Belbat pisang!!! Ataupun lebih dikenali lepat pisang merupakan makanan tradisi kita. Cuma sekarang ni sesetengah tempat susah untuk didapati sebabnya ketiadaan daun pisang untuk memasaknya. Hari ni saya masak belbat pisang biasa la pisang terlebih masak...biasanya saya buat kek pisang tapi petang ubah menu.
Resipi belbat atau lepat pisang ni tak perlu banyak bahan - pisang yang dilenyek + gula putih + gula merah + kelapa parut mentah + tepung gandum dan sedikit garam, satukan kesemuanya dan bungkus menggunakan daun pisang....kemudian kukus hingga masak.
Jemput minum petang semua!!! Lepat pisang dengan teh o. Jangan tergelak ya bila tengok lepat pisang saya dibaluti daun pisang yang sudah berubah warna sebabnya sudah berberapa hari daun pisang ni terperap tambah pula cuaca panas.
Belbat pisang yang lembut dan lemak manis...puas hati dapat makan yang kita masak sendiri sebabnya boleh letak pisang lebih. |
No comments:
Post a Comment