Monday, May 9, 2016

Sandwich!!

Sarapan kami pagi ini saya sediakan sandwich tuna campur telur dan lengkap dengan salad. Ini je la sarapan yang cepat disediakan sebelum keluar mencari rezeki...lagipun senang untuk dibawa bekal kalau lewat makan pun tidak rosak. Biasanya penyediaan tuna ni saya terlebih dahulu tumus bawang holland dengan planta kemudian pecahkan telur kacau bagi telur masak hancur dan letak tuna...kalau suka pedas boleh la letak cili padi tapi saya cuma letak jus lemon je untuk hilangkan bau hanyir tuna....sejukkan dan sebelum letak atas roti campur mayonies dalam inti tersebut...untuk tambah khasiatnya letak la salad dan tomato...eeemm memang memuaskan bila dapat makan sandwich yang ada salad.
Mulakan sarapan pagi sebelum pergi mesyuarat jam 11 pagi nanti...sekurangnya kalau mesyuarat habis lewat perut tidak la bernyanyi.

No comments: