Friday, March 15, 2013

KUIH TALAM

Pagi ini breakfast kuih talam. Ada 2 rasa/jenis iaitu talam ubi dan tepung. Memang sedap kuih ini aku beli untuk staff yang datang mesyuarat, tapi ramai yang tak hadir, aku sedekah je kat security dan budak cuci pejabat ni. Kalau ikutkan dia orang tu sentiasa aku hulu makanan bila melalui tempat aku. Eeemm tak ada rezeki kau orang semua ya.. hari ini aku beli kuih sedap jadi aku makan la sepuasnya. Alamatnya diet aku hari ni terkantoi makan manis dan berlemak. Paling aku suka talam ubi kaya, cukup lengkap bahannya. Memang orang yang masak kuih ni tidak kedekut untuk guna bahan yang asli. Kalau buat resipi yang sedap macam ni bisens mesti kekal lama, pelanggan tetap beli.

No comments: