Monday, December 30, 2013

Ikan Bakar Cicah Kicap

Bila dah cuti kerja sekadar lepak kat rumah je kena la fikir pasal menu nak masak dan makan. Untuk sarapan pagi tadi dah selesai goreng roti canai frozen. Pukul 1 ptg dah rasa lapar...ya la waktu untuk makan tengahari, masak yang senang je la bakar ikan...ada ikan kembung, selar dan sardin...hah kau ambik berjenis-jenis ikan aku bakar. Memang sedap makan hari ni, kena pulak sayur masak lemak putih dan goreng ikan bilis. Cuaca yang redup dan boleh mengantukkan ni amat kena la bila makan nasi lauk macam ni...lepas makan boleh tidur.

Sos Kicap untuk cicah ikan bakar tawar - potong bawang besar + cili padi + tomato + jus limau nipis
Ikan bakar tawar dan cicah sos kicap

Cuti!!

Minggu ni habiskan cuti tahunan, kali ni tak ada plan untuk bercuti-cuti, sekadar rehat dan pusing2 KL & Selangor je. Aktiviti kat rumah macam biasa la dan ambil peluang jenguk pokok2 bunga. Bosan juga kalau tak ada plan dan aktiviti bila tak kerja...agaknya macam mana situasi bila aku dah tak tamat perkhidmatan kerja nanti? Eeehh tak nak fikir lagi biar la keadaan dan DIA yang menentukannya. Buat masa ni aku terus je la dengan apa yang ada.

Saturday, December 28, 2013

Makan Malam

Cuti hari ni lepak kat rumah je...tak ada halauan sebab malam tadi dah pergi jalan2 dan shopping di Aeon Rawang. Musim cuti sekarang tak boleh kerap kunjung shopping Complex sebabnya asyik tersasar membeli belah gara2 semuanya ada jual murah. 

Petang ni untuk makan malam aku masak percik ikan dan sayur bayam, goreng ikan masin dan sambal tempoyak. Makan menu macam ni cukup selera...lupa pasal diet. 

Bayam masak air
2 ekor ikan kembung percik untuk santapan

Thursday, December 26, 2013

Oh Nasi Goreng

Sunyi je kat ofis semua orang cuti, jalanraya pun tenang je. Aku keluar rumah pukul 8.15 pagi boleh sampai ofis sebelum pukul 9 pagi. Itu la bezanya jalanraya bila musim cuti sekolah dan perayaan.  Pagi ni aku sediakan breakfast nasi goreng dan goreng kuih masalode frozen untuk yang ada kat rumah. Aku belum berkesempatan untuk bercuti, InsyAllah minggu depan aku giliran bercuti. Nasi goreng ni aku masak pun ala kadar je la janji bila makan tu cukup rasa. Untuk aku makan di ofis sudah cukup sedap sebabnya jika dibandingkan yang beli belum tentu ada rasa. 

Ikan Siakap Stim

Malam ni agak kemalasan nak masak biasa la kalau dah mengadap novel rasa malas nak tinggal bacaanya...tapi kena masak juga sebab ada yang nak makan nasi. Memasak ni ada kala penuh kerajinan ada masa tu malas teramat terutama sekali bila kurang selera nak makan. Untuk bagi selera makan aku stim ikan siakap lagipun kerjanya mudah potong segala bahan kemudian campur sos tiram, sos ikan dan perah limau nipis dah masuk microwave...tekan stim 15 minit siap. Hidang dan makan panas-panas.... menyelerakan sebabnya aroma serai, daun sup, halia dan daun limau purut.

Meriah ikan siakap tu bila dihias dengan warna warni.
Sayur campur sah la makan malam ni penuh kemeriahan sebab dihiasi dengan 'colourfull'

Wednesday, December 25, 2013

Pagi Hari Natal

Selamat Hari Natal @ merry christmas buat kawan-kawan yang menyambutnya. Seronoknya bila dapat cuti dalam pertengahan minggu ni..kenapa majikan tak buat cuti umum macam ni...dua hari kerja cuti dan sambung kerja 3 hari kerja dan seterusnya. Huhuhu alamatnya tak jalan la bisnes kalau ikut otak aku. Pagi ni cuaca cerah je...nyaman dan tenangnya rasanya bila bangun setelah semalaman aku tidur bila telan panadol gara-gara sakit kepala. 

Malam tadi tak da selera nak makan...pagi ni tiba datang selera nak makan sarapan yang manis. Kebetulan ada keledek dan durian yang frozen hasilnya masak pengat keledek campur durian. Buang tabiat agaknya pagi-pagi dah makan pengat dengan pulut. Apa aku kisah dah selera nak makan. 

Pengat ubi keledek + durian + pulut

Tuesday, December 24, 2013

Jom Sarapan

Awal pagi hujan renyai-renyai, eeemm bila hujan pagi mula la rasa lemah nak ke ofis. Tapi tanggungjawab tetap kena tunai...sekarang ni ramai yang cuti hinggakan kedai makan melayu kat area ofis tu pun tutup. Ya la masing-masing ambil kesempatan untuk habiskan cuti di penghujung tahun. 

Pagi ni aku ambil masa sikit goreng kueh teow untuk makan di ofis. Malas nak fikir untuk membeli apa bila sampai ofis nanti. Bila bawa bekal senang cerita makan je..dah la hujan pagi ni sure perut terima je bila lapar. Lagipun bila rezeki dah ada depan mata tak perlu ditolak, sebab yang lain belum pasti kita dapat...uuuhh sekali sekala kena la tazkirah dan muasabbah diri sendiri agar aku tidak leka dan alpa dengan anugerah yang diturukan olehNya.

Rezeki untuk sarapan pagi ini aku bagi nama - kueh teow goreng kejar masa.
Neslo minuman  yang paling senang untuk disediakan.

Sunday, December 22, 2013

Spagheti Bandung

Pelik bunyinya spagheti bandung... eemm apa kisah janji makanan halal. Memandangkan tak ada stok mee kuning untuk dimakan dengan kuah mee bandung maka penyelamatnya adalah spagheti. Ya la kalau setakat nak start kereta keluar sekadar untuk membeli sebungkus mee kuning memang betul buang masa dan tenaga... dah la petrol mahal sekarang. Kuah mee bandung ni guna yang pes@rencah readymade, aku cuma tumis bawang putih + masukkan air + pes + daging, telur & udang. Kalau nak harapkan aku buat pes ni sendiri alamaknya kena la tunggu suatu masa yang belum tentu lagi bila...sebabnya aku kurang minat makan mee bandung dan seumur hidup aku tak pernah masak makanan ni....kalau makan kat kedai tu ada la tapi boleh dikatakan cuma beberapa kali je. Tengok betapa kejamnya aku..hehehe...ya la sebab tak minat. Tapi hari ni aku cuba masak dan menikmati spagheti bandung dengan rencah OMAR Mee Bandung yang diberi oleh adik aku dari Johor...dia rekmen katanya sedap dan senang untuk dimasak. 

Wednesday, December 18, 2013

Hari Minggu Bersama Tetamu


Minggu lepas ada adik sekeluarga datang rumah, biasa la cuti sekolah bagi yang bertugas sebagai guru boleh la jalan-jalan bawa anak-anak. Tambah pula kalau pasangan pun kerjaya yang sama lagi menyenangkan, tak perlu nak fikir pasal masa cuti. Aku paling seronok kalau ada orang datang rumah...entah la satu kebahagiaan bagi aku melayan tetamu walaupun aku bukannya sepenuh masa ada kat rumah, sekurangnya bila balik kerja ada orang lain yang boleh aku bersembang. Tambah pula ada budak kecil lagi seronok dibuatnya. 

Bila hari aku bekerja tak sempat la nak meneman mereka berjalan, jadi hari minggu tu aku boleh  la aku ikut sama. Sekurangnya boleh juga aku tengok tempat-tempat yang ada kat KL ni, kalau nak ikutkan semuanya pernah pergi tapi ada setengah tempat tu ada juga perubahannya...macam kat I-City tu aku pergi 2 tahun lepas...pergi kali ni ada Red Carpet dan Snowalk.

I-City Shah Alam

 
I-City
Pusat Sains
Pusat Sains

Friday, December 6, 2013

Laksa

Habis kerja petang tadi aku jumpa kawan lama...rasanya dah setahun lebih aku tak jumpa dengannya. Kalau ikutkan kami ni tinggal kat KL je tapi masing-masing ada je hal. Seronok bila dapat jumpa kawan yang boleh dikatakan mempunyai pandangan dan pendapat yang sealiran...bila bersembang pun kita rasa selesa...kita bukannya bersembang masalah negara atau politik semasa...hanya sembang tentang kehidupan masing. Bila sembang dengan kawan tak sedar masa berlalu...2 jam berlalu pun tak sedar. Masa lepak tadi aku makan laksa, tapi rasa asam laksa tu tidak menepati selera aku...kurang masam. Apa pun bila dapat bersembang soal makan sedap atau tak tidak menjadi masalah...janji kami seronok dapat jumpa. 


Roti Bakar

Pagi ni badan lemah dan urat saraf rasa sakit-sakit je...mesti angin banyak dalam badan ni...aku dapat agak ni punca makan sayur bayam malam tadi. Bila badan kurang selesa mula la mood di ofis pun lemau je tambah pula cuaca mendung...KL pun dah di landa musim tengkujuh. Sebut pasal hujan ni kesian warga di Pantai Timur dilanda banjir teruk...tergerak juga hati aku nak jadi sukarelawan...tapi tak ada 'channel' untuk aku ke sana...aku sekadar mampu hulurkan sumbangan tabung je la...InsyAllah 

Roti bakar - untuk hilangkan rasa muak selang seli makan dengan salad dan tomato

Nasi + Bayam

Balik kerja petang semalam aku tiba2 je selera nak makan nasi yang panas lauk ikan pekasam @ ikan masin lepas tu masak air bayam. Sekarang ni musim hujan dan udara yang sejuk perut pun mula la nak diisi je. 

Nasi putih + bayam masak air letak tauhu dan udang kering dan yang paling menyelerakan ikan masin @ pekasam

Thursday, December 5, 2013

Lawak ke Der 3

Malam tadi kami ke Panggung Istana Budaya tengok pertunjukan Lawak ke Der 3. Hahahaha ketawa sampai berair mata. Rasanya dah lama aku tak ketawa macam ni. Syukur dan terima kasih kat Mr Right sebab sanggup teman aku tengok show ni.   Orang cakap ketawa adalah salah satu terapi untuk kesihatan kita, sebabnya toksin dan aura negatif akan keluar bila kita ketawa. Pendapat itu aku boleh terima sebabnya selepas kita ketawa fikiran, jiwa dan hati kita jadi lapang dan tenang. Mungkin setiap orang akan mengalami situasi yang berbeza. 

Persembahan lawak ni seronok juga tengok 'live'...sebelum ni aku cuma tengok rancangan lawak ni kat tv je. Persembahan Lawak ke Der 3 ni aku rekmen pergi tengok sebabnya kelakar la!!! Kalau tanya lawak 1, 2 dan 3 yang mana paling best aku tak tau sebab aku cuma berpeluang tengok yang ke 3 je. Bagi yang stress kerja dan sebagainya ini salah satu penawar atau terapi untuk diri kita. 

Tiket je aku snap...masa sampai kat Istana Budaya dah waktu masuk, habis show terus balik tak sempat nak jumpa artis...besok nak kerja la.
Ni la rupa artis@pelawak...gambar ni copy kat goggle

My Birthday!!!

04 Disember 2013 = 1 Safar 1435 tarikh ulangtahun kelahiran aku!!! tahun lain tau. Petang semalam telah berlalu acara potong kek harijadi...dah tua pun ada potong kek lagi ke? Ala untuk meraikan diri kita tak salahkan. Usia yang meningkat la perlu diberi perhatian sebabnya banyak perkara perlu dititiberatkan terutama sekali mencari 'kebahagiaan'... nanti ramai yang bertanya tentang usia..ha.ha ha.ha. Eemm tak ada la stress atau malu nak cakap pasal umur kalau ada yang tanya. 

Semalam di ofis aku agak sibuk dengan urusan kerja maka tak sempat nak sembang atau chatting...maka hari kelahiran aku berlalu seperti biasa je. Cuma petang ada appoitment dengan pihak hotel atas urusan kerja sempat la aku keluar lebihkurang 1 jam...mereka belanja makan. Many thanks u all!!.

Sampai rumah agak lewat dari biasa....melangkah masuk rumah...waaahhh ada kek atas meja ditemani lilin dan bunga ros. Semestinya untuk aku!!! Uuuhhh gembira la kan??? Terima kasih tak terhingga untuk Mr Right tersayang telah membahagiakan aku...semoga kasih sayang dan kebahagiaan berkekalan selamanya. Doa aku semoga hidup ini sentiasa dirahmati dan diberkati Allah swt. Amin.


Roses...lambang kasih sayang yang membawa kebahagiaan

Chease Blueberry Cake...kegemaran aku!!!

Tuesday, December 3, 2013

Makan Sayur Je!!!

Malam ni konsep menu... ala sayur @ vegie ada tauhu keping, nugget dan fishball. Sejak akhir ni nasi tak menjadi pilihan, maka terpaksa la makan makanan macam ni. Janji ada sayur dan buah cukup la untuk memenuhi dinner kami. Dalam menu malam ni aku masak tauhu keping letak dalam salad, barkoli, karot, tomato...eeemm ok juga bila campur macam-macam ni...masa makan tu rasa enjoy sebab ada berbagai jenis.

Meriahkan??? berwarna warni.

Monday, December 2, 2013

Breakfast Hainan

Pagi ni aku sarapan agak lewat, pagi belum masuk ofis dah dapat gangguan call dari bos. Terkejar la aku masuk ofis untuk uruskan apa yang patut. Nasib baik la masa terima call tu aku dah sampai area ofis, cuma menghala ke tempat parking je. Sibuk dengan urusan tu aku terlepas waktu sarapan...tengok jam dah hampir pukul 11 pagi, aku rasa lapar dan kena juga makan sebab pukul 12 nanti nak keluar lagi ada urusan ofis juga, dah la hujan sekarang ni...nak menghala ke tempat makan pun rasa malas... eemm aku singgah kedai yang paling senang...keluar lif je masuk kedai Hainan sebab sama blok dengan ofis aku tak perlu aku berjalan merentasi hujan. Makan je apa yang ada kat sini. 


Sunday, December 1, 2013

Nasi Briyani

Hari minggu di rumah berteman cuaca mendung dan sejuk hari ni...tiba-tiba je rasa nak makan nasi briyani, elok juga cuaca sejuk ni makan makanan berempah. Nasi briyani disediakan oleh Mr Right, dia ringan tangan untuk masak hari ni, aku jadi pembantu dan tugas aku masak pajeri nenas. Pajeri nenas aku masak yang berkuah dan letak udang segar untuk tambahan lauk selain dari ayam dalam nasi briyani. Menu nasi briyani ayam kami simple je hanya ditemani pajeri nenas bersama udang, tak ada aca aku cuma gantikan dengan daun salad. Alhamduillah rezeki hidangan tengahari ni.

Gambar tidak memuaskan...Ni la rupa nasi briyani ala kadar je lauknya tapi rasanya memang memuaskan.

Thursday, November 28, 2013

Bihun Sup

Hari ni masak sup...ala masak macam buat sup sayur je lepas makan dengan bihun, dah jemu makan roti. Bahan yang ada dalam peti ais pun tak seberapa, kalau ikutkan tak lengkap bahan untuk aku sediakan bihun sup. Tapi bagi aku tak jadi masalah janji ada satu dua jenis sayur dan daun sup, rencahnya bebola ayam, daging dan ayam, bila dah masak tu tabur la bawang goreng...kalau nak pedas letak je cili jeruk.

Ni la hasilnya sup sayur dengan bihun.

LA Coffee

Pagi ni aku sampai ofis awal dari biasa, semalam aku lewat 1 jam lebih gara-gara kesesakan jalan yang tak tau apa puncanya. Bila sampai awal boleh la santai sekejap sambil minum coffee, pagi ni aku termenung gak...apa nak minum pagi ni asyik minum nescafe dan teh setiap pagi... eeemm kesudahannya coffee juga jadi pilihan...kopiko coffee 3 in 1 bersama sandwich. Bila sampai awal ofis ni seronok juga dapat la belek newspaper. 

Bekalan untuk hari ni!!!
Jom minum Kopiko!!!

Makanan Cacamarba??

Beberapa hari ni aku tak masak nasi untuk makan malam atas permintaan Mr Right, dia nak kurangkan pengambilan nasi. Maka aku pun kena la ikut...bab ni menang seronok la sebab aku tak perlu nak menumbuk menumis untuk sediakan nasi campur. Tetapi kena juga fikir menu lain, petang semalam makan roti cicah kari dan hari ni aku buat sandwich telur campur tuna dan ditambah dengan nugget dan kentang ditemani buah-buahan juga teh O. Makanan caca marba ni bagi aku lagi banyak mengundang kandungan kalori dalam badan....eeemm tak pa minggu ni je kot makan macam ni.


Hidangan makan malam - kategori makanan carcamarba.. nugget + kentang goreng + sandwich telur tuna dan buah buahan (tak ada gambar buah) 

Wednesday, November 27, 2013

Buah Tangan

Sekarang ni hujung bulan november dah menghampiri penghujung tahun, bila bermulanya cuti sekolah maka masing-masing ada plan dan aktiviti : ada kenduri kahwin, majlis khatan anak dan ada juga keluar bercuti @ makan angin. Aku belum ada plan lagi untuk bercuti, sekarang cuma pasang angan-angan untuk bercuti awal tahun nanti... kebiasaan kami mengelak dari ambil cuti bila peak time atau masa cuti sekolah. Walaupun tak pergi bercuti aku dapat juga buah tangan dari kawan yang pergi bercuti dan kenduri. 


Monday, November 25, 2013

Nasi Kandar

Malam ni makan nasi kandar tapi bukannya nasi kandar kedai mamak...ni nasi kandar homemade, sebut nasi kandar dah semestinya terbayang ada kuah kari yang melimpah atas nasi. Biasanya kalau makan kat kedai mamak banyak jenis kuah yang diletak...kekadang tu aku tak dapat rasa kuah apa yang masuk dalam mulut. Petang tadi aku masak kari daging dan campur sedikit daging yang bertulang, goreng ikan dan kobis goreng. Itu je menu makan malam kami malam ini cukup menyelerakan walaupun simple....tak perlu aku nak keluar makan kat kedai mamak bila teringin nak makan nasi kandar tambah pula mood nak makan kat luar sekarang ni agak kurang menyelerakan. Sekarang ni ramai rakan-rakan aku yang dah buat perkiraan bila makan kat luar terutamanya dari segi kebersihan dan harga. Bagi aku kita boleh makan kat luar tapi kena la tengok keadaan kedai tersebut dari segi kebersihannya.

Nasi Kandar  homemade : nasi putih + kari daging + kobis goreng

Sunday, November 24, 2013

Roti Telur

Sarapan pagi tadi goreng roti celup telur...eeehh cukup ke??. jawapanya mengenyangkan tau!!!! sebab kandungan karbohidrat dan protein tu dah kira berat kalorinya. Lagipun perut aku kalau makan roti boleh tahan sampai ke petang jiga dibandingkan dengan nasi lemak. Hari ni mood malas nak keluar rumah...kenapa akhir-akhir ni perasaan aku agak 'down' lemah dan malas je lakukan sesuatu terutamanya untuk ke ofis... adakah aku kena ambil cuti rehat keluar 'makan angin'??? Aduhaiii teringin sangat nak bercuti!!! Tapi saat ini situasi di ofis agak terhalang. Sabar ya sebulan lagi dah nak berhijrah ke tahun baru...semoga ada sesuatu yang mengembirakan dan mood malas akan beransur pergi.

Roti goreng telur yang agak comot...biasa la masak pun kena tengok pada mood kita.

Friday, November 22, 2013

Mee Kuah

Alhamduillah rezeki makan malam ni, sekadar masak mee kuah atau sup dan bersama sedikit rencah dan sayur. Seharian di ofis aku cuma breakfast roti bakar tak ada lunch dan tea break. Maka agak tak sabar untuk makan bila sampai rumah petang tadi. Biasa la kalau nak makan cepat aku harus la masak yang ringkas dan cepat tapi menenuhi selera dan mengenyangkan. Ala hai memasak ni tak perlu nak stress kalau tak cukup bahan-bahanya, kita boleh olah atau cipta sendiri lagipun untuk masuk mulut kita tak perlu nak cerita banyak janji cukup rasa. Mungkin ada sesetengah orang tu kalau tak lengkap satu atau dua bahan untuk masak sejenis masakan tu dia dah tak boleh masak...sebenarnya memasak ni kita kena ada kreativiti sendiri jangan terlalu ikut 'buku'.

Mee kuah @ sup - tumis bayang putih dan halia + daging + fish ball + air + sayuran + garam gula + sos tiram + daun sup + cili potong jika suka pedas. 

mee kuah yang simple tapi sedap!!!

Thursday, November 21, 2013

Ketupat Palas

Malam ni kami makan ketupat daun palas dengan rendang ayam, makanan ni biasanya jumpa masa raya je... tapi sekarang ni tak kira musim semua makanan ada dijual. Aku tak pasti member yang bagi ni dia beli kat mana. Biasa la bila dah lama tak jumpa mula la sembang macam tak ada masa lain lagi nak jumpa hingga aku terlupa nak tanya pasal ketupat yang dia bawa. Aku habis 3 ketul ketupat tu... rasa teramat kenyang lagipun pulut cepat muak tambah pulak makan dengan seketul rendang ayam. Eeemm mungkin ada yang tanya tak sakit badan ke makan pulut? sebab ada setengah orang akan bisa-bisa atau lenguh badan...ada yang cakap pulut ni akan jadikan 'angin' dalam badan, bab macam ni buat tak kisah je sebabnya pulut makanan kegemaran aku sejak kecil.

Bagi yang tak biasa makan atau masak pulut ni sebenarnya bahannya biasa je. Beras pulut + santan + sedikit garam dan kalau nak yang manis letak gula dan sejenis kacang untuk ketupat yang direbus terlebih dahulu.
Ketupat daun palas

Wednesday, November 20, 2013

Tom Yam Santan

Tengahari tadi tiba-tiba selera nak makan yang pedas masam...eeemm kedai area ofis ni ada tomyam tapi masakannya tak menepati citarasa aku. Habis je kerja aku terus 'clock out' bersemangat nak balik masak tom yam ayam yang bersantan, pedas dan masam. Menu makan malam ringkas je nasi putih, tomyam ditemani telur dadar. Prrrggg memang tercapai la hasrat aku dapat hirup kuah tomyam. Nasihat aku bila selera nak makan sesuatu lauk kita tak perlu masak berbagai jenis sebabnya makanan yang kita target tu tak dapat dinikmati dengan sempurna. 

Memang puas menghirup kuah tomyam santan, tak perlu banyak sayur sebab target utama nak rasa kuahnya yang ada lemak manis, masin, pedas dan masam disertai aroma serai dan daun limau purut.

Monday, November 18, 2013

Habbatus Sauda @ Black Cumin

Bila sebut habbatus sauda ada jintan hitam mungkin ramai yang sudah mengetahui tentang khasiatnya. Ada diriwayatkan... "sesungguhnya Al habbatus sauda boleh menyembuhkan segala penyakit kecuali maut". Kepada yang nak tau selanjutnya boleh la goggle ya!!!

Ada kawan kerja kat Iraq dia yang bagi biji dan minyak habbatus sauda ni. Untuk makan biji ni ada berbagai cara... boleh makan atau kunyah biji tersebut, ada juga tumbuk dan dikacau dalam air, boleh juga direndam dalam minuman. Biji habbatus sauda ni memang kecil macam saiz biji selasih rasanya ada pahit sikit.

Maruku yang meriah

Deepavali dah lepas...tapi kami baru dapat stok maruku. Rezeki orang bagi...satu balang maruku yang meriah sekali campurannya ada berbagai jenis kekacang, entah berapa lama boleh habis ni. Dah la sekarang ni aku tak boleh makan makanan yang panas atau berempah.

Sunday, November 17, 2013

Enjoy Breakfast

Assalamulaikum dan good morning everybody, jom breakfast dengan hati yang bahagia, mata yang segar, fikiran tenang dan enjoy dengan hidangan, bak kata pepatah mulakan pagi dengan senyuman dan kebahagiaan, InsyAllah seharian kita mendapat rahmat dan kejayaan. Ya la hari ni ahad semua orang akan senyum sebab tak stress untuk wake up early dan kejar ke ofis dan urusan lain lagipun cuti sekolah dah bermula.  Sekurangnya sehari atau dua dapat kita mulakan pagi dengan senyuman dan ketenangan serta dapat enjoy breakfat bersama keluarga tersayang di hari minggu. Untuk sarapan pagi ni aku call 'enjoy breakfast' sebab sediakan makanan yang simple tapi sambil santai kami menikmatinya. Waktu makan ni kita kena santai dan releks baru kita dapat rasa nikmat makanan tersebut dan semestinya perut kita pun selesa menerimanya. Jadi jangan sia-siakan pagi minggu kita walau sekali seminggu pun sudah memadai untuk terapi kesihatan dalam kehidupan kita. 

Hidangan breakfast kami yang ringkas tapi penuh kebahagian!!! Sosej bersalut telur dan kentang goreng serta aroma coffee menyegarkan.

Saturday, November 16, 2013

Hujan + Keropok Lekor

Sekarang ni musim hujan...boleh dikatakan setiap hari mesti hujan..hari ni hujan pukul 3 ptg...eemm cuci baju pun ada yang tak kering. Bila hujan waktu macam ni nak keluar rumah pun tak nak, lepak kat rumah lagi best... cuma tak seronoknya perut ni asyik nak makan je bila cuaca sejuk. Apa lagi tak leh nak tahan bila lapar...aku goreng keropok lekor cicah sos!!! Uuuhh best tau bila hujan cam ni makan makanan bergoreng .. utk tambah kolesterol!!! 

Nasi Himpit

Sarapan hari ni nasi himpit beraneka irama... terjadinya sebab ada macam-macam rasa, ada kuah kacang, kuah lodeh/lontong dan rendang ayam....uuuhhhh heaven...macam pagi raya la pulak. Bila dah sihat tu mula la selera makan tak terkira. Rendang ayam tu aku masak untuk dinner malam tadi....maka ada la yang cakap kalau makan dengan nasi himpit sedap juga. Ok la aku senang hati bila orang bagi cadangan untuk makan. Lagipun hari ni weekend ada masa untuk masak waktu pagi. 

Nasi Himpit + Kuah Lontong + Rendang Ayam dan Kuah Kacang

Thursday, November 14, 2013

Sushi Q

Petang semalam kami dating kat Sushi Q di Publika Solaris, kebetulan sebelum tu aku ada appoitment kat luar jadi aku tak perlu masuk ofis...direct je clock out.
Masa kami ke sini pelanggan tak ramai sebab waktu kerja...eeemm ok la order pun cepat sampai..lagipun kami bukannya nak pilih menu sebab dah beli melalui Groupon...kalau bab macam ni kerja Mr Right la...aku tak minat shopping cam tu. Tengok pada salinan groupon tu ada 2 set sushi + air mineral dan sup....tertanya juga apa kena dia beli sushi sedangkan dia tak suka makan...uuhhuu dia tau aku suka kot!!! Eeemm aku apa lagi memang makanan aku suka jamah je la bila ada atas meja...aku tengok Mr Right hirup sup dan ambil satu sushi...dalam hati ooohh dia dah boleh makan sushi gamaknya sebab masa kat NZ hari tu dia ada cakap kawan dia Japanese belanja makan makanan jepun etc sushi... girang ls hati aku...lepas ni boleh la aku angkut dia ke sushi king. Eeemm habis je 2 ketul dia dah sandar kat kerusi....ha.ha.ha confirm dia tak boleh telan dah!!!. kesudahannya aku la yang berkhidmat menghabiskannya tanpa curiga. Nampaknya balik nanti aku kena la sediakan makan malam untuk Mr Right, hidangan nasi kat rumah tetap jadi pilihannya.

Wednesday, November 13, 2013

Have a break, have a Kit Kat

Bila tengok coklat aku tak boleh nak kawal keinginan untuk menjamahnya. Kat rumah sekarang ni ada tiga empat jenis coklat,  Mr Right beli di Langkawi...eeemm sejak malam tadi aku control ayu agar tidak terjerumus untuk makan coklat tersebut...ya la Daim, Forrero Rocher, Kit Kat dan Cadbury dok menayang diri je!!! sapa yang tengok mesti tergoda!!! Pagi ni aku sambar je 2 mini Kitkat...untuk kurangkan rasa mengantuk ni aku makan satu bar.... aku dah rasa semacam je kat gusi...coklat ni sebenarnya boleh jadikan suhu badan aku jadi panas... haaaiii dah tau boleh membawa masalah kenapa kau makan juga cik ya ooiii...sekarang kau tanggung la sakit. Terganggu la sikit emosi aku kat ofis ni, sabar ya... walaupun sakit aku sanggup hadapinya demi Kitkat yang enak..CHUNKY.

Cincau + Soya

Pagi ni badan aku rasa panas....aarrrhh yang ni aku tak suka, takut nanti melarat kat gusi dan gigi...sebelum melarat aku cuba ambil cincau dicampur dengan air soya. Jadi pagi ni aku sarapan minum soya cincau no more teh tarik, no coffee...eeemm kena pantang sekejap minuman kegemaran aku. Sepanjang memandu ke ofis aku dok fikir apa yang aku makan malam tadi...malam tadi aku makan nasi dengan bayam masak lemak dan ikan goreng...lauk ayam kicap aku tak ambil.....mungkin sayur bayam tu ada lada hitam sebab tu badan aku jadi panas. Entah kalau ikutkan lada hitam tu sikit je aku letak... apa pun biar la tak boleh nak salahkan makanan dan sebagainya...hakikatnya Allah swt nak menguji aku sabar dengan dugaan ini.

Soya + Cincau harapnya dapat sejukan badan
Buah rambutan segar!!! tapi sayang aku tak boleh makan sebab suhu badan panas sekarang