Pertama kali masak sayur munggai ataupun ada juga yg panggil buah kelo. Pernah tengok orang masak...tapi makan tak pernah. Maka faham2 saja la masalah yang bakal saya hadapi bila Mr Right bawa balik munggai ni...sepatah je dia cakap sayur ni pun dah mahal sekarang. Alamak mesti kena masak la ni...maka saya memerlukan khidmat dia untuk masak, saya tanya sayur ni macamana nak bersihkan...kena kikis kulit atau buang kulit yang keras...saya biasa tengok yang sudah siap masak, proses membersih munggai ni tak tahu.. hahaha ada orang bermurah tenaga tolong potong sayur, eerrm dia belah munggai, saya tanya betul ke buat macam tu sebab saya tengok orang masak tak belah, katanya belah senang nak makan...ikut je la ya, tugas saya masak kari dan makan. Rupanya munggai ni ambil masa juga untuk empuk atau lembut...saya ingat macam bendi cepat lembut...
Wednesday, November 29, 2017
Sunday, November 19, 2017
Pajeri Nenas
Petang ini masak pajeri nenas campur sotong...pertama kali saya masak pajeri nenas ni dgn sotong segar...sebelum ini campur udang. Memandangkan udang tak ada...sotong jadi mangsa lauk kami malam ini. Sedap tau!!! kena pula dengan ikan goreng dan ulam. Rasa nak bertambah makan nasi malam ini.
Sesiapa yang minat sotong mesti selera makan sebab sotong yang kami beli kali ini bertelur. |
Nasi Goreng & Cekodok Pisang
Pilih nak sarapan apa...ada nasi goreng dan cekodok pisang. Saya kurang selera nak makan cekodok pisang...jadi saya pilih nasi goreng. Cekodok pisang tu ada yang suruh masak...mungkin dah lama saya tak masak sebab tu teringin nak makan.
Thursday, November 16, 2017
Chicken Roast
Sekali sekala elak makan nasi...ya la dah tak tau nak makan lauk apa dengan nasi. Maka saya masak ayam panggang...kita makan lauk saja!! Tapi sampingan tu banyak juga ada kentang dan salad. Penyediaan menu ni tidak mengambil masa yang lama di dapur...dan kena makan yang masih panas.
Kalau dah penuh pinggan macam ni mesti kekenyangan la! |
Ini hidangan kami malam ini. |
Sunday, November 12, 2017
Nasi Kerabu di hari minggu
Pagi minggu agak kerajinan sebab tiba2 selera nak sarapan yang berat. Kalau ikutkan masa di bercuti di kampung setiap hari sarapan nasi kerabu. Balik KL dan seminggu ulang balik menu ini. Tak apa yang nak cerita tentang menu ini...kita makan je ya!!
Friday, November 10, 2017
Ikan Bawal Emas Bakar
Menu untuk makan malam kami malam ini, nasi putih, ikan bawal emas bakar dan air asam, sup sayur campur dan telur masin. Musim hujan sekarang ini seler makan memang tak boleh nak elak...balik dari kerja walaupun kepenatan...paksa diri memasak sebabnya kelaparan bila meredah hujan dan mengadap kesesakan jalan setiap pagi dan petang.
Kita kongsi ikan bawal emas bakar...memang teramat la sedap...sebab ikannya segar. Kali in saya masak rencah untuk ikan bakar. Bahan2 utk rencahnya saya blend cili kering, bawang merah, bawang putih, halia dan serai..kalau nak pedas campur sedikit cili padi...kemudian tumis bahan2 tersebut sehingga masak...agak2 pekat dan rasakan dengan garam gula. Rencah yang dimasak tadi lumurkan pada ikan dan saya letak sedikit daun limau purut sebab daun kunyit tak boleh ambil hujan...kalau ada masa boleh perap...kemudian bakar hingga masak...hidang dengan air asam...uuhhuu memang menyelerakan!!!
Kali ni saya guna alminium foi sebab tak ada daun kunyit..ikan bakar ni makan panas2 ya!! |
Thursday, November 9, 2017
Apam Kampung
Malam tadi selepas makan malam... dengan semangat berbakul2 menyediakan adunan apam kampung sebabnya nak guna toy baru saya beli. Saya order pengukus Noxxa, ya la adik beradik saya heboh dengan produk Noxxa..ada yg beli periuk dan bread maker...saya tergerak hati nak beli pengukus ni harganya RM418.00 shj termasuk pos. Biasala bila dapat barang baru kita kena rajinkan diri terus menggunakannya...mana la tau kot rosak sebelum digunakan.
Maka percubaan pertama mengukus saya masak apam kampung...resipi ni saya pernah masak sebelum ini...lagipun bahan2nya tak banyak digunakan.
Isian setiap paper cup tu saya cuma letak sedikit saja supaya bila apam tu naik & kembang tidak penuh dan senang saya nak letak kelapa...jemput makan.. memang sedap. |
Subscribe to:
Posts (Atom)