Hari ni sabtu cuti hujung minggu dan besok hari raya sehingga isnin dapat cuti. Kami beraya kat KL je, hari ni pun tak keluar ke mana...kelas mengaji cuti jadi kena la masak makan tengahari. Peria sebut je mesti cakap pahit!!! dan tak ramai yang suka makan peria...ternyata semua tak makan sebab pahit. Aku memang suka makan dan rasa pahitnya menambah selera aku makan nasi. Selain dari masak peria aku masak sup tulang lembu...bila makan sup tulang rusuk lembu yang berlemak elok la makan peria ni sebagai mematah lemak atau kolestrol. Masalahnya penghuni kat rumah ni semuanya marah bila aku goreng udang dengan peria...katanya rasa udang jadi tak sedap...eeemm ya la aku tak terfikir la pulak sampai macam tu sekali bila orang tak suka makan peria...lain kali aku tak akan masak peria lagi kecuali untuk aku seorang.
Sekuali masak peria dengan udang...yang habisnya udang...peria ditolak ketepi...apa la dia orang ni yang peria yang boleh jadi penawar tak nak makan... |
No comments:
Post a Comment