Saturday, January 31, 2015

Udang Masak Lemak

Masak untuk makan tengahari!!! balik dari mengaji tak menyinggah ke mana sebab cuaca sekarang agak panas dan jalan pun jam menghala ke Pusat Bandar...mungkin cuti panjang ramai yang keluar. Sampai rumah kena la masak untuk makan tengahari...sarapan tadi sekadar goreng roti canai frozen je. Menu tengahari kami gulai udang, sayur kobis goreng dan ikan goreng pedas serta ikan masin...uuuhhu

Puas hati bila dapat gigit udang segar dan terasa manisnya...itu tandanya udang segar.

Wednesday, January 28, 2015

Cuti Demam

Sekian lama Allah swt beri kesihatan yang baik...hari ini dan hari sebelum ini kesihatan aku ditarik sedikit...dah 2 hari badan aku rasa tak selesa, panas badan, sejuk kaki tangan dan kepala pun rasa berat. Isnin dan selasa aku kuatkan melangkah ke ofis...tapi hari ni tak larat nak bangun seluruh badan sakit dan lenguh...keputusannya aku ambil cuti rehat. 

Kali ni demam agak berlainan dari biasa kaki aku sejuk terpaksa pakai stokin untuk kebahkannya. Risau juga kot kena denggi. Tapi bila aku ambil ubat badan berpeluh lega rasanya bukan demam denggi. Biasanya kalau kena demam denggi badan susah berpeluh bila ambil ubat.

Sunday, January 25, 2015

Puding Jagung Rasa Soya

Resipi pencuci mulut ni idea sendiri...memandangkan stok soya banyak, kalau disimpan lama alamak expired, jadi untuk membuat puding jagung ni aku gunakan susu soya sebagai ganti kepada susu cair.
Bahan-bahan dan sukatan nak buat puding jagung ni sama je resipinya cuma tukar susu cair dengan soya dan tambah sedikit susu segar. Tepung kastard dan susu dan soya disatu dan dikacau terlebih dahulu sehingga sebati...kemudian dipanaskan dan masukkan jagung + gula + sedikit garam kacau sehingga pekat dan berkilat. Kemudian sejukkan...boleh juga dihidangkan dengan fruits coktail. 

Ini la hasilnya Puding Jagung perisa soya, kombinasi Soya + Custard Bird + Susu Nestle + Jagung + Gula

Kerapu 3 Rasa

Ikan kerapu masak 3 rasa...menu ni boleh dikatakan kerap aku masak sebab sudah menjadi lauk kegemaran kami bila ada stok ikan size besar. Ikan ni Mr Right bawa balik dari Tawau...uuhhu sehari dua ni puas menjamu selera kami makan ikan dan udang segar yang bersaiz besar. Alhamduillah syukur rezeki sekali sekala dariNya. 

Hidangan ni nampak kurang menghairahkan tapi jangan pandang pada rupa...rasa dulu baru tau!!! ada yang berair mata dan meleleh air hidung bila makan ikan kerapu 3 rasa yang pedas manis masam power punye!!!

Scone

Pagi-pagi dah menguli tepung untuk buat doh scone. Teringin nak makan sarapan ala English pagi ni...rasa tak sabar nak makan yang ada rasa manis...tapi untuk pengetahuan semua scone sebenarnya kurang manis sebab tu scone dihidangkan bersama jem/madu dan butter sebagai penambah rasa.
English Scone dimakan bersama butter dan madu
Sedulang scone sudah masak....boleh simpan stok ni untuk sehari dua...tak hairan kalau masak banyak sebab ada peminatnya. Lagipun boleh bawa bekal ke ofis atau balik dari kerja boleh dijadikan teman minum petang.

Cekodok Bilis Bersayur

Pagi Sabtu ni tal ada idea nak sediakan sarapan...adakala mood memasak ni mempengaruhi kita untuk memilih menu. Bab memasak ni kena ada paksaan kalau tidak alamak cari penyakit jawabnya. Sarapan perlu didahulukan walaupun alakadar sebagai pengalas perut kosong setelah semalaman berpuasa.
Ini la sarapan kami pagi ni...Menu asal cekodok ikan bilis tapi aku telah campur adukan  dengan karot dan ubi kentang yang disagat....eeemm sedap bila makan yang digoreng garing kalau suka boleh cicah sos cili.

Wednesday, January 21, 2015

Maggi Udang

Sekian lama tak makan maggi, petang ni menjamu selera dengan maggi berencahkan udang. Perjalanan balik kerja tadi hujan lebat jadi elok sangat la makan sup maggi yang berasap.

Sunday, January 18, 2015

Nasi Kandar

Menu tengahari kami hari ni makan nasi kandar...hasil masak sendiri bukannya dari kedai mamak.
 
Sepinggan nasi kandar untuk makan tengahari...memang puas hati dapat makan masakan sendiri.
Dalca daging + tulang

Sup Ikan Siakap

Kebiasaannya ikan siakap ni aku masak stim ataupun masak 3 rasa, tapi hari aku dijamu makan tengahari dengan ikan siakap masak sup...uuuhu sedap tau. Balik dari kelas mengaji aku singgah rumah kawan di Sentul...aku ke sana sebab nak hantar barang kawan ni termasuk dalam beg aku semasa kami shopping minggu lepas. Biasa la kawan aku seorang ni ada je makanan yang dia akan sediakan bila aku ke rumahnya...niat aku sekadar untuk hantar barangnya je...eemmm bila tuan rumah jemput masuk tak tergamak pula tak singgah. Lagipun aku tak ada plan ke mana dan hari ni tak perlu nak balik masak. Alhamduillah rezeki kawan dah siap hidangan makan tengahari...

Kami menjamu selera dengan penuh perasaan...tak sedar hingga selesai semua hidangan atas meja...

Friday, January 16, 2015

Pasta Selera Kampung

Makan malam tadi masak pasta perisa sos carbonara tapi diolah ikut citarasa dan selera tekak aku... kombinasi pasta sos carbonara campur sayur-sayuran serta cili padi betul-betul meletup!!!

Penyediaannya:
Rebus pasta sehingga lembut.
Untuk Kuah guna sos carbonara prego. Potong dadu bawang besar dan sedikit halia...panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tersebut sehingga layu dan masukkan sos carbonara...masukkan sedikit air kemudian masukkan ayam, fishball etc serta sayur-sayuran....jangan lupa cili padi yang telah dipotong...jika perlu sedikit garam saja sebab sos prego dah cukup rasa. Hidang...ambil pasta yang telah direbus dan letak kuah @ sos...siap selamat menjamu selera...penyediaanya cepat bagi yang tak ada masa dan tahap lapar dah maksima tak perlu tunggu lama.

Tuesday, January 13, 2015

Taugeh Masak Lemak

Petang ni menu makan malam masak ala kampung...sayur lemak taugeh, ikan rebus digoreng, ikan masin dan budu tempoyak memang terangkat bila makan. Hari ini semua diet aku kantoi... sekali sekala dapat makan macam ni tak perlu jadikan alasan nak diet.

Taugeh, karot, kobis dan tauhu bersatu dengan santan....memang menyelerakan.

Saturday, January 10, 2015

UTC Keramat

Tengahari tadi balik dari kelas mengaji aku ke Pejabat Imigration di UTC Keramat, urusan pembaharuan pasport.  UTC ni baru je beroperasi di sini...kalau tak silap bulan disember tahun lepas. Pertama kali ke sini...tempatnya senang je bersebelahan stesen minyak Petron, berdepan dengan LRT Damai...tempat ni dulu katanya dibina untuk penempatan semula peniaga pasar keramat...entah kenapa bertukar plan...eeemm tak payah la fikir tu masalah mereka.
Aku memandu ke sini keseorangan...mulanya risau juga nak cari parking....rupanya ada lot parking berbayar per-entry kat depan utc dan bawah bangunan tersebut aku tak pasti bayarannya.
 

Selain pejabat Imi yang terletak di tingkat satu ada juga pejabat JPJ, Pendaftaran, Klinik 1Malaysia, Kedai IM, Jabatan Agama, Balai @ Kaunter Polis dan lagi satu bagi mini perpustakaan... kalau nak makan kedai makan pun ada...bagi aku tempat ni biasa je dan tak sibuk. Berbalik pada urusan aku...sampai sini pukul 12 tengahari...eemm agak malang kaunter nombor tutup, maka aku kena tunggu pukul 1 akan dibuka untuk sesi ke 2. Langkah aku kat sini kononnya fikir orang tak ramai datang...tapi jangkaan aku silap terpaksa juga beratur dan menunggu. Urusan aku bermula dari pukul 1 ptg hingga 4.30 ptg. Urusan pembaharuan pasport sekarang senang je perlu isi borang kecil boleh diambil dikaunter Imi dan gambar pun tak perlu bawa pegawai bertugas akan ambil gambar masa dikaunter urusan dan urusan pembayaran perlu cash. Sementara menunggu pasport siap aku ke tingkat bawah mencari makan...ada kedai capati dan banyak juga pilihan lain....kepada yang ingin berurusan di UTC nasihat aku kena bijak pilih masa..aku pilih hari Sabtu sebab tak nak ganggu hari atau waktu aku bekerja...mungkin hari lain atau hari bekerja kat sini tak ramai pengunjung.

Sunday, January 4, 2015

Nasi Lemak

Pagi ni sarapan nasi lemak...hampir seminggu aku bercuti hari ni ada kerajinan sikit untuk masak sarapan yang berat. Nasi lemak ni sekali sekala boleh la makan...jangan amalkan setiap hari tak elok untuk kesihatan. 

Nasi lemak yang ringkas macam ni menjadi pilihan aku...aku kurang minat pelbagaikan lauk dalam nasi lemak seperti rendang ayam etc.

Saturday, January 3, 2015

Mee Bandung Muar

Petang ni aku mencuba resipi mee bandung Muar...aku tak pernah masak menu ni...biasa makan kat kedai je. Sejak cuti beberapa hari ni asyik makan nasi je...hari ni tutup cerita pasal nasi...jom kita makan mee. Nak masak mee bandung muar ni aku kena la goggle...aku bukannnya tau nak masak resipi orang Johor silap campur bahan nanti resipi negara lain pulak jadinya. Terlupa pula blog yang aku ambil resipi ni...harap tuannya halalkan dan aku minta maaf banyak2. 

Resipi Mee Bandung Muar

-1 kilo mee kuning
-Daging potong nipis direbus dengan 3@4 cawan air
-Udang segar rebus
-Fish ball (jika suka)
-Tauhu digoreng sekejap dan dipotong
-Telur rebus atau telur boleh juga masak dalam kuah
-Kobis / Sawi dihiris
-Daun sup dan bawang
-Bawang goreng jika suka
-Minyak masak

Bahan ini diblend
-Udang kering setengah cawan direbus dgn secawan air
-Bawang putih 6 ulas
-Bawang merah 5 ulas
-Cili kering 10 biji (kurangkan jika tak suka pedas)
-Gula 3 sudu besar (ikut citarasa)
-Sedikit garam dan sos tiram

Cara memasak
- Panaskan sedikit minyak masak dan tumis semua bahan-bahan yang telah diblend...tak perlu garing bahan tersebut...

-Masukkan air rebusan daging..bila dah mendidih masukkan daging, udang, fish ball dan sayur kobis / sawi.

-Angkat kuah tersebut...Rasa dulu sebelum hidang... 

-Mee + Kuah + Tauhu + Telur Rebus dan tabur daun sup/bawang  dan makan yang panas berasap baru ada ummpp.

taraa!!! ni la rupa mee bandung muar yang aku masak....rasanya sedap dan proses memasaknya pun tidak lama.

Pizza Massimo

Sekian lama tak upload menu makanan...hari ni ambil kesempatan sikit nak kongsi menu sarapan kami... menu ala american style... roti aka pizza. Pizza roti ni teramat la senang dan cepat penyediaannya, guna roti massimo atau roti keping wholemeal atau roti putih biasa...tak kisah la nak guna roti jenama apa janji roti yang asalnya dari tepung gandum.

Bahan-bahan dan cara penyediaan yang ringkas...saya guna roti massimo + sapu planta atas roti + sos tomato prego atau guna sos tomato brand lain + bawang besar di potong dadu + cili bangala (tak letak) + sausage, fish ball atau crab stick yang telah direbus dan dipotong kecil + nenas + mayonies + oregano (kalau ada) chease keping atau chease parut,  seterusnya bakar dalam kuali ajaib atau oven... jika guna kuali ajaib api diperlahankan elak dari roti hangit...bakar 10 minit je sekadar utk garingkan roti dan chease cair. Hidang dan selamat menikmati pizza panas dari oven....kalau ada serunding tabur sikit atas pizza.

Kepingan roti dan bahan2 sudah siap...proses untuk bakar pizza menggunakan kuali ajaib
Tutup dengan chease keping dan bakar

Friday, January 2, 2015

Tahun 2015

2014 berakhir dengan musibah bencana namun kita tabah dan bersyukur masih diberi ruang untuk menempuhi 2015... doa semoga diberi keberkatan iman, rezeki, kesejahteraan dan dijauhi mala bencana..Amin.

Aku masih lagi berehat menghabiskan cuti...kali ni tidak ke mana memandangkan perancangan bercuti terpaksa dibatalkan...mengikut plan seminggu kami mohon cuti untuk round Semenanjung bermula dari KL-Pantai Timur-Utara-Selatan-KL...kesudahannya di KL je, tambah pula keadaan cuaca hujan yang tidak menentu hilang mood untuk keluar. 

Snow pun turut menyibuk bila nak siram orkid ni...lagipun tempat ni menjadi ruang kegemaran dia...entah apa yang dia tenung kat luar sana...mungkin betul apa yang aku baca tentang kucing persian ni suka duduk di ruang yang mempunyai pemandangan luar...dia suka termenung dan menghayati suasana.
Orkid ni nampak segar sejak tuan dia ada kat rumah.
pssstt...Snow kau hati-hati kat tepi tu jangan terjun tau!!!! lagi satu jangan pijak orkid aku tu...dan cuba elak dari kena arang nanti habis la bulu gebu kau tu....uuuhhuu

Thursday, January 1, 2015

Stok Buku @ Cuti Tahunan

Salam tahun baru 2015

Sepanjang menghabiskan cuti tahunan aktiviti aku 50% masa habiskan dengan membaca... dapat la aku khatam stok buku yang tidak terusik sejak beli. Bila waktu bekerja separuh hari aku habiskan di ofis, jadi waktu cuti kerja aku manafaatkan dengan hobi aku. Shopping buku dan membaca salah satu hobi aku jadi tidak akan tertulis rasa bosan!!! lagi satu perangai aku bila dah pegang buku susah nak berhenti...maka aku terpaksa buat perancangan khas setiap hari sepanjang waktu cuti...tanggungjawab lain kena dahulukan sebelum pegang buku. Nasihat aku jika kita bercuti di rumah je pastikan masa kita terurus dengan berkualiti supaya badan kita cukup rehat dan bercuti dalam keadaan sihat. Bermula dari awal pagi hingga malam waktu masuk tidur, pastikan masa tidak terbuang tanpa bermanafaat. 

Bagus untuk rujukan demi menjaga kesihatan sepanjang hidup.
Baca ini!!! peringatan dan kesedaran diri sebagai seorang umatNya @ muslim
Uuuhhuu bila dapat novel...aku tak ambil tau apa rancangan tv sepanjang bercuti...yang aku tau cuma sekali sekala kedengaran astro awani membuat liputan tentang bencana banjir dan Airasia yang hilang.