Saturday, January 10, 2015

UTC Keramat

Tengahari tadi balik dari kelas mengaji aku ke Pejabat Imigration di UTC Keramat, urusan pembaharuan pasport.  UTC ni baru je beroperasi di sini...kalau tak silap bulan disember tahun lepas. Pertama kali ke sini...tempatnya senang je bersebelahan stesen minyak Petron, berdepan dengan LRT Damai...tempat ni dulu katanya dibina untuk penempatan semula peniaga pasar keramat...entah kenapa bertukar plan...eeemm tak payah la fikir tu masalah mereka.
Aku memandu ke sini keseorangan...mulanya risau juga nak cari parking....rupanya ada lot parking berbayar per-entry kat depan utc dan bawah bangunan tersebut aku tak pasti bayarannya.
 

Selain pejabat Imi yang terletak di tingkat satu ada juga pejabat JPJ, Pendaftaran, Klinik 1Malaysia, Kedai IM, Jabatan Agama, Balai @ Kaunter Polis dan lagi satu bagi mini perpustakaan... kalau nak makan kedai makan pun ada...bagi aku tempat ni biasa je dan tak sibuk. Berbalik pada urusan aku...sampai sini pukul 12 tengahari...eemm agak malang kaunter nombor tutup, maka aku kena tunggu pukul 1 akan dibuka untuk sesi ke 2. Langkah aku kat sini kononnya fikir orang tak ramai datang...tapi jangkaan aku silap terpaksa juga beratur dan menunggu. Urusan aku bermula dari pukul 1 ptg hingga 4.30 ptg. Urusan pembaharuan pasport sekarang senang je perlu isi borang kecil boleh diambil dikaunter Imi dan gambar pun tak perlu bawa pegawai bertugas akan ambil gambar masa dikaunter urusan dan urusan pembayaran perlu cash. Sementara menunggu pasport siap aku ke tingkat bawah mencari makan...ada kedai capati dan banyak juga pilihan lain....kepada yang ingin berurusan di UTC nasihat aku kena bijak pilih masa..aku pilih hari Sabtu sebab tak nak ganggu hari atau waktu aku bekerja...mungkin hari lain atau hari bekerja kat sini tak ramai pengunjung.

No comments: