dan karot serta taugeh celur sekejap kemudian belah tauhu & sumbat semua sayuran tersebut...untuk sos tu aku masak letak bawang putih + cili merah + sos cili.

12 Ramadhan 1434 @ Nasi Kerabu Kuning

 
Juadah berbuka untuk petang tadi aku masak nasi kerabu kuning, kebiasaannya orang masak nasi kerabu warna biru...disebabkan aku tak ada bunga nasi kerabu dan pewarna biru jadi aku tukar jadikan kuning...tapi ramuan untuk diletak dalam nasi tu tetap sama.  Ramuan dalam dalam yang dimasak tu aku letak sedikit kunyit+2 helai daun pandan+daun limau purut yang dicarik...kalau suka boleh ketuk sebatang serai.

Hasilnya - nasi kerabu kuning lauk daging bakar
Ramuan untuk nasi kerabu ni yang paling penting sekali sambal tumis perlu disediakan terlebih dahulu, sebabnya untuk masak tumis tu ambil masa yang agak lama...kalau 1/2 kilo santan tu hampir 2 jam baru pecah minyak. Bila dah pecah minyak baru dimasukkan cili kering + bawang merah & putih + halia yang diblend dan masukkan serai yang diketuk. Untuk bagi rasa masam manis sambal tumis tu masukkan nesan@gula melaka, garam dan asam keping.
Ramuan kedua sambal kelapa goreng - bawang merah + putih + serai + halia ditumbuk + garam + gula kemudian digaul dengan kelapa yang ditumbuk sederhana hancur, seterusnya ambil isi ikan bakar @ ikan rebus dan bawang besar dan cili kecil yang dipotong... 

Ramuan untuk nasi kerabu - sambal kelapa goreng, ulam-ulaman, sambal tumis, budu & air lada

Ramuan Ketiga kerabu atau ulam-ulaman, jenis ulam ni bergantung kepada kesukaan masing-masing - aku cuma ada stok daun kesum + bunga kantan + kacang panjang + timun + taugeh. Kalau kat kampung boleh guna pucuk serai kayu, aroma daun serai kayu ni membangkitkan selera..seri kayu ni banyak khasiatnya terutamanya yang ada masalah dalam perut.  

Untuk rasa pedas boleh sediakan cili yang diblend dan dicampur cuka atau air limau nipis @ kasturi untuk bagi rasa masam pedas dan budu (sekiranya rajin boleh masak budu tersebut letak asam keping + gula melaka dan potong sedikit bawang).
Lauk untuk nasi kerabu - daging dan ayam bakar
Akhir sekali sediakan lauk untuk menambah selera makan nasi kerabu - aku cuma masak daging bakar dan ayam bakar (ayam dan daging untuk tambah kesedapannya diperap dengan serai+bawang putih+halia+kunyit+sedikit jintan+garam+madu). Keropok keping, telur masin dan ikan goreng tepung juga antara yang menyelerakan dimakan dengan nasi kerabu.


Saturday, July 20, 2013

Colek Keropok

Lepas solat terawih tadi rasa nak mengunyah sesuatu....eeemm keropok keping cicah sos pun jadi la. Kenangan masa kat kampung...bila bulan puasa je mesti macam-macam colek boleh makan. Colek perut, cokek buah, colek @ rojak ayam dan paling simple colek keropok. Biasanya colek ni makan selepas habis solat terawih. Rindunya suasana kat kampung suatu ketika dulu....kalau boleh undur nak aku ulangi situasi masa dulu. Ingat dulu arwah mek mesti buat kuah colek... masak nesan, letak sedikit cili, garam. Sedap bila cicah dengan buah nenas, jambu... balik dari solat terawih kami sekeluarga dok mengadap colek. Wuuaaaahhh rindunya situasi ni..tapi tak mungkin dapat diulangi lagi.

Juadah@Jus Epal+Asam Boi

Mengenangkan epal hijau aku tu dok tergolek2 dalam bakul dah hampir seminggu...rasa dah jemu nak makan. Ya la dari buah tu rosak lebih baik aku buat jus...sekurangnya boleh menghilangkan dahaga waktu berbuka. Aku blend epal + air suam + sedikit gula + ais ketul + serbuk asam boi @ ataupun masukkan asam boi yang biji dalam jus. Jus epal ni kalau minum kat kedai  mesti kena bayar lebih dari RM5 segelas. Kepada sesiapa yang kurang suka  makan buah elok la buat jus sekurangnya ada manafaatnya untuk kesihatan. Jus epal ni aku tak tapis...aku minum sekali dengan serdak epal tu sebagai ganti fibre.

11 Ramadhan @ Juadah



Bayam masak lemak
Hari ni agak kemalasan sikit, terasa penat pula ...sepatutnya hari sabtu tak ke ofis boleh simpan tenaga tapi aku sebaliknya. Banyak aktiviti kat rumah...selepas sahur aku terus buat kerja rumah, biasa la mendobi, mop etc...lepas tu berkejar ke kelas mengaji al quran. Bulan puasa aku kena keluar awal sejam untuk ke tempat mengaji untuk menempuh jammed. Bila ingatkan jammed aku malas nak pergi tapi masa ni la pahala belajat baca al quran tu kena cari. 

Daging Goreng Kunyit
Untuk berbuka petang ni aku masak lemak bayam dan goreng daging. Menunya cukup ringkas, untuk tambah selera aku goreng ikan perkasam.





Thursday, July 18, 2013

9 Ramadhan @ Juadah Ala Thai

Juadah berbuka puasa petang ni menu yang aku sediakan adalah masakan ala thai. Bila ala thai@siam sudah semestinya ada rasa pedas masam manis. Menu aku yang ringkas dan cepat dimasak... hari ni aku lewat sampai rumah, biasala jammmm..... Antaranya stim ikan siakap, kerabu mangga, sayur goreng dan telur dada. Lengkap la untuk kami berbuka petang ni ada rasa ala Thai tak perlu nak pergi makan kat kedai masakan Thai. 

Penyediaan ikan stim ni amat mudah potong/mayang segala bahan2 seperti serai, bawang putih/besar, halia, cili, tomato, daun sadri dan daun limau purut, kemudian satukan semua tu dalam bekas bersama ikan. Masukkan sos tiram, sos ikan, garam, perah jus limau kasturi/nipis dan masukan 2 biji asam boi (utk tambah rasa masa manis). Siap untuk dikukus @ stim dalam microwave 15 @ 20 minit. Hidang siap!!! - ikan stim ni sedap bila dimakan masa panas.

Siakap stim - kurang berseri tak ada hiasan/decoration janji makan sedap!!!
Kerabu Mangga yang menambah selera!!!

Popia Otak-Otak dari Johor....ni pun kena makan panas-panas baru terasa kerangupan!! Bila dicicah dengan sos cili lagi sedap.

Wednesday, July 17, 2013

8 Ramadhan@Juadah

Juadah berbuka petang ni bertemakan cengkerang @ seafood : ada ketam, kerang dan ikan - menunya masak lemak ketam, sayur kailan goreng, sambal kerang dan ikan kembung goreng. Banyak menu aku hari...sebabnya aku ada masa lebih untuk masak. Alhamduillah menu lemak ketam habis...tak ada yang membazir. 

Snap gambar ketam terbalik tak sempat nak hias elok2... waktu berbuka perlu dimuliakan
Sambal kerang...hanya aku seorang yang makan...aduhai semuanya minat ketam....
Kailan ikan masin ni ramai peminat...nampak simple macam ni tapi ada kick!!!

Monday, July 15, 2013

Ikan Singgang & Budu

Hari ni aku sampai rumah agak lewat, gara-gara ikut Duke ke Jalan Kuching jammed - sebelum ni aku cuba elak ikut Duke - kebetulan hari ni ada urusan kat luar aku tak nak pusing balik ikut jalan biasa aku lalu..kalau ikutkan jika aku patah balik dekat je.. tapi silap percaturan... maka aku makan angin kosong hampir setengah jam lewat dari biasa. 

Bila kat dapur masa pun tak banyak, untuk berbuka aku masak yang senang tapi boleh buat aku makan bertambah...masak singgang ikan tenggiri - kawannya adalah budu, ikan selar bakar & ulam. Lauk lain yang aku masak seperti sayur campur, ikan percik tak disentuh...dah cukup berlaukan ikan singgang, budu dan ulam. Bila dah selera tu tak sedar makan nasi bertambah, eemmm hari ni je makan bertambah ya - besok kena kurangkan nasi.

Sunday, July 14, 2013

Percik Ikan Kembung @ 4 Ramadhan

Menu berbuka puasa aku wajib ada nasi putih dan  semestinya ada lauk, ni lauk utama yang kami makan pada hari minggu, percik ikan dan daging masak kicap.  Daging masak ni permintaan adik aku, memang dah lama aku tak masak daging kicap ni, kekadang  tu selera orang lain boleh juga memberi idea kita untuk memasak. Kalau aku tanya Mr Right daging ni nak makan masak apa?? mesti dia suruh masak daging goreng....itu je kegemaran dia. Menu yang ke 2 pula percik ikan kembung, ni je size ikan kembung yang paling besar aku jumpa kat pasar... mana agaknya pergi ikan kembung size besar2...mesti dah diangkut oleh taukeh2 kedai makan, apa pun terima la rezeki ni untuk kami.  

Saturday, July 13, 2013

Juadah 4 Ramadhan

Hari ni aku banyak masa untuk bekerja kat dapur, antara menunya: kuih seri kaya telur @ sekaya telur.. sejak mula puasa aku terliur... cuma aku tak sempat nak masak bila hari kerja.... kalau nak beli kat bazar belum tentu kena dengan selera aku. Maka hari ni tertunai la hasrat aku, lagipun adik aku datang berbuka jadi ada la kuih. Resipi ni aku ingat masa kat kampung dulu tolong arwah ibu masak, boleh dikatakan setiap hari arwah ibu mesti masak serawa telur (telur saja tanpa lapis pulut kat bawah).

Resipi Sekaya telur aku masak size loyang sederhana guna 1/2 kilo beras pulut, santan sekotak kecil campur sedikit air bagi air & santan paras pulut dan letak sedikit garam. Kukus lebih kurang 25 minit (hingga pulut masak). Untuk lapis atas telur 6 biji (kalau ada telur itik boleh campur) sebab telur itik boleh jadikan kuih pejal. Gula melaka @ nesan masak dengan sedikit air letak daun pandan, bunga cengkih. Masukkan gula yang dicairkan tadi dalam telur & pukul - letak sedikit garam...kalau nak lagi sedap masukkan sedikit santan pekat kemudian letak atas pulut yang telah dimampat dan kukus anggaran 30 minit. InsyAllah masak dan kuih sekaya sedap.

4 Ramadhan @ Sabtu

4 hari ramadhan berlalu, alhamduillah aku masih diberi kekuatan untuk menjalani ibadat dibulan mulia ini.
Sabtu!!! Pagi ini aku boleh lena sekejap lepas solat subuh, kalau ikutkan  Mr Right dia ajak pergi pasar borong pagi2, tapi aku cakap tunggu pukul 7 pagi. Ya la hari tak kerja la aku nak ambil peluang tidur selepas sahur.
Kami ke pasar borong... beli keperluan untuk bulan puasa ni - agak lama aku tak ke pasar borong selayang ni. Rindu nak makan ikan, udang, ketam segar... biasala bila sampai sini semua nak dibeli... cuma agak terkilan harganya, semua pelanggan sedia maklum barang mentah memang naik harga sekarang...dah tak guna nak mengadu kat kerajaan @ pemimpin.
Aku terjebak memborong kat pasar basah : ikan tenggiri sekilo RM24 aku beli size kecil dah RM30, udang size  sederhana RM20 sekilo, ikan kembung size sederhana RM9.50 sekilo, sotong aku tak beli sebab mahal, ayam sekilo RM8 aku beli sekor dah RM17, ikan selar RM10 sekilo dan ikan siakap RM12.50 sekilo. Ketam bunga size sederhana RM18 sekilo. Aku juga beli kerang RM5 (2 kilo) - sebab adik aku cakap dia nak makan kerang rebus berbuka kat rumah aku. Sayur dan bahan mentah lain aku beli juga...harganya pun dah naik. Sabar je la!!!

Friday, July 12, 2013

3 Ramadhan

Tiga hari berlalu Ramadhan, setiap waktu aku rasakan berlalu dengan pantas, tak terkejar untuk aku mengira berapa pahala dapat aku kumpul. Hanya Allah swt yang maha mengetahui, sesungguhnya aku berusaha untuk mencari pahala.... dengan solat, puasa, solat sunat terawih, membaca al quran...berapa kebaikan aku perolehi???
Berbuka puasa petang tadi menu aku masak kurang meriah tetapi aku berselera makan... tak meriah sebabnya caturan masakan tu sewarna je... bayam masak air, ayam kicap dengan kacang panjang, ikan bilis goreng dan ikan selar goreng. Betul la cakap biar sakit mata memandang tapi dalamnya indah. Macam tu la diibaratkan menu berbuka aku petang tadi. Bayam adalah sayur kegemaran aku, kena pula dengan ikan perkasam dan sambal tempoyak memang bertambah la nasi...itula rezeki hari ini.

Thursday, July 11, 2013

2 Ramadhan

Syukur!!! selesai hari ke 2 berpuasa, kami berbuka dengan menu nasi dan hidangan lauk seperti biasa. Gulai daging berbuka semalam masih ada, aku cuma sediakan ikan goreng, sayur dan tumbuk cili buat sambal tempoyak untuk menambah selera berbuka tadi. Juadah berbuka ni bagi aku tak perlu banyak menu, sebab bila makan lauk yang bermacam jenis tak boleh menikmat keenakan lauk mana satu yang sedap. Lagi pun bulan puasa ni kita digalakan dari terlalu mengikut nafsu untuk makan...terutama sekali membazir.

Minuman special sikit untuk berbuka, Mr right beli kelapa muda - jadi aku blend buat coconut shake. Letak susu cair & sedikit susu pekat manis.. masa nak hidang tu campur air cream. Memang sah sedap bila buat sendiri sebabnya 100% pure air kelapa & kelapa digunakan...kalau beli @ minum kat kedai coconut shake tak ada rasa air kelapa. Disebabkan syok minum coconut shake aku lupa nak snap menu hari ni.

Wednesday, July 10, 2013

Juadah 1 Ramadhan

Hari ni sampai rumah awal dari biasa, aku keluar ofis awal sikit lagipun ni bulan puasa nak kejar masa atas jalanraya. Bulan puasa ni semua orang balik awal, jadi mesti bersesak atas jalan, kat bazar ramadhan pun sesak juga aku tengok. Tapi aku tidak menyinggah, masak kat rumah lagi senang. Kalau pergi bazar tu semuanya nak dibeli. Lagipun dari zaman bujang lagi aku ni bukannya pengunjung setia ke bazar, aku lebih utamakan masak sendiri biar pun ringkas.

Juadah aku petang ni biasa je, asasnya wajib makan nasi sebab sahur tak makan nasi. Pukul 5.30 ptg aku dah masuk dapur. Menu hari pertama puasa masa daging ala-kari, aku guna rempah gulai kawah memang sedap sebab tak muak bila makan, goreng sayur, ayam goreng kunyit dan solok lada. Mulanya aku tak plan nak masak solok lada tu...biasa la ambil masa sikit nak sediakan rencahnya, kena goreng kelapa, bakar ikan...bila dah siap bahan2 tu nak sumbat dan nak kukus lada tersebut. Mungkin mengenangkan selera nak makan tu aku kerjakan juga. Agaknya kalau aku beli semua juadah ni kat bazar ramadhan berapa kos perlu aku keluarkan, maklum la sekarang ni barang mentah semuanya mahal ditambah pula setengah peniaga tu ambil kesempatan untuk buat untung.

Tuesday, July 9, 2013

Ikan Selar Masak Lemak

Petang tadi aku masak untuk makan malam, kat ofis sekadar makan sandwich je. Maka malam ni kena makan yang berat memandangkan besok mula puasa Ramadhan. Persediaan untuk sahur tak perlu yang berat sebabnya kami cuma makan oat dan minum panas. 

Menu malam tadi makan - nasi berlauk ikan selar masak lemak kuning @ cili padi, sayur campur dan telur dadar. Memang menyelerakan sebab ikan selar yang segar bila masak lemak beraroma cili hijau mengingatkan aku nasi berlauk waktu pagi masa kat kampung. Makan malam tadi memang padat sebagai bekalan untuk berpuasa besok, agak lama kami diet nasi waktu malam. Tapi mulai hari ni hingga la seterusnya nasi akan jadi menu utama bila kami berbuka puasa.

Tuna Bread @ Subway

Besok dah mula sambut awal Ramadhan, pagi besok tak boleh nak breakfast kat ofis. Tapi disebabkan hujan pagi ni kelewatan sikit aku ambil sarapan, lagipun kat rumah tadi aku dah ambil satu scop oat BG22 sebagai pengalas perut. Tengok jam dah pukul 11 am maka aku fikir elok beli makanan yang berat jadikan breakfast & lunch. Hari ni kat Subway menu untuk hari selasa tuna ada cut price. Lagi pun aku suka subway ni rotinya banyak pilihan dah salad & sayurnya segar... sosnya pun banyak pilihan, memang puas bila nikmatinya. 

Pekerja Subway cakap Sempena bulan puasa nanti Subway ada menu set untuk berbuka harganya RM9.90 sandwich termasuk air dan cookies.  Ok selamat berpuasa semoga Ramadhan kali ni bermakna untuk kita semua. InsyAllah.