Sunday, May 29, 2016

Oh ice cream...banana split bersama coklat M

Sekian lama tak makan ice cream...kekadang tu terlupa nak beli bila ke supermarket...lagipun bila beli ice cream selepas membeli belah tidak boleh melencong ke tempat lain...nanti cair la. Petang ni balik dari kerja menyinggah kat kedai area perumahan...tapi hampa ice cream kegemaran tak ada...tapi beli juga walaupun brand yang tidak menepati citarasa. Terasa dahaga dan teringin nak makan yang sejuk!!

Jom kita makan ice cream aka banana split perisa strawberi dan coklat...yang ini pilihan Mr Right...saya kurang minat ice cream perisa macam ni...pilihan saya perisa vanilla.

Yang ini untuk tetamu...adik ada kursus sebulan di KL...setiap hari minggu datang lepak kat rumah...dia juga peminat perisa strawberi.

Thursday, May 26, 2016

Tempura

Tempura udang dan cendawan. Bila digoreng garing memang cukup sedap.
Malam tadi makan malam goreng udang dan cendawan celop tepong...kononnya nak buat tempura udang cicah sos. Kesudahannya kami makan dengan nasi sebabnya ada sup ekor. Sejak kerja dengan tugasan baru ni agak kesuntukan masa untuk upload cerita masak2 kat sini. Ditempat kerja masa tu teramat padat dengan urusan...dirumah pula utamakan yang wajib masak dan makan sebabnya sampai rumah dah jam 8 mlm masa agak terhad...kekadang tu terlupa nak snap gambar apa yang dimasak.


Sunday, May 22, 2016

Udang Masak Lemak

Hari minggu cuti wesak terpaksa kerja sejak ditugaskan mengurus bahagian lain di ofis, terlalu banyak yang perlu diurus dan semestinya ada sedikit tekanan dan penat. Urusan kerja dan rumah terpaksa dilakukan demi tanggungjawab. Pagi Ahad terpaksa masak makanan untuk penghuni di rumah sebelum keluar ke tempat kerja. Sebelum ni saya berkejar ke kelas mengaji Al Quran...tapi kebetulan minggu ni kelas mengaji cuti wesak. Saya terpaksa ke tempat kerja sebab bos ada buat majlis makan-makan dan tetamunya agak ramai...dan terpaksa aku menguruskannya disamping rakan2 sekerja.Majlis minum petang dan makan malam amat memenatkan sebabnya tetamu datang tanpa henti. Menu untuk keluarga tersayang di hari minggu...udang masak cili padi, sambal terung dan ikan tenggiri goreng...cukup la ya...

Udang masak lemak cili padi...meskipun ada majlis makan...masakan sendiri menjadi pilihan

Sambal terung, ikan bilis dan tauhu


Thursday, May 19, 2016

Nasi Goreng

Nasi goreng rencah daging bersama telur mata dan ikan bilis, cukup untuk kami makan malam ini
Nasi goreng!! Makanan yang paling saya suka, boleh dikatakan kalau hari2 hidang atau makan nasi goreng tidak menjadi masalah kepada saya. Malam ini kami makan nasi goreng...sebab ada nasi lebih malam tadi...tak perlu membazir kalau nasi tu masih boleh dimakan.

Mee Sup Tulang

Menu mee sup tulang lembu ni kalau tak silap sudah berberapa hari masak...tapi tak ada kesempatan untuk letak kat sini. Sekarang ni masa cukup penuh...tak ada ruang untuk bercerita kat sini bila waktu ditempat kerja. Balik rumah masa untuk rehat hanya lah waktu tidur...masa untuk masak pun berkejar-kejar sebab sampai rumah dah hampir jam 8 malam, lepas solat maghrib masak je la yang ringkas2 jadi tidur perut kami tak kosong. Cerita pasal mee sup tulang ni pulak...masak sup tulang seperti biasa, bahan2 lain tu masak begedil ayam dan sayuran serta sos kicap cili padi yang dicampur perahan jus limau nipis. 
.

 Memang puas hati bila kita masak sendiri..cukup lengkap rasanya.



Friday, May 13, 2016

Nasi Goreng Kicap

Salam Jumaat. Pagi ni ada sedikit masa untuk jenguk ruang ni...minggu ni agak sibuk dengan tugas baru yang diamanahkan. Walaupun terasa sedikit risau dengan amanah ini saya mohon dariNya dan tawakal semoga saya boleh melakukan dengan baik. Pagi niuntuk sarapan sempat massk nasi goreng rasa kicap...terpaksa masak pagi ni sebab asyik sakit perut bila makan makanan kat luar. Perut saya ni cukup sensintif bila silap makan.
Satu tuppawere untuk bekal makan di tempat kerja...
 


Monday, May 9, 2016

Sandwich!!

Sarapan kami pagi ini saya sediakan sandwich tuna campur telur dan lengkap dengan salad. Ini je la sarapan yang cepat disediakan sebelum keluar mencari rezeki...lagipun senang untuk dibawa bekal kalau lewat makan pun tidak rosak. Biasanya penyediaan tuna ni saya terlebih dahulu tumus bawang holland dengan planta kemudian pecahkan telur kacau bagi telur masak hancur dan letak tuna...kalau suka pedas boleh la letak cili padi tapi saya cuma letak jus lemon je untuk hilangkan bau hanyir tuna....sejukkan dan sebelum letak atas roti campur mayonies dalam inti tersebut...untuk tambah khasiatnya letak la salad dan tomato...eeemm memang memuaskan bila dapat makan sandwich yang ada salad.
Mulakan sarapan pagi sebelum pergi mesyuarat jam 11 pagi nanti...sekurangnya kalau mesyuarat habis lewat perut tidak la bernyanyi.

Sunday, May 8, 2016

Roti Bakar Mini

Ini menu sarapan orang malas yang masak.. biasala pagi minggu mood nak berehat je..tapi kena juga makan tak lengkap berehat tanpa diisi perut. Memandangkan ada roti beberapa keping je...sudah jemu makan sandwich jadi saya buat resipi yang agak senang...roti dicarik-carik + telur + daun bawang/sup + serunding daging + susu cair semuanya disatukan... masukkan dalam acuan pembakar kek size mini letak chease chedar kemudian barar 20 minit. Masak hidangkan dengan mayonies dan sos cili.
Penyediaannya cukup senang dan cepat...cuma membakar je ambil masa 20 minit. Hasilnya memuaskan untuk sarapan pagi!!!

Asam Pedas Ikan Tenggiri

Masak asam pedas sudah menjadi salah satu menu kegemaran kami, jadi tak hairan la kalau kebelakangan ni ada menu yang berulang-ulang. Masak Asam pedas petang ni kekurangan bahan bunga kantan tak ada stok...tapi nak juga makan asam pedas...jadi masak je la janji letak daun kesum..ini  pun sudah cukup menyelerakan.
Saya sengaja tayang ikan tenggiri bahagian ekor sebabnya kepala sudah dikarikan....

Sunday, May 1, 2016

Belbat Pisang

Belbat pisang!!! Ataupun lebih dikenali lepat pisang merupakan makanan tradisi kita. Cuma sekarang ni sesetengah tempat susah untuk didapati sebabnya ketiadaan daun pisang untuk memasaknya. Hari ni saya masak belbat pisang biasa la pisang terlebih masak...biasanya saya buat kek pisang tapi petang ubah menu.

Resipi belbat atau lepat pisang ni tak perlu banyak bahan - pisang yang dilenyek + gula putih + gula merah + kelapa parut mentah + tepung gandum dan sedikit garam, satukan kesemuanya dan bungkus menggunakan daun pisang....kemudian kukus hingga masak.
Jemput minum petang semua!!! Lepat pisang dengan teh o. Jangan tergelak ya bila tengok lepat pisang saya dibaluti daun pisang yang sudah berubah warna sebabnya sudah berberapa hari daun pisang ni terperap tambah pula cuaca panas.
Belbat pisang yang lembut dan lemak manis...puas hati dapat makan yang kita masak sendiri sebabnya boleh letak pisang lebih.

Nasi Goreng Lada Kering

SELAMAT HARI PEKERJA kepada penghuni mukabumi ini....sesungguhnya semua kita meraikannya tidak kira bidang apapun pekerjaan kita. 

Pagi ni kami sarapan nasi goreng lada kering...kebiasaannya saya goreng nasi chinese stail...tapi pagi ni mood nak makan nasi goreng macam arwah ibu saya masak. Sememangnya nasi goreng letak lada kering ni sedap sebabnya ada aroma dan rasa lada kering yang ditumis garing. Cuma kali ni saya ubah sikit tidak pecahkan telur dalam nasi goreng. 
Sarapan pagi minggu...nasi goreng lada kering dan telur mata.