Sunday, October 26, 2014

Scone

Projek kecil aku di petang hari ahad... membuat scone @ skon!!! Salah satu makanan bergandum yang menjadi kegemaran aku tetapi tak pernah masak sendiri..

Tapi hari ni aku berusaha membuatnya memandangkan harga scone yang dijual kat bakery tempat aku biasa beli dah mahal...harganya naik ketara sekali. Eemm mari kita belajar masak sendiri lagipun bahan-bahannya biasa je dan menjadi stok kat dapur setiap masa. Bahannya seperti gandum, susu segar, mentega, gula, buah-buah kering dan telur. Resipi ni dah lama aku ambil dari blog seseorang...tapi dah lupa namanya...aku mohon maaf dah minta halal serta ribuan terima kasih kepada empunya resipi ni...memang sedap!!!

Scone yang sedia untuk di makan...scon ini boleh di makan dengan jem atau planta...aku makan scone ni dengan jem bluberry....eemm memang sedap bila dapat makan yang baru keluar dari ketuhar.
Keluarkan scone dari ketuhar, scone sudah masak!!!!
Doh scone dicanai dan sedia untuk diterap.

Ikan Kembung Goreng Sambal Udang

Hari ni kena masak!!! semalam dah makan kat luar...rasa tak puas bila makan kat luar...ada je yang kurang...apa pun sekali sekala boleh la. Hari ni aku masak awal pagi...pada mulanya masak sambal udang untuk dimakan dengan nasi lemak...alang-alang dah kat dapur terus je la masak untuk tengahari... lagipun menu biasa je sayur bayam dan ikan kembung goreng. Menu macam ni dah cukup memyelerakan dan puas hati bayaran pun tak mahal seperti makan kat luar.
Ikan kembung goreng bersantai dalam pinggan...tunggu untuk dijamah
Sambal udang!!!
Bayam + karot masak lemak putih

Wednesday, October 22, 2014

Nasi Briyani @ Hari Deepavali

Cuti sempena hari deepavali, tiba2 je teringin nak makan nasi briyani...nak keluar beli yang dah siap terasa malas pulak. Jadi aku usahakan juga demi selera ini. Masak je la... bahan2 yang wajib ada...

Saturday, October 18, 2014

Sentul Kari Kepala Ikan

Sabtu - Tengahari ni lunch dengan kawan-kawan...kami ke restoran Sentul Kari Kepala Ikan. Balik dari kelas mengaji terus lunch...uuhuu sekian lama tak ke sini, waktu kami sampai pelanggan pun belum ramai...ya pukul 12.30 tghari hari minggu orang belum keluar...kecuali hari kerja kita makan mesti ikut masa. Lagipun sekarang ni banyak pilihan outlet @ restoran yang menyajikan kari, seingat aku restoran  ni dulu cukup terkenal dan ramai pelanggan. 

Pilihan kami kari kepala ikan merah...ikannya segar dan rasanya memuaskan...uuhuu diet aku kantoi hari ni...sekali sekala jumpa kawan-kawan makan je la...

Kepala Ikan Merah!!!! merahnya tak nampak setelah disalut kari.

Wednesday, October 15, 2014

Roti Telur dan Jus

Menu makan untuk malam yang aku sediakan petang ni seeloknya untuk sarapan... tapi ini je yang aku terlintas nak masak maka kena la terima hakikat ya.... Aku pilih untuk masak roti goreng dengan telur kemudian buat jus limau campur karot sebabnya tak nak makan nasi. Di ofis tadi dah makan nasi maka malam ni kena elak dari nasi.

Mari kawan2 kita makan roti goreng celup telur.....jangan pulak cicah dengan jus tu!!!
Jus karot + limau sunkist dan letak sedikit susu pekat.

Layan Movie Diana @ HBO

Malam tadi aku sanggup gadai waktu tidur semata-mata nak tengok tayangan filem tentang Lady Diana....puteri raja yang dikenali seluruh dunia... kecantikannya menjadi tumpuan. Disebabkan itu aku pun turut menjadi peminatnya...

Filem ni dilakonkan oleh Naomi Watts...filem ni cuma fokus kepada kisah hidup Lady Di saja...sedih juga bila hayati kekosongan hidupnya bila berpisah dengan suami dan 2 anaknya... dan dalam filem ni antara babak dia menjalin hubungan cinta @ gossip dan kemalangan meragut nyawanya.

Senarai pelakon filem ni boleh rujuk http://www.historyvshollywood.com/reelfaces/diana.php

Naomi Watts @ Princess Diana
Watak Dr. Hasnat Khan

Tuesday, October 14, 2014

Colek Keropok

Mari la kita pakat make colek keropok ujan-ujan ni.... biasa la bila sampai je rumah terasa nak makan sesuatu yang ringan sebelum makan malam. Dapat makan sikit pun cukup la untuk hilang rasa mual tekak setelah berjuang dalam jam atas jalan....faham2 je kepada sesiapa yang mengalaminya setiap pagi dan petang berebut-rebut untuk sampai ke destinasi.

Keropok keping ni goreng dan simpan dalam balang buat stok bila emergency boleh terus capai.

Monday, October 13, 2014

Sausage Salad

Pagi ni aku bawa bekal makanan berasaskan sayur dan campur sosej, penyediaannya pun cepat. Hari ni aku kena makan sayur lebih memandangkan petang semalam banyak makan makanan karbohidrat....biasa la bila jumpa kawan-kawan menu  yang minta macam2, masing-masing ikut selera sendiri...lepas tu aku tumpang sesudu, kau tumpang makanan aku...kesudahannya kekenyangan tak terkata. 

Bekal ni bajet untuk sarapan dan makan tengahari...nak diet ke ni....ooohh tak diet tapi sekadar pengawasan je...sekali sekala kena tukar jenis pemakanan.

Kandungan - Salad, timun, kacang panjang, karot, sosej dan serunding, sos dan sedikit minyak zaitun...senangkan proses penyediaannya.

Saturday, October 11, 2014

Jus Timun

Seharian aku kat rumah...hari ni tak pergi mengaji gara-gara baca berita mengatakan ada penutupan jalan area ibukota. Ditambah pula mood nak keluar agak kurang gara-gara badan ni kurang sihat...kepala rasa berat je dan badan pula rasa panas. Entah apa yang silap dengan badan aku ni sejak akhir ni ada je yang tak kena...faktor pemakanan atau kurang exercises? Eemm untuk hilangkan rasa panas badan aku blend timun, mengikut petua timun boleh sejukkan badan...aku cuba hari harapnya serasi. In sya Allah.

Friday, October 10, 2014

Ais Krim Bajet

Cuaca di KL berjerubu...matahari tak nampak...tapi haba terasa agak berbahang. Aku sampai rumah agak lewat hari ni...ada kerja dan kebetulan sambil dengar perbentangan bajet 2015 di ofis. 

Apa tujuan aku sebenarnya??? nak cerita pasal bajet atau ais krim yang aku makan ni???...tiba2 hilang arah sekejap...eemm pasal bajet tu bagi aku ada juga perubahan dan peningkatannya...bagi yang berkerja swasta macam aku ni bajet 2015 ni peratus untuk dinikmati agak sedikit...yang aku fokus kepada cukai pendapatan...eemm dari tak ada langsung baik la ada. Tak payah la nak cakap pasal bajet lagi sedap aku nikmati ais krim bajet...kenapa aku cakap ais krim bajet? sebabnya aku beli ais krim paling murah dan bawa balik makan kat rumah aku tambah la kacang dan coklat cair untuk bagi ummpph...sekarang  ni kos saraan semuanya meningkat maka kena la bijak berbelanja...tapi untuk menikmati makanan yang sedap kita pun kena bijak mengolahnya.

Ais krim vanila campur sos coklat dan kacang

Thursday, October 9, 2014

Maggi Kari

Menyediakan makanan yang paling senang dan cepat...lepas tu kena makan panas-panas. Ceritanya malam ini kita makan maggi mee je...cepat dimasak sedap di makan. Aku ambil cara paling mudah untuk masak maggi... sila rujuk pada gambar dibawah semestinya sudah faham cara memasaknya...tak perlu nak cerita kat sini kalau setakat masak maggi semua orang tahu. Sekarang ni aku agak musykil bila makan sebungkus maggi macam tak kenyang....adakah size sebungkus maggi dah kecil kot atau selera makan yang melebihi had??? ...ingat dulu kalau masa masak sebungkus maggi makan dah kenyang. Apa pun bersyukur la dengan rezeki yang ada... amin.

Tuesday, October 7, 2014

Bukit Fraser

Petang hari raya Aidil Adha...kami ke Fraser's Hill sekadar untuk jalan-jalan. Perancangan untuk ke sini Mr Right yang buat keputusan sehari sebelum cuti raya memandangkan tak balik kampung lagipun nak penuhkan masa cuti 2 hari. Plan nak bertolak ke sini selepas solat sunat raya, tapi terpaksa bertolak petang sebab anak-anak sedara nak datang beraya. Lagipun tak ada apa pun nak dikejarkan di sana, kami dari KL - Rawang - Kuala Kubu Baru - Fraser's Hill, kalau tak silap dari Kuala Kubu Baru ke Fraser's Hill jaraknya 48km.

Serious!!! cukup la kali ni je datang, tak nak datang lagi ke sini, aku ni jenis mabuk tak tahan bila melalui jalan yang berbukit dan berliku...aku pernah ke sini kalau tak silap 10 tahun lepas menghadiri sesi brainstorming ofis lama aku bekerja, ingat lagi waktu itu aku ke sana dengan kawan ofis...masa perjalanan balik aku muntah. Kali ni aku mabuk masa menghala ke sana...boleh dikatakan beberapa kali aku minta Mr Right berhenti kereta untuk hilangkan rasa pening...tapi kali ni tak muntah cuma mual dan pening. Aku dan adik cukup serik untuk ke sini kalau tak ada hal mustahak...sebab kami sama-sama mabuk. 
Trade mark bila sampai kat sini
Papan tanda ni amat berguna kepada sesiapa yang tak biasa ke sini
Pemandangan dari kafe tempat kami lepak minum kopi...bila sampai sini terus kami check in Cafe untuk hilangkan rasa kepeningan...lagipun waktu kami sampai ni hujan renyai2 dengan cuacanya yang sejuk memang buatkan kami terasa nak mencari minuman panas...tambah pula aroma jagung rebus menambat hati. 
Landscape salah satu banglo menarik perhatian aku....bestnya kalau dapat penginapan macam ni.
Penginapan Puncak Inn
Foto sekadar cuci mata semasa menghayati secawan kopi dengan jagung rebus.
Berhenti sekejap dekat empangan menghayati keindahan sebelum naik ke puncak Fraser's Hill...waktu ni baru lepas hujan...

Ketupat Palas Aidil Adha


Antara menu makan di pagi raya Aidil Adha. Aku masak ketupat palas manis berinti serunding daging. Memasak pulut dan mengadun pulut ni aku tak kisah boleh dikatakan pandai...tapi bab membungkus ketupat menggunakan daun palas aku tak pandai dan gagal. Sejak kecil kalau tiba musim raya aku mesti tolong arwah nenek masak ketupat palas...tapi tak dapat mewarisi kepandaian membungkus ...masa belajar dengan awrah nenek pun tak lulus inikan pula tanpa tok guru...tapi disebabkan nak kekalkan tradisi di hari raya aku berusaha menghasilkannya walaupun tidak 'perfect'.

Hasil 'kerastangan' aku dalam bidang membungkus ketupat palas...memang memalukan kalau mak mertua tengok...tapi nasib baik la isinya sedap.

Pulut arun - Cara yang aku buatnya cukup senang dan cepat : Beras pulut direndam lebihkurang sejam. Kukus sehingga pulut masak, angkat pulut yang masih panas dan terus masukkan santan mentah yang diletakkan sedikit garam dan gula (jumlahnya bergantung kepada tahap manis masing-masing...sebabnya ada yang suka makan ketupat manis). Kacau sehingga santan, gula sebati dengan pulut dan masukkan kacang yang telah direbus. Kemudian proses membungkus ketupat boleh dijalankan. Bila sudah siap bungkus, ketupat palas ini direbus dengan sedikit air...sehingga daun palas nampak kekuningan atau layu.


Kepada sesiapa yang tak kenal daun palas ni rupanya sebelum kita buka daun tersebut.

Sunday, October 5, 2014

Nasi Dagang Pagi Aidil Adha

Kongsi menu pagi raya haji...nasi dagang dan seangkatan dengannya.... lauknya aku masak gulai udang dan ikan tongkol, telur rebus, acar dan sambal kelapa. Ini je makanan untuk dijamu pagi raya selain dari ketupat palas. Manakala pencuci mulut kek dan popia goreng.
 
Nasi dagang dah siap masak.
Gulai udang
Ikan tongkol masak lemak

Salam Aidil Adha

10 Zulhijjah 1435H - Hari ini seluruh umat muslim menyambut hari raya aidil adha @ haji. Tahun ni kami beraya di KL memandangkan Mr Right masih dalam kursus...cutinya cuma 3 hari sahaja...kalau balik kg setakat 3 hari je tak berbaloi...tak sempat nak pusing halaman rumah.... lagipun tak nak beratur di jalanraya.
Maka aku buat la sedikit persediaan memasak untuk makan pagi raya. Kebetulan adik lelaki pun tak jadi balik kg...jadi ada la juga tetamu...dia siap beli daun ketupat minta aku buat ketupat palas. Jika ikutkan aku nak masak nasi dagang je...jadi bertambah la satu menu. Tak sangka pula anak sedara bagi tau nak datang beraya...laaa dia orang pun tak balik kg juga. Aku tak ada la bertanya sebelum ni...ya la masing2 dah ada keluarga. Alhamduillah rezeki aku dapat la beraya dengan mereka disamping menjamu tetamu dengan nasi dagang dan ketupat palas.

Peria dan Udang Goreng

Hari ni sabtu cuti hujung minggu dan besok hari raya sehingga isnin dapat cuti. Kami beraya kat KL je, hari ni pun tak keluar ke mana...kelas mengaji cuti jadi kena la masak makan tengahari. Peria sebut je mesti cakap pahit!!! dan tak ramai yang suka makan peria...ternyata semua tak makan sebab pahit. Aku memang suka makan dan rasa pahitnya menambah selera aku makan nasi. Selain dari masak peria aku masak sup tulang lembu...bila makan sup tulang rusuk lembu yang berlemak elok la makan peria ni sebagai mematah lemak atau kolestrol. Masalahnya penghuni kat rumah ni semuanya marah bila aku goreng udang dengan peria...katanya rasa udang jadi tak sedap...eeemm ya la aku tak terfikir la pulak sampai macam tu sekali bila orang tak suka makan peria...lain kali aku tak akan masak peria lagi kecuali untuk aku seorang.
 
Sekuali masak peria dengan udang...yang habisnya udang...peria ditolak ketepi...apa la dia orang ni yang peria yang boleh jadi penawar tak nak makan...

Thursday, October 2, 2014

Sayur Lemak Terung

Sekarang ni musim hujan...dah 2 hari berturut-turut hujan lebat...yang risaunya hujan waktu petang saat nak keluar ofis. Aku yang paling risau memandu waktu hujan lebat sebabnya tak boleh nak agak air yang melimpah atas jalan. Petang ni aku redah je memandu dalam hujan lebat sebabnya nak elak dari jammed kalau tunggu hujan berhenti. 

Sampai rumah pun hujan masih lebat...alhamduillah dalam perjalanan balik kereta tak banyak. Faham je la bila hujan perut mula la minta diisi...masak nasi, goreng ikan dan sayur lemak terung. Saat macam ni tak perlu masak macam-macam lauk...sebab bila lapar tahap kritikal semuanya sedap. Lagipun di ofis tadi aku cuma makan kuih je, maka malam ni  aku makan sepuasnya untuk balas dendam la....

Sayur lemak ni kurang cantik sebabnya santan nampak berketul...nak tau kenapa??? puncanya guna santan beku. Cara memasak sayur lemak ni teramat la senang seperti masak sayur lemak sayur-sayuran lain juga. Kalau ikut resipi yang aku masak ni - terung panjang dibuang kulit selang seli kemudian dipotong serong, kalau tak nak buang atau nak buang kulit pun tak kisah ikut selera masing-masing ...aku buang kulit selang seli sebabnya tak nak terung tu terlalu lembik bila masak dan nampak la serinya.    










































Tumbuk bawang merah + lada hitam + sedikit kelapa mentah + isi ikan mentah atau ikan rebus/ikan bakar tawar (jika tak letak pun tak mengapa) tujuan letak kelapa dan isi ikan ni untuk memekatkan kuah dan ada rasa ikan. Panaskan santan dan masukkan semua bahan yang ditumbuk, bila santan mendidih masukkan terung dan cili hijau serta garam secukup rasa. Perhatian jangan masak terung terlalu lama sebab terung cepat lembik.  

Cek Mek Molek

Pagi ni semangat berkobar-kobar nak masak kuih cek mek molek....kuih ni orang Kelantan biasanya masak untuk sarapan. Keledek @ ubi setelor dah rebus malam tadi...kononnya nak buat semalam, tapi mood malas melebihi selera makan...maka aku pendamkan selera hingga ke pagi. 

Resipi cek mek molek ni memang menjimatkan sebab bahan untuk membuatnya tak banyak diperlukan...cuma guna keledek, sedikit tepung gandum, gula pun sedikit je dan minyak untuk menggoreng.

Cara-caranya: 
- keledek direbus dengan sedikit garam kemudian dilenyek atau tumbuk hingga hancur.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit...anggaran bila pegang adunan tu tidak terlalu lembik dan boleh dibentuk...ada juga yang masukkan sedikit majerin untuk bagi lembutkan dan ada rasa lemak.
- Ambil sedikit adunan dan dibuat bentuk bulat-sedikit leper serta lengkukan bahagian tengah dan letak sedikit gula (anggaran setengah sudu kecil) terpulang jika suka manis boleh lebihkan gula. Kemudian adunan tersebut dibentuk supaya menutup gula tersebut...boleh buat bentuk bujur atau bulat...biasanya cek mek molek berbentuk bujur.
- Pastikan adunan tersebut mampat supaya bila digoreng kuih tersebut tidak pecah dan gula tidak terkeluar.
- goreng dalam minyak penuh.

Kita makan cek mek molek je pagi ni sebab harga petrol dah naik...nampaknya kena kurangkan perbelanjaan perkara yang tidak berapa penting memandangkan kos barangan lain pun bakal naik juga...terima je la apa yang pemimpin tentukan... rakyat hanya mampu mengeluh bersuara pun tak pernah didengari oleh mereka...sebabnya mereka yang berada diatas sudah selesa.
Ni la rupa @ bentuk cek mek molek yang belum digoreng...bentuk ni kurang cantik almaklum la orang yang membuatnya tak cukup seni kreatif...sekadar mahir seni kerastangan....
Keledek yang telah dilenyek/tumbuk...kemudian diuli dengan tepung gandum