Monday, August 31, 2015

Cuti Hari Kemerdekaan

29 - 31 Ogos dan 1 Sept aku ke Gelang Patah, Johor, penuhkan masa cuti merdeka jalan2 di sekitar Johor, agak lama juga aku tak ke rumah adik di sini. Kebetulan adik lelaki yang di kerja di KL ajak aku ambil je peluang...seronok dapat berjumpa adik beradik walaupun bukannya semua.
Aktiviti kami di Johor sekadar untuk mengerat silaturahim. Bertolak dari KL sabtu 10 malam...perjalanan cukup selesa kenderaan tidak banyak sampai di Gelang Patah pukul 1 pagi.

Merdeka!!! Sehati Sejiwa

Friday, August 28, 2015

Bubur Oat

Beberapa hari asyik tipu diri sendiri mengelak dari makan oat... malam tadi paksa diri makan bubur oat...itu pun terpaksa letak serunding dan salad...kalau makan oat kosong alamak tak tertelan. Bagi yang boleh makan oat dengan air je memang aku tabik terbaik!!!. Oat ni bagus jika diambil tanpa diletak bahan-bahan lain... tapi kalau dah tak mampu nak telan terpaksa la pujuk diri dengan masukkan sedikit makanan lain supaya ada rasa dan nikmat....janji dapat juga 5% khasiat oat.

Wednesday, August 26, 2015

Monaka

Pertama kali makan kuih ni...ada beberapa kotak makanan orang jepun kat ofis...bos bagi...eemm biasa la setiap orang mencubanya sebab ada berbagai jenis. 

Aku makan monaka sebab tengok bentuknya cantik...rasa intinya manis bahagian luarnya disalut dengan wafers. Intinya dibuat dari azuki bean @ kacang merah. Aku cukup tertarik bila tengok packaging makanan dari Jepun ni kemas dan cantik.

Pink color and sweet!!!!
Inti disalut dengan wafer yang lembut

Ini kekacang dan biskut perisa wasabe kawan Mr Right dari Jepun yang bagi..dalam sebungkus plastik besar ada pack yang kecil macam ni senang bila nak makan ambil sebungkus kecil.

Pasta Goreng

Pagi ni sarapan dengan pasta goreng...pagi terasa perut macam masuk angin...mungkin malam tadi tak makan sebab balik kerja dah lewat. Pagi ni sebelum keluar ofis sempat la goreng pasta yang ringkas sekurangnya bila sampai di ofis boleh makan.

Pasta jenis penne bentuk panjang lebih kurang 3-4 cm, berjalur dan berlubang serta dihujungnya dipotong tirus atau diagonal. Disebabkan pasta ni panjang aku sengaja potong dua supaya senang dimakan...

Pasta goreng untuk sarapan pagi ni...hari ni terlupa nak letak oat....Tengok pasta sudah dipotong pendek...senang untuk dimakan!!!

Saturday, August 22, 2015

Lorong Seratus Tahun

Adakan nama tempat ni wujud zaman tok nenek aku? Ya la seratus tahun... atau sekadar nama.. aku pun belum selidik asal usulnya. Balik dari kelas mengaji menyinggah di Sunway Putra Mall dulu shopping mall ni dikenali dengan Yaohan dan ditukar The Mall sekarang dikenali Sunway Putra Mall. Sejak dibuka semula pertengahan tahun baru ni...hari ni baru berkesempatan jenguk, banyak juga perubahan dan konsep dalaman nampak moden. 

Dalam tu banyak kedai @ restoran makan...yang memikat hati aku hanya cendol dan asam laksa...

Deko kedai yang klasik
Cendol!!!
Asam Laksa
Bihun + Mee Kari

Nasi Kerabu Ayam Bakar

Hari minggu!!! raikan diri sendiri dengan makan berat... sarapan pagi ni masak nasi kerabu, ayam bakar dan goreng ikan celop tepung. Agak kelam kabut juga pagi ni kat dapur untuk menyediakan set nasi kerabu ni agak rumit dan renyah banyak bahan nak disediakan... pukul 9 pagi nak pergi kelas mengaji. 

Set nasi kerabu -
1. Masak nasi kerabu warna biru (pewarna atau bunga nasi kerabu + ketuk serai + daun pandan dan daun limau purut.

2. Sos/kuah tumis - Santan dimasak hingga pecah minyak + bawang merah + cili kering + halia + ketuk serai + asam keping + nisan@gula melaka + garam

3. Sambal kelapa goreng - Kelapa goreng + bawang merah + halia + serai + isi ikan bakar + garam + gula. Bawang besar dan cili besar/padi dimayang.

4. Ulam-ulam - Potong halus daun2 @ ulam. Daun kesum + pucuk serai kayu + kacang panjang + kobis + mentimun etc...

5. Sambal cili dan budu

6. Lauk - Ayam bakar. Ayam diperap ( serai + bawang putih + halia + kunyit + madu + garam).

Jemput makan nasi kerabu tumis dengan ayam bakar!!!

Friday, August 21, 2015

Salad

Pagi ni sediakan salad untuk sarapan...aku kena tukar menu pagi ni sebab dah rasa jemu setiap pagi dan malam asyik makan oat je. Jika tak kuat semangat untuk layan nafsu makan.... sudah semestinya aku ke kafe untuk bersarapan nasi lemak dan teh tarik. Tapi cekalkan hati bawa bekal salad makan di ofis...aku kena paksa diri sementara waktu ni kena makan yang rendah kalori...lagipun kena manjakan diri untuk kawal pemakanan yang berkalori tinggi.

Salad + tomato + timun + epal hijau + sedikit mayonies dan sos thousand island (kuantiti sedikit je sebab ni berlemak), penyediaannya hanya ambil masa 10 minit je... 

Wednesday, August 19, 2015

Cekodok Pisang

Makanan berminyak sepatutnya dikurangkan...kalau boleh jauhi pengambilanya itu nasihat doktor dan pakar pemakanan. Ya la kandungan kalori teramat tinggi dalam sebiji cekodok pisang bila digoreng. Tapi bila selera nak makan...dah terliur kita pejam mata dan makan je la lagipun halal. Eeemm begitula sikap kita bila berdepan dengan makanan. 

Cekodok pisang ni masak pagi tadi...kononnya kesian kat pisang dah masak ranum...memang sedap bila dah jadi cekodok cukup manis.

Pasta Bolognese

Sarapan ala western pagi ni...pasta bolognese!!! spagheti tiada stok...jadi terpaksa la guna pasta, rasanya pun tak jauh beza yang beza cuma bentuknya je. Emm kuah bolognese ni masak petang semalam, pagi cuma panas je. Makanan western macam ni penyediaannya boleh dimasak awal...jadi tiba masa untuk makan cuma panaskan je. 

Hidangan macam ni setakat ni aku belum jumpa lagi dikedai-kedai makan...pasta + kuah bolognese + oat, uuhhhu hanya kita je boleh sediakan sendiri, kalau order kat kedai tentu mereka tak ada menu macam ni.
Kuah bolognese... sos bolognese Leggo's + bawang holland + bawang putih + karot + isi ayam cincang + bebola ikan + cili padi jika suka pedas + dedaun ketumbar/sup +  oregano + tomato jika suka macam.

Tuesday, August 18, 2015

Oat + Anlene

Sarapan pagi ni teramat senang penyediaannya dan cepat untuk dimakan. Bancuh susu anlene masukkan oat dan coco crunch. Pagi ni mood nak makan yang ringkas je...sebab malam tadi dah makan bbq kambing..uuhhu berat tau. Jadi pagi ni kena batal dari makan nasi lemak atau nasi goreng.

Susu anlene + instant oat + coco crunch...ada rasa manis bila campur dengan coco crunch
Mula-mula makan oat dengan susu je...tapi ubah fikiran rasa nak makan yang ada rasa manis...

Saturday, August 15, 2015

Sarapan

Selamat pagi...mulakan pagi kita dengan syukur kerana masih mampu melihat alam ini dan  bersama-sama menikmati rezeki yang Allah swt berikan. Pagi ni kami sarapan agak berat... ada yang nak makan roti dengan sausage dan chicken slice dan ada yang selera roti bakar... maka jadi la sepinggan sarapan penuh caca merba sebab mengikut selera masing-masing.

Ini hidangan untuk peminat sausage!!!
Ini hidangan peminat roti bakar dan telur hancur...

Ikan Tenggiri Masak Tempoyak

Sekarang kerap juga masak berasaskan tempoyak, selera asyik nak makan masakan ala kampung. Menu malam ni ikan tenggiri masak tempoyak, daging goreng dan goreng bendi campur karot. Hilang semua diet dan pantang aku bila dapat makan semua ni... hari je tau besok tak boleh masak macam ni lagi nanti makan bertambah...maka kalori dan kolestrol pun berhimpun. Bulan depan nak jumpa doktor ni...
Ikan tenggiri masak tempoyak bersama petai.
Bendi + karot + telur + ikan bilis...eeemm macam-macam khasiat ada dalam satu pinggan.
Daging goreng hitam ada rasa kicap...

Friday, August 14, 2015

Dayang-Dayang SPA

Aktiviti ke spa dan berurut menjadi kegilaan aku... pantang ada iklan area ofis ni mesti aku ambil peluang kunjungi...tambah pula bila ada promosi. Dayang-Dayang Spa ni dah berbulan dibuka area ofis aku...cuma bulan lepas aku baru pergi sebabnya aku habiskan package massage tempat lama terlebih dahulu. 

Dayang2 Spa ada promosi separuh harga bagi pengunjung pertama kali... biasa la bila dah pergi dan diurut terasa selesa dan berpuas hati...aku ambil la package yang ditawarkan. Bab massage aku memang tak akan lepas peluang bila ditawarkan...sekali sebulan mesti aku pergi.
Juru massage asal dari Indonesia...sudah 2 kali aku berurut walaupun orang yang berlainan teknik urutan tetap puashati dan badan pun rasa sihat. 

Bagi yang ingin mencubanya aku rekmen dan tempatnya pun selesa.

Nasi Goreng Karot

Sejak akhir ni agak kemalasan untuk berkongsi cerita kat sini...setiap hari bila masak snap gambar tapi tak muatnaik kat sini...kesudahannya terbuang je gambar. 

Petang ni dah free...curi sikit masa dah tak ada kerja cari la kerja. Pagi tadi sarapan masak nasi goreng bersayurkan karot dan rencahnya potong sedikit daging...kemudian sebelum makan letak 3 sudu oat. Oat sudah jadi sebahagian makanan asasi aku...demi kesihatan sihat bertenaga bebas kolestrol.
 
Nasi goreng tetap tak boleh tinggal walaupun ianya diisytiharkan kandungan kalori tinggi...tapi aku kurangkan kuantiti nasi dan diganti dengan oat...berkesan tak oat bila makan macam ni???...jawapannya tunggu selepas aku jumpa doktor nanti.
Ini dia nasi goreng berkarot untuk orang tak berdiet...nampak tak penuh dengan karot, untuk bagi nampak berseri taburla daun sup dan daun bawang...bila makan pun terasa segar dengan wangian daun terebut.

Monday, August 10, 2015

Cempedak Goreng

Cempedak ni adik yang bawa...alahai banyak la pula makanan hari ni. Aku terpaksa la goreng cempedak ni sebab tuan yang bawa ni nak makan. Bukannya susah setakat goreng cempedak je sambil rehat tengok tv pun boleh, elok juga la boleh dihidang minum petang. 2 biji cempedak dapat 25 ulas...uuhhuu jenuh la aku menggoreng, lagipun cempedak ni kena goreng api perlahan supaya isi cempedak tersebut masak dengan sempurna...kalau boleh bijinya pun masak dan boleh di makan.

Cempedak madu...memang betul-betul madu sebab rasa manisnya tidak terkata...orang cakap manis sampai melekat kat tekak. Elok la dihidangkan dengan teh o limau untuk patahkan kalori minyak.

Pemanis Mulut

Hari minggu yang penuh dengan aktiviti selain dari kerja rumah makan pun tergolong dalam aktiviti rumah. Selepas makan tengahari sambung makan pencuci mulut... walaupun nak diet dari makanan manis...aku  masak juga pengat pisang untuk dimakan dengan pulut. Bila dah ada makanan kena la hidang walaupun aku tak makan orang lain boleh makan...tu la namanya rezeki. Pengat pisang tanduk ni aku masak untuk adik yang datang rumah...biasanya dia suka makan makanan manis yang berkuah... biasalah dah kaum sekeluarga... selera makan pun sama.... cuma aku je kena belajar kurangkan makan manis.
Pengat pisang tanduk!!! boleh dimakan dengan pulut atau dicicah dengan roti pun sedap!!!

Sambal Tumis

Menu makan tengahari yang menyelerakan bila ada sambal tumis udang atau sotong. Antara menu tambahan untuk makan tengahari kami hari minggu... 

Cuba teka berapa binatang ada dalam sambal tumis ni?... ada sotong dan udang..aku kawankan mereka sebabnya niat asal nak masak sambal sotong...bila dah potong sotong nampak macam sikit dah tinggal stok penghabisan jadi tambah udang...kalau dah asal satu lautan rasanya pun tetap sedap bila bersatu dalam kuali.

Ikan Tenggiri Masak Lemak Putih

Masakan ni mungkin jarang ditemui...biasanya masak lemak putih hanya untuk sayur, tapi bagi aku masak lemak putih menggunakan ikan adalah yang paling sedap terutamanya bila guna ikan tenggiri, ikan lain pun boleh dimasak macam ni...jangan salah faham tau nanti ikan lain merajuk pulak. Makanan ni sejak dari kecil menjadi pilihan kami bila arwah mek masak...tapi bukannya setiap hari sekali sekala je terutamanya bila bulan puasa dapat la makan. 
 
Ikan tenggiri lemak putih. Bahannya : Ikan tenggiri + santan + bawang merah dan putih + halia + halba + asam keping + bawang besar dipotong + cili segar + garam dan gula + serai diketuk (pilihan)
Solok lada datang lagi...beberapa hari lepas aku dah masak solok lada...hari ni terpaksa masak lagi sebabnya cili dah hampir layu..dari rosak elok la berbudi dengan orang sekeliling.

Saturday, August 8, 2015

Bubur Oat

Hari ni rehat je kat rumah...kelas mengaji dibatalkan sebab jalan menghala ke tempat mengaji ditutup, untuk berli laluan kepada acara lumba kereta Grand Prix City 2015. Pendapat aku acara lumba kereta yang diadakan pada 7-9 Ogos 2015 tidak menepati tempat...sebab semua orang yang tidak minat lumba kereta pun terlibat sama kena korbankan aktiviti dan kerja. Jalan banyak tutup dan bagi yang bekerja terpaksa meredah jam, mencari laluan lain atau cuti. Harap pada masa akan datang acara ni tidak diteruskan lagi cukup la akitviti yang sedia ada. Pergi la lumba ditempat yang dibina dengan nilai berjuta seperti sebelum ni diadakan.

Aku pun tak plan aktiviti keluar rumah hari ni tak nak terlibat dalam jalan jam...lepak je kat rumah..pagi-pagi dah masak sup sayur dengan oat...uuuhuu aku dah pratik makan oat sekurangnya sekali atau dua kali sehari... harapnya usaha untuk menjaga kesihatan berkesan.


Sarapan hari ni... sup sayur campur karot + kobis + ayam + tomato + cili dan oat.... bubur oat dah ganti bubur nasi!!!

Dumpling

Petang semalam singgah tesco untuk beli barang dapur. Biasa la bila dah melalui setiap rak...ada je barang yang dicapai...adooii macamana nak control bajet kalau macam-macam nak beli, singgah kat section frozren ternampak dumpling...terliur la pulak lagipun dah lama tak makan. Boleh la stim untuk makan malam.....

Dumpling seafood brand KAMI... tapi bila dah stim tak ada pun jumpa bahan2 seafood yang ada cuma inti jagung dan kekacang...rasa pun tidak la sama seperti kita masak sendiri...tak perlu nak komen banyak...lain kali kalau nak ikut selera sedap masak la sendiri betul tak?

Wednesday, August 5, 2015

Solok Lada

Lada atau cili hijau ni asyik bertangguh je nak masak, adakala tu mood nak masak masakan yang agak remeh ni kena fikir berulang kali tambah pula bila masa untuk berada kat dapur tu terhad.
Petang ni gagahkan diri berdiri kat dapur masak solok lada...lagipun hari ni sampai rumah awal sikit. Menu malam aku masak selain solok lada dikawankan dengan udang tempoyak, ikan goreng dan sayur goreng...eeemmm macamana nak diet kolestrol ni??

Bahan-bahan : Cili yang dibelah tengah. Inti : bawang merah + halia + serai + lada hitam + kelapa goreng + kelapa mentah + isi ikan tawar + garam gula. Sebelum inti tersebut disumbat dalam cili boleh juga letak telur untuk bagi inti tersebut pejal bila masak. Sedikit santan untuk diletak masa kukus atau masak cili tersebut.

Udang Masak Tempoyak

Malam ni menu makan malam melanggar pantang...hampir 2 bulan aku elak dari makan udang. Lagipun kesian udang dalam peti ais tak terusik, aku masak je tapi tak makan udang tu...masak untuk penghuni lain.
Udang masak tempoyak ni memang sedap bagi yang minat tempoyak...tambah pula kalau campur petai...prrrggg ada yang bertambah nasi. 

Udang masak cili padi bersama tempoyak dan petai. Bahan-bahanya : udang + petai + tempoyak + cili padi + bawang merah + halia + daun kunyit dimayang halus + serbuk kunyit + garam + serai diketuk...sedikit santan jika suka untuk pekatkan kuah.
Nampak tak petai...eeem makan petai ni banyak khasiatnya...cuma kalau makan udang lebih bertambah la kolestrolnya

Tuesday, August 4, 2015

Nasi Goreng @ Oat

Alhamduillah dapat selesai puasa sunat syawal dan qada. Maka bermula hari ni aku berazam untuk tidak cuai makan oat sebabnya dalam badan dan mengumpul kolestrol dan gula. Pagi masak nasi goreng makanan kegemaran aku sejak kecil... tapi untuk tidak mengecewakan diri sendiri aku ambil juga dalam kuantiti yang sedikit tapi dikawankan dengan oat sebagai sarapan pagi. Aku buat macam ni atas nasihat doktor...katanya paling susah kalau nak makan oat kosong...dia ajar tabur atas nasi atau makanan lain sekurangnya 3 sudu oat untuk 3 kali sehari. 
 
Nasi goreng dikawankan dengan oat...salah satu cara memaksa diri supaya makan oat.
Lepas makan nasi goreng minut tea kosong je...nescafee dan tea tarik dah tutup kedai buat sementara waktu.

Monday, August 3, 2015

Sarapan Pagi Minggu

Pagi-pagi lepas solat subuh dah terasa lapar...biasa la kalau tak puasa secara automatik nak  makan pagi...sebelum ke kelas sempat la masak nasi goreng dan kueh teow goreng. Mulanya aku nak masak kueh teow goreng je...ada pula yang nak makan nasi goreng...masak je la sebab bahannya ada. Biasa la lepas puasa ni masing-masing selera nak makan berbeza-beza. 

Hidangan dan rezeki kami pagi ni...

Kek Pisang Tanduk

Kali ni tayang pisang tanduk versi kek pulak...ni menu penghabisan pisang tanduk...tau je la sebiji pisang tanduk sizenya agak besar kalau goreng sebiji boleh dua orang makan. Aku cuba habiskan pisang ni sebelum rosak...goggle cari resipi kek pisang yang guna pisang tanduk...rupanya ramai yang membuatnya. Dapat la copy resipi salah seorang blogger... mohon dihalalkan!!! 

Sebiji kek pisang ni...merata aku dapat sedekahkan, sebabnya tak ada orang nak makan. Biasa la kalau kek atau kuih manis tak jadi tarikan kat rumah ni, tambah pula aku sendiri pun cuba kurangkan makanan manis atas nasihat doktor semalam... terpaksa kurangkan manis memandangkan kolestrol dan gula dah border line. Aduhai kena berjaga-jaga la mulai sekarang.
Kek pisang resipi yang ambil dari blogger ni moist / lembab memang sedap... lain dari kek pisang yang dijual nampak kering. Resipi dari blogger tersebut aku tidak ikut sukatanya 100% sebabnya bahan seperti pisang tanduk aku agak banyak jadi bahanya aku terpaksa tambah. 



Resipi Asal dari blogger 
Kek Pisang - Moist

Bahan2.
Sebiji pisang tanduk
2 cawan tepung gandum*
1 sk baking powder*
1 sk soda bikarbonat* (Ayak * bersama)
1 cawan minyak jagung
3 biji telur
1 cawan gula (aku kurangkan sikit sbb pisang byk)
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan coklat chip
1 sk esen vanila/pisang (aku terlupa nak letak)

Cara
1. Blender pisang dgn susu cair sampai lumat. Kalau nak berketul2 pun boleh. Terpulang.
2. Putar telur dgn gula hingga kembang.
3. Masukkan pisang tadi dan kacau rata. Kemudian masukkan campuran tepung ayak. Sebatikan.
4. Tuang minyak dan kaup balik hingga sebati. Akhir sekali masukkan coklat chip.
5. Bakar pada suhu 180c lebih kurang 1 jam atau hingga masak..

Pisang Tanduk Goreng

Sabtu...hari ni ada appoitment dengan doktor terpaksa la batal kelas mengaji. Untuk sarapan pagi ni aku goreng pisang tanduk yang masih berbaki, setelah buat kerepek dan bagi kat jiran tak juga habis... pisang ni dah masak ranum amat sesuai digoreng.

Pisang goreng ni memang sedap rasanya cukup manis tambah pula bila dimakan panas-panas...biasanya dihidang waktu minum petang...tapi kali kami bersarapan dengan pisang goreng.