------------------------------------------------------------------------------------
Mee maggi cepat di masak..cepat dimakan. Gara-gara kehidupan seharian hari ni bercelaru...maka hidangan aku malam ni pun berjela macam maggi yang sudah masak. Lagipun maggi ni hanya untuk isi perut aku seorang je tiada siapa yang nak jadi peneman aku. Makan je la dengan pelbagai emosi. Setiap suapan tak ada nikmatnya...yang ada hanya kepayahan nak telan tersekat-sekat kat tekak. Macam orang putus cinta atau kucing kehilangan anak perasaan aku hari ni.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjxJMCQ4tE9RgJocWZASrLtjUwZM-NDPXuGkWSC1BC1XE3Iz1xG_U9j7QC2iLS0WvycEGwi_TRqG7N7XzpbM_5TpR6vnIR89R7RtrZMjSKE5k5IP7eYT9HEB2cu9jjtKVxyguMxmxs5unA6/s400/20130321_200717.jpg)
Aku streessss!!! gggrrrrrhhhh...uuuuhhh aaaahhhh!!!! Hari ni macam macam berlaku dengan diri aku yang kerdil ini. Dari soal kerja hingga la hal peribadi, dah tak terlarat untuk aku pikul semua ini. Kalau ikut perasan marah dan stress ini aku mahu letak jawatan dari kerja. Pergi jauh dari sini...tinggalkan semua yang menyerabutkan hidup aku. Doa aku agar dipermudahkan rezeki ditempat lain, lama aku kat sini bermakna banyak lagi bebanan kerja dan masalah datang menimpa aku. Adakan aku ditakdir untuk berada dalam golongan yang bernasib malang. Atau adakah rezeki aku hingga ke akhir hayat di sini?
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhfNR_7vHJBsbj-wF-TlPkcAqhTp1EdFhNBYxNMC4Lc8CVIB9ECzSikCOtBFA7Rg9ztqu1XXxVJ-08HFuyYfWrGq0ehcBJLuyzm_4AHfb5WQBY9wMrKmIsMbroVDFshCkS3VazXnfnXPQ8a/s400/20130321_200229.jpg)
No comments:
Post a Comment