Sunday, March 31, 2013
Kopitiam @ House
Saturday, March 30, 2013
Coliseum Cafe & Grill
Jam 7.45 pm kami check in di Coliseum Cafe & Grill untuk makan malam. Balik dari beli barang2 dapur Mr Right tiba2 je menghala ke sini....emm aku tak kisah makan je.. Mr Right tak pernah makan steak kat sini... aku dah beberapa kali makan dengan member kat sini dan pernah berbuka puasa kat sini masa bujang dulu. Kat sini memang famous sebab tempat ni dah lama bertapak.
Alhamduillah syukur rezeki malam ni..semoga Allah menambah lagi rezeki Mr Right sebab belanja makan yang special malam ini. Walhal kalau ikut setiap hari dia belanja makan. Menu dinner tadi aku pilih sizilling filet Australia... steak bersos black paper, Mr Right biasa la mesti dengan menu lamb steak dan sos black paper. Berasap masa waiter hidang steak untuk kami...ffuuuhh!!! Tempat ni masa kami menikmati makanan dah fullhouse, kalau malam minggu elok buat tempahan awal sebab ramai pengunjung. Kami tak order dessert sebab teramat kenyang dengan menu steak yang dah ada salad.Spagheti Berkuah Carbonara
Tengahari ni menu spagheti lagi sekali memandangkan selera untuk makan nasi agak kurang. Sos carbonara ni aku suka makan yang berkuah ... selera masing2, lagi pun kalau kurang kuah terasa tak melekat dengan spagheti. Kuah tu aku dah olah jadi macam kuah masak lemak dan berbagai sayur dan rencah seperti isi ayam, bebola daging, sousej bagi melengkapkan menu hidangan. Senangkan tak payah nak masak banyak jenis menu semuanya aku satu dalam satu masakan. Masa di dapur tak lama.Friday, March 29, 2013
Our Dinner
Menu ala western kat rumah malam ini... simple-sedap-cepat. Bila hidangan macam ni tak perlu nak sediakan banyak pinggang mangkuk. Dalam satu pinggang boleh letak berbagai jenis antaranya sandwich tuna, salad, sosej, bebola daging dan sos. Kat sini aku nak share bebola ini memang sedap, kawan di pejabat yang perkenalkan, katanya dia beli di Johor. Biasanya kalau beli di supermarket tak ada rasa daging dan ada bau hamis. Tapi brand ni memang enjoy kami makan. Wednesday, March 27, 2013
Dinner @ Solaris Dutamas
------------------------------------------------------------------------------------
Baru je balik dari makan, Mr Right belanja makan makanan Asia Timur... kalau ikut pada hidangan 100% ada di kedai mamak... lokasi & restoran ni memang exclusive tapi makanan kurang sedap... bagi aku masakan mamak lagi sedap. Lepas makan aku terus pangkah... kesian restoran tu dapat pelanggan macam aku. Ya la kami target tempat makan sedap dan selesa... tapi indah kabar dari rupa. Terpengaruh dengan promo di internet punye pasal... bila baca menu nampak menarik sebab nama dan bahan yang agak berlainan dengan kedai mamak. Bila sampai atas meja.... eemmm sabar je ni rezeki untuk malam ni. Bab yang paling menarik sedang kami menikmati dessert... pop!!!! terus blackout satu restoran. Katanya fius problem... maka canddle light dinner la kami tanpa dijangka. Nasib la pelanggan yang ada masa tu cuma 2 meja je lagi... satu meja tu baru je potong kek birthday rakan mereka. Dan kami berdua makan dessert dalam suasana romantik lagi. Eeemmm 10 minit tunggu dalam gelap... kami say goodbye.
Monday, March 25, 2013
Nasi Kerabu
Pagi ni aku makan nasi...dah beberapa hari aku diet nasi. Nasi kerabu lauk daging bakar. Bila selera nak makan makanan kelantan aku mesti datang kedai Nasi Kerabu kat Sri Rampai. Kat sini kalau pagi ada makanan kelate. Sekali sekala boleh la sebab aku kena ambil masa sikit kat sini laluannya tak sama dengan jalan ofis. Tapi makan punye pasal aku redah jua. Janji aku memenuhi selera pagi ini. Kalau nak cerita sedap atau tak...komen aku boleh diterima cuma tak 100% menepati rasa. Bismillah... jemput makan nasi kerabu!!!Sunday, March 24, 2013
Tembikai Susu Asam Boi
Hidangan aku malam ini sekadar buah tembikai susu. Buah ni kurang manis jadi untuk menarik selera aku cicah dengan asam boi. Bagi sesiapa yang biasa makan buah-buahan dengan asam boi ni mesti tau nikmatnya.
Jus Delima
Buah delima salah sejenis buah yang berkhasiat, kalau sesiapa rajin membaca buku2 merawat penyakit mesti terbaca kelebihan buah ini. Antara yang aku pernah baca ia dapat membantu peredaran darah dalam tubuh, memberi tenaga, membantu dari sel kanser, gout, radang sendi dan mencantikkan kulit... cuma sejauh mana keberkesanannya aku belum pasti...
Jus ni aku beli dengan ustaz tempat aku mengaji... kawan dia minta tolong pasarkan. Produk delima ni ada 2 jenis iaitu jus dan pati, dibawa dari Iran mungkin packaging dibuat di sini. Rasanya manis masam sebelum tu aku sejukkan dalam peti ais, bila minum yang dah sejuk rasanya ok juga. Harga untuk satu packet RM2.50 dan pati delima sebotok RM85. Aku terlupa untuk snap pic pati jus. Mungkin produk ni boleh dibeli kat outlet lain cuma aku ni jarang nak meninjau kat kedai-kedai untuk mencari produk-produk macam ni, sebabnya kalau menyinggah sudah pasti aku membuat pelaburan dan terlalu banyak sangat untuk dipilih.Merayap + Menyoping
Balik dari kelas mengaji Al Quran tengahari tadi aku melucur padu kereta ke arah sogo, kira ok la jalan hari ni tak banyak kereta tapi bila sampai kat parking di sogo penuh juga parkingnya. Cuma qeue sekejap je aku dapat parking, lama juga aku tak datang soping. Bila tengok member card sogo dah expire, aku perbaharui dapat diskaun separuh, dapat goddies beg satu. Matlamat aku datang nak beli minyak wangi, aku dah regular customer dapat la souvenier kecil2 dari salegirl. Kemudian merayau kat tingkat lain aku beli quit dapat free 2 beg jut untuk letak barang. Teringat nak reedem point member card...ok la dari terbuang @ expired baik aku tukar je. Point 3 lebih akan expired April ni. Point tu aku tukar dengan beg warna hitam, boleh juga guna ke ofis. Kesudahannya aku ke supermarket beli barang keperluan dapur. Ada barang2 tertentu murah jika dibandingkan dengan tempat lain. Uuuuhhhuu dah petang belum solat zohor lagi...aku cabut dulu kalau ikut nak merayau belum puas. Ikut pada jumlah bill yang aku soping aku dapat free parking. Allahamduillah hari banyak juga aku dapat benda free dan stress pun dah kurang sikit.
Spagheti Goreng
Ini makanan kejadiannya pagi tadi... tapi aku upload dah lewat petang, biasa la bila aku keluar merayau benda2 cam ni dah tak ada keutamaan.
Friday, March 22, 2013
Spagethi Angle Hair
Menu Dinner : Spagethi Angle Hair + Carbonara Cendawan. Uuuuhh bestnya dapat makan salah satu makanan kegemaran aku. Dah lama aku tak masak spagethi, mungkin sejak akhir2 ni masa terhad untuk aku merayau mencari resipi dan menu untuk hidangan. Petang balik dari ofis aku buat spot check dalam kabinet dapur sebabnya nak buat list persediaan besok untuk ke supermarket hari minggu nanti. Terpandang spagethi dan ada 1 tin carabonara...tiba2 terliur la pulak... eemm mood nak masak pun ok je...lagipun masak resipi ni senang je. Hilang sikit stress aku bila berada di ofis sendiri...he.he.he mana taknya aku la majikan, aku la kuli..keputusan urusan kerja dan sebagainya semuanya aku yang buat. Seronoknya kalau seharian dan selamanya hidup aku tiada tekanan. Dapat makan, tidur dan sebagainya tanpa gangguan emosi. Tunggu la suatu masa nanti...... apa pun kesudahannya aku makan spagethi carbonara dengan penuh penghayatan tanpa komen.Asam Laksa
`Makan jangan tak makan nanti perut masuk angin'. Pukul 3 lebih perut aku terasa lapar la pulak, pagi tadi makan roti je. Kalau ikutkan malas nak merayau ke kafe, bila fikir dari berlaku kejadian lain baik aku korbankan diri pergi mencari makan. Mana la tau dibuatnya kena gastrik lagi teruk menanggung sakitnya. Kat kafe tadi yang aku nampak ada nasi ayam dan makan bergoreng, semua tu tak menarik minat. Selain dari tu aku tengok menu ada asam laksa... eeemm ok la laksa boleh hilang rasa payau tekak ni bila dapat yang pedas. Laksanya pun boleh tahan sedap habis la aku menyuapnya, bagi aku kalau nak masak laksa kat rumah agak terhalang sikit sebab yang minat laksa cuma aku seorang je. Alang-alang nak makan baik aku beli yang dah siap masak. Keperluan Wanita
Produk ni memang dah lama berada di pasaran, malah aku dah pernah menggunakannya sebelum ini. Cuma kali ini disebabkan adik aku yang rekmen maka dapat la beli dengan banyak dan harganya pun murah. Bagi wanita apa saja barangan atau produk untuk kecantikan @ kesihatan mesti dan sanggup keluar duit untuk mencubanya. Aku tak nafikan diri aku sendiri pun turut tergolong dalam kategori yang sanggup berbelanja demi keperluan diri sendiri. Bagi aku tidak salah kalau ianya untuk kepuasan diri kita, ia la bekerja mencari rezeki mesti ada juga bahagian penjagaan diri dan peribadi. Lagipun dengan membeli sesuatu keperluan untuk peribadi dapat juga membantu menghilangkan stress. Thursday, March 21, 2013
Mee Maggi dan Citerku
Mee maggi cepat di masak..cepat dimakan. Gara-gara kehidupan seharian hari ni bercelaru...maka hidangan aku malam ni pun berjela macam maggi yang sudah masak. Lagipun maggi ni hanya untuk isi perut aku seorang je tiada siapa yang nak jadi peneman aku. Makan je la dengan pelbagai emosi. Setiap suapan tak ada nikmatnya...yang ada hanya kepayahan nak telan tersekat-sekat kat tekak. Macam orang putus cinta atau kucing kehilangan anak perasaan aku hari ni.
Jatuh air mata aku bila mengenangkan semua kesulitan hidup yang aku lalui. Bekerja berkhidmat sepenuh hati...tiada langsung penghargaan..orang lain dapat habuan tanpa tekanan dan bebanan.. tapi di mana habuan untuk aku?. Ya mungkin aku tidak bijak dalam berpolitik dan aku cuma bijak memperjuangkan hak untuk orang lain. Aku??? tidak mendapat percalonan dari sesiapa...mungkin skop kerja aku yang tidak siapa pun yang mahu menilai...mereka hanya ambil hasil kerja aku dan membuat hakciptaterpelihara!!! Tak pa Allah swt maha mengetahui dan DIA menentukan arah hidup aku, rezeki aku, hidup dan mati aku. Bahagia@gembira@susah@perit@@@@@aku bersyukur masih waras!!! Mari kita makan maggi untuk tenangkan perut yang berkeroncong.Bun sosej
Untuk makan tengahari hanya la sebiji bun sosej...sedap juga sebagai pengganti nasi. Bila badan terasa berat baru nak control makan, kalau tak aku suap je sampai kenyang. Sekarang dah nak mula menyesal bila jarum penimbang dah naik...sabar je la.!!! Diri sendiri yang kena tangung. Lagipun selera hari ni agak kurang mungkin kepala berserabut dengan pelbagai masalah...yang keluar masuk dalam fikiran aku ni. Sampai bila aku nak hadap dengan masalah majikan dan pekerja2 lain. Kenapa aku perlu cari aku untuk selesaikan masalah. Aku tidak mampu untuk selesai semua masalah kau orang dengan majikan. Aku hanya la pekerja biasa...aku cuba perjuang untuk kebajikan orang lain...tapi penyelesaian bukannya aku.!!! Lupakan semua tu...emosi sekejap.
Wednesday, March 20, 2013
Sakit Kepala@Stress@Panadol
Hari ni kurang sihat kepala aku dah rasa semacam je...berdenyut2 pada mulanya dari bahagian atas kepala hingga ke bshagian belakang. Pagi aku masuk ofis seperti biasa, satu jam lepas tu dapat panggilan ada meeting kat ofis satu lagi...bergegas aku ke sana. Habis meeting dah masuk waktu lunch, aku ke ofis asal untuk hantar doc etc.Sushi
EDISI tertunggak malam tadi tak sempat nak upload...Petang semalam aku ke supermarket beli keperluan ofis untuk meeting malam. Kalau ikutkan masa untuk aku merayap memang tak ada, kecuali urusan yang terpaksa. Nak minta tolong dengan staff lain semua dah outstation. Bergerak la aku seorang...dari ofis di hulu menghala ke hilir untuk persiapan bos2 nak meeting kul 8 malam.
Sambil tolak troli tu ternampak sushi dan ada diskaun...biasalah dah petang mesti jual murah nak habiskan stok. Eemm apa lagi capai la dah makanan kegemaran aku. Sampai ofis rupanya ada gak peminat sushi...share la dengan dia untuk dinner.
Tuesday, March 19, 2013
Sandwich & Buah

Tengahari ni aku cuma makan roti sandwich dan buah. Aarrrhhh diet ke??? Jawapannya ada juga terniat nak diet, tapi takut nak mengaku. Kalau ikutkan hati tiap-tiap hari aku nak diet, tapi nafsu makan tak boleh nak elak bila dah lapar...kena la makan. Cuma sekarang ni terkawal la sikit bab-bab makan ni. Buah tembikai susu ni beli kat cafe, sandwich tu aku bawa dari rumah, pagi tadi aku sediakan sandwich ni untuk Mr Right makanan petang nanti. Biasanya dia balik awal, nak tunggu makan malam boleh la dia alas perut dulu. Kerja aku ni tak menentu, tiba-tiba je ada yang kena urus...terbabas la waktu untuk balik kerja. Sandwich ni aku sediakan 2 jenis, tuna dan chicken ham + keju. Kalau makan roti tiap2 hari boleh kurus tak?
Monday, March 18, 2013
Popia + Teh Bunga
Jom minum!!! petang ni ada menu untuk aku minum petang, aku beli popia goreng cicah dengan sos. Minum teh bunga tukar selera, lagipun jemu gak asyik minum air panas. Lagipun terasa dahaga pula petang ni, mungkin cuaca kat luar panas kot. Terasa gusi aku dah bengkak sebab kurang minum air. Bila makan popia ni yang rangup ni lupa sekejap sakit gusi ni, kalau ikutkan tak elok makan yang keras ni bila bengkak gusi. Popia ni berinti karot, sengkuang dan taugeh, sizenya pun comel je. Mana tak tambah kalori sejak aku dok kerja kat sini, asyik jumpa makanan yang sedap je. Bila balik tempat kerja asal aku mesti teringat makanan yang aku makan kat sini. Jadi sementara berkhidmat kat sini aku enjoy je makan. Betul tak???
Sunday, March 17, 2013
Nasi Sup & ais krim
Hajat hati nak elak dari makan nasi, ya la nak diet konon. Tapi terbabas hari ni, lunch aku makan nasi juga. Eemm kalau dah anak Melayu asal dari kampung yang bertanam padi dan sah aku anak petani tak boleh nak kata tidak pada nasi. Aku batal je niat tanpa nasi!!! Sup daging + perut menambat hati aku. Kemudian dessert ais krim yang terperap kat dalam peti ais. Hari je aku berkesempatan untuk jenguk stok yang ada. Seminggu asyik makan kat luar je. Friday, March 15, 2013
KUIH TALAM
Wednesday, March 13, 2013
Jemput2 Ikan Bilis
Malam makan malam sekadar jemput ikan bilis je. Permintaan Tuan kat rumah.. aku ok je tugas yang paling senang untuk aku siapkan. Sepatutnya menu ni untuk minum petang tapi apa kisah kalau dah ada selera. Hello Boss
Tuesday, March 12, 2013
Citer 'Outstation'
![]() |
Arahan!! aku bagi alasan apa pun kalau tugas dan arahan datang dari bos atau yang mengaku bos.. tetap kena pergi juga. Maka dalam kesibukan kerja yang tak pernah selesai tu aku pergi la juga lantaran 'arahan & permintaan". Sebagai seorang pencari rezeki aku berjuang untuk mencarinya. Jadi dalam kemalasan, keserabutan dan kekalutan aku bergerak juga dengan kenderaan bos bagi pinjam pada 6.3.13 @ 8 pm; dari ofis-aku hantar kereta kat rumah - kawan sekerja pandu kereta bos bagi pinjam - kami berempat merentasi PLUS ke AS. Jam 11.30 aku check in di hotel bajet...gara2 nak dekat dengan ofis aku rela menginap di sini. Sewa di hotel Sabena RM65 p/night. Thursday, March 7, 2013
Pasembor Utara
Malam tadi pukul 11 malam sampai Alor Setar, aku menginap di bajet hotel..Hotel Sabena kat Jalan Stadium. Biliknya ok, lagipun bilik ni aku cuma ada masa untuk tidur je cukup la... 8 pagi - 9 malam aku kat ke tempat kerja. 
Pagi ni dari pukul 8 pagi non-stop urus administration ofis...terasa kepenatan bila balik hotel. Tapi sebelum balik kat tempat kerja ada yang belanja pasembor. Uuuhh memang sedap, ada ketam goreng, lepas tu kesegaran sengkuang serta timun tambah selera makan untuk aku habiskan sebungkus.
Sunday, March 3, 2013
Kenduri
![]() |
| Buah Tangan Tetamu |
Semalam dan hari ni ulang alik pergi Subang kenduri ada kahwin anak sepupu. Dua hari kenduri... sabtu akad nikah, berinai, solat hajat dan tahlil. Ahad kenduri dan acara sanding ada persembahan silat... aku yang jadi tetamu pun penat. Lagipun sekarang ni musim panas, tau je bila berada dalam suasana kenduri, dengan tetamu jemputan, kaum keluarga dll... haba yang panas buat aku rasa tak selesa...nak cabut balik awal!!! apa pula kata sedara mara.. emmm ya la semua nak fikir perasaan orang. Saturday, March 2, 2013
Kepala Ikan
Hari untuk aku fokus urusan di rumah, masak kari kepala ikan merah menu makan tengahari ni. Mungkin ada yang tak makan kepala ikan, sebab ada yang kata fikiran akan jadi lembab dan kurang bijak. Entah la sejauh mana teori ni benar. Aku makan je cuma boleh kira setahun tu berapa kali.
Hari ni sepatutnya aku ada makan free, kenduri anak sepupu akad nikah tapi Mr Right ada urusan jadi kami plan nak pergi petang ni atau besok je ke majlis sanding. Lagipun tak semua orang minat makan kat tempat kenduri... biasa la macam2 alasan. Selagi wujudnya manusia yang boleh bercakap... selama tu la ada je yang berbunyi dalam bentuk tidak puas hati dan teramat banyak yang negatif.Friday, March 1, 2013
Roti-Telur Hancur
Menu malam ini teramat ringkas, Mr Right cuma nak makan roti dengan telur goreng hancur. Plan aku masa otw dari ofis tadi nak masak nasi campur. Bagi aku teramat gembira bila tanya pasal makan dia yang bagi menu dan selera dia, ada masa aku pun tak ada idea nak buat hidangan. Jadi makan malam ini cukup padat bila ada telur, roti dan sayur bermayonies.













