Saturday, March 29, 2014

Makan Tengahari - Ikan Bilis Tempoyak

Hari ni kelas mengaji Al quran habis awal sebab tak ramai pelajar yang hadir, mungkin cuti sekolah masing-masing ada aktiviti. Kebetulan sampai rumah waktu makan tengahari... aku rasa nak makan nasi campur...eeemm masak lemak putih sayur-sayuran yang ada dalam peti ais...kena kurangkan stok sayur sebelum rosak...ni la masalahnya bila ghairah membeli sayur ...dari membazir elok la masak. Lauk sampingan sekadar ikan bilis masak sambal tempoyak dan ikan goreng. Huhuhu cukup selera makan tengahari hari ni, tambah pula pagi tadi hanya makan biskut cicah teh je. 

Sambal Tempoyak ikan bilis berpetai ... nama menu ni suka hati je aku bagi janji bila makan sedap
Masak lemak sayuran hijau - kekurangan warna ceria

No comments: