Bila sebut outstation yang berkaitan dengan kerja...mesti ramai yang cakap seronok, best etc. Tapi bagi aku zaman kegembiraan 'outstation' ni dah tolak ke tepi...tambah pula kalau kena kerja kat dalam negara memang dah jemu. Kalau hantar luar negara ok la boleh dipertimbangkan...itu pun kalau tempat yang aku belum sampai. Bukan aku nak cakap besar cuma ada kalanya aku rasa dah tak ada sumber inspirasi bila pergi tempat yang dah biasa pergi.
![]() |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjE1SdSq9EctG5L2ua_73ER0G9yY0Gipn1rH_8j1nTWWe_d4x5Uag-OuGGeDhDXYakh3l7Hbc-lMoDTJiFAebYXCWH__d3dWpRUG0dJ3iqx0yqLJb5oGYeYS0Sfva6JkL-XgrpGFyF6aIR0/s400/2013-03-12%25252012.52.31.png)
Hari pertama aktiviti persiapan ofis baru; perabut, komputer etc dari KL-lori sampai jam 10 pagi-aku mula tugas setup semuanya-kerahan tenaga sebab masa cuma sehari je untuk siapkan bilik mesyuarat dan sebagainya. Sebabnya keesokan hari ada mesyuarat. Uuuhh memang teramat penat!!! Itu je yang mampu aku luahkan.
Letih, penat, stress sebagainya.. tak ada siapa yang simpati...begitu la nasib pejuang rezeki halal. Aku relakan semuanya bila aku diamanahkan.
Dalam kesibukan kerja sempat gak tunai aktiviti...insyallah yang satu aku tetap ingat kewajiban seorang umat muslim dan perkara sunat makan dan tidur. Hidup ini tidak boleh diperhambakan 'kerja'. Ruangkan juga untuk kebahagiaan lain.
No comments:
Post a Comment