Wednesday, January 31, 2018

Spagheti Carbonara

Selamat berehat sempena cuti hari Thaipusam.
Hari aktiviti di rumah saja...biasa la ada je yang nak dikerjakan...dah menjadi ruti tak perlu nak cerita ya...setiap suri mesti dah faham tugasan.

Tengahari ini selera saya tidak ke arah nasi...  teringin nak makan spagheti carbonara. Tapi yang lain saya kena masak nasi juga..sebabnya pasta tak ada yang berminat. Tidak menjadi bebanan dan paksaan sebabnya selera masing...


Ini hidangan lunch saya hari ini...masak sendiri dan ikut je naluri selera nak  letak apa..saya ambil sayur karot dan sawi...letak sedikit chicken ball...sos carbonara prego dan saya letak sedikit chease untuk tambah kepekatan dan rasa lemak chease.

Kalau dah teringin nak makan..jemput semua!!!

Monday, January 29, 2018

Musli

Malam ini tak masak!!! Mr Right outstation...saya apa lagi ambil kesempatan rehatkan diri. Tetapi bila selesai solat maghrib terasa ada yang meminta...cari je apa yang senang untuk disediakan sebagai hidangan. Ada musli dan saya campur dengan buah kering seperti kismis dan coco crunch kemudian letak susu segar. Dah siap makan malam saya untuk malam ini.


Cukup la pengalas perut untuk malam ini...ada yang tanya saya diet ke makan ini je..bukan diet tapi malas...orang makan ini waktu sarapan tapi saya jadikan hidangan dinner.


Saya makan muesli jenis ni sebab tak banyak kandungan bahan2 yang manis



Sunday, January 28, 2018

Tauhu Sumbat

Beberapa hari ini duty di dapur agak meleset, sebabnya selera untuk makan nasi agak kurang. Bila tanya penghuni rumah ni biasa la jawapannya...masak je la apa yang ada. Tapi kali ni saya hanya nak kongsi tauhu sumbat..nak tau kenapa? Tauhu ni sebenarnya tauhu lembut..bukannya tau yang keras tu. Asalnya dibeli nak masak stim tetapi bila dah ada lebih...kena fikirkan sesuatu supaya tidak membazir. 

Kejadiannya adalah tauhu sumbat...saya goreng sekejap tauhu tersebut, kemudian angkat dan tauhu tersebut dicelup dalam telur dan digoreng lagi...goreng minyak sedikit...seperti goreng roti celup telur. Hasilnya tauhu tersebut agak keras bila bersalut telur...maka belah atau potong tauhu untuk disumbat bahan2 sayur seperti timun, karot dan sengkuang. 

Ini hidangan untuk orang yang minat tauhu sumbat...saya kalau sepotong dah cukup...sebabnya ia tidak termasuk dalam senarai makanan kegemaran.

Saturday, January 20, 2018

Sup Tauhu

Petang ini selera nak makan sup...setelah beberapa hari diserang sakit kepala. Saya nak makan sup yang paling ringkas...lagipun saya je yang teringin nak makan sup. Masak sup ni memang senang dan cepat...jangan cakap susah nak masak ya, bila tengok rupa sup ni pun mesti ada yang ketawa...

Ada ke yang tanya apa nama resipi ni? Uuhhhu ni namanya sup untuk orang sakit kepala...selera pun dah bertabur..maka bila masak sup ni saya letak je apa yang ada...ada chicken ball, tauhu, karot, udang dan sedikit mee kuning dan kueh teow. Nampak macam sedap. .tapi bila makan sedap tau!!

Thursday, January 11, 2018

Pucuk Ubi Masak Lemak

Menu ni dah masak dah beberapa hari lepas...kesempatan masa untuk update kat sini. Tak pa la saja untuk kongsi lewat pun tak menjadi masalah atau bebanan. Pucuk ubi masak lemak cili padi dan dicampur dengan udang segar...uuummm cukup menyelerakan makan kami makan. Sekali sekala dapat lauk kampung memang terasa nikmatnya. Pucuk ubi ni segar sebab kawan bagi yang baru dipetik...lagipun daunnya pun masih muda dan lembu...kalau beli di pasar daun dah tua...

Resipi nak masak pucuk ubi ni pasti semua tau...pucuk ubi di rebus sekejap dan dibuang air..kalau rajin ramas daun ubi tu buang airnya. Tumbuk bawang merah, cilipadi, sedikit ikan bilis...masak bersama santan dan ketuk sebatang serai...bila sudah mendidih masukkan pucuk ubi dan udang...rasakan dengan gula garam. Masak lemak pucuk ubi kena pastikan santan/kuah pekat.