Petang hari raya Aidil Adha...kami ke Fraser's Hill sekadar untuk jalan-jalan. Perancangan untuk ke sini Mr Right yang buat keputusan sehari sebelum cuti raya memandangkan tak balik kampung lagipun nak penuhkan masa cuti 2 hari. Plan nak bertolak ke sini selepas solat sunat raya, tapi terpaksa bertolak petang sebab anak-anak sedara nak datang beraya. Lagipun tak ada apa pun nak dikejarkan di sana, kami dari KL - Rawang - Kuala Kubu Baru - Fraser's Hill, kalau tak silap dari Kuala Kubu Baru ke Fraser's Hill jaraknya 48km.
Serious!!! cukup la kali ni je datang, tak nak datang lagi ke sini, aku ni jenis mabuk tak tahan bila melalui jalan yang berbukit dan berliku...aku pernah ke sini kalau tak silap 10 tahun lepas menghadiri sesi brainstorming ofis lama aku bekerja, ingat lagi waktu itu aku ke sana dengan kawan ofis...masa perjalanan balik aku muntah. Kali ni aku mabuk masa menghala ke sana...boleh dikatakan beberapa kali aku minta Mr Right berhenti kereta untuk hilangkan rasa pening...tapi kali ni tak muntah cuma mual dan pening. Aku dan adik cukup serik untuk ke sini kalau tak ada hal mustahak...sebab kami sama-sama mabuk.
Trade mark bila sampai kat sini |
Papan tanda ni amat berguna kepada sesiapa yang tak biasa ke sini |
Pemandangan dari kafe tempat kami lepak minum kopi...bila sampai sini terus kami check in Cafe untuk hilangkan rasa kepeningan...lagipun waktu kami sampai ni hujan renyai2 dengan cuacanya yang sejuk memang buatkan kami terasa nak mencari minuman panas...tambah pula aroma jagung rebus menambat hati. |
Landscape salah satu banglo menarik perhatian aku....bestnya kalau dapat penginapan macam ni. |
Penginapan Puncak Inn |
Foto sekadar cuci mata semasa menghayati secawan kopi dengan jagung rebus. |
Berhenti sekejap dekat empangan menghayati keindahan sebelum naik ke puncak Fraser's Hill...waktu ni baru lepas hujan... |
No comments:
Post a Comment