Sunday, January 18, 2015

Sup Ikan Siakap

Kebiasaannya ikan siakap ni aku masak stim ataupun masak 3 rasa, tapi hari aku dijamu makan tengahari dengan ikan siakap masak sup...uuuhu sedap tau. Balik dari kelas mengaji aku singgah rumah kawan di Sentul...aku ke sana sebab nak hantar barang kawan ni termasuk dalam beg aku semasa kami shopping minggu lepas. Biasa la kawan aku seorang ni ada je makanan yang dia akan sediakan bila aku ke rumahnya...niat aku sekadar untuk hantar barangnya je...eemmm bila tuan rumah jemput masuk tak tergamak pula tak singgah. Lagipun aku tak ada plan ke mana dan hari ni tak perlu nak balik masak. Alhamduillah rezeki kawan dah siap hidangan makan tengahari...

Kami menjamu selera dengan penuh perasaan...tak sedar hingga selesai semua hidangan atas meja...

No comments: